Friday, August 21, 2009

DS NIZAR: Tazkirah Ramadhan Siri 1-rebutlah peluang 3 hari puasa di Permatang Pasir

DS Nizar sedang menyampaikan tazkirah awal Ramadhan."Rebutlah peluang lailatulqadar dari waktu asar tadi hingga akhir Ramadhan"

Jamaah surau bergambar kenangan bersama DS Nizar Jamaluddin ,Ahli Parlimen Bukit Gantang Poster hebahan tazkirah ramadhan di Surau Al-Istiqlal Jamaah Surau sedang mendengar dengan khusyuk tazkirah YB DS Nizar Jamaludin.Aura DS Nizar masih di hati rakyat.


DS Nizar memulakan Solat Taraweh di Surau Taman Mewah,DUN Kuala Sapetang,Parlimen Bukit Gantang.

DS Nizar disambut penuh ceria jamaah surau. DS Nizar diberi kebenaran imam surau untuk menjadi imam solat taraweh empat rakaat dan seterusnya menyampaikan tazkirah Ramadhan.

DS Nizar menyatakan lailatulqadar bermula asar sehinggalah tamatnya ramadhan.Jadi kita hendaklah rebut peluang,kemungkinan besar Ramadhan tahun depan kita tidak kesampaian.Beliau memberi contoh Allahyarham Ustaz Asri kumpulan Rabani.

"Dalam al Quran ,ayat yang menyuruh sembahyang lebih kurang 67 kali,sedang puasa hanya sekali" tambah Hj Nizar.

"Marilah kita terus memakmurkan surau dan masjid ,selepas Ramadhan"ujar Hj Nizar."Jangan jadi Syaaban " gurau Hj Nizar lagi.

Beliau juga menyatakan adalah tidak cerdik,jika kita masih tidak mahu sembahyang jamaah pada zaman sekarang. "Jangan jadi zaman tenging" tegas Hj Nizar."Solat sunat wajar kita buat di rumah,namun sembahyang jamaah sewajar berjamaah."sambung Hj Nizar lagi.

DS Nizar juga menyatakan malaikat turun ke alam ini mengikut kesesuaian alam."Malaikat turun sederap,naik sederap' kata Hj Nizar.Menurut Hj Nizar dunia ini tidak sama waktu,sebab itu lailatul Qadar dinyatakan 10 malam terakhir ,waktu ganjil dan genap berbeza ikut negara.

"Ramadhan ini lah madrasah,dan 1 Syawal itu ujian"tegas Hj Nizar.Justeru itu beliau menyatakan kita seharusnya menjadi orang yang mudah-mudahan menjadi orang yang bertakwa.Disamping itu beliau menyarankan kita menderma kepada anak yatim,orang miskin dan yang memerlukan.

"Untuk Permatang Pasir,tempoh tiga hari ini direbut sungguh,kerana ganjaran pahalanya berlipat kali ganda"DS Nizar mengakiri tazkirahnya.

No comments:

Post a Comment