Friday, October 30, 2009

Bertindak Bijak Membincangkan Masalah Pas

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Disiplin Pas memberi amaran dan tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan kepada mana-mana ahli mahupun pemimpin parti yang bertindak membincangkan semula masalah yang telah diselesaikan.
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jawatankuasa memandang serius perkara ini walaupun perkara itu disuarakan di laman blog kerana parti mempunyai pelbagai mekanisma bagi menangani isu dalaman parti yang berlaku.
“Sekiranya ada dikalangan ahli biasa atau pimpinan yang cuba mengheret parti kepada permasalahan yang telah kita putuskan, maka mereka mesti bersedia untuk diambil tindakan. “Awasilah media perdana yang berusaha melaga-laga pimpinan dengan memberi gambaran buruk kepada satu pihak dan selah-olah memberi gambaran baik pada pihak lain kerana mereka sedang berusaha memecahbelahkan dan merosakkan hubungan baik dalam Pakatan Rakyat,” katanya dipetik dari laman blog beliau semalam.
Menurutnya, segala permasalahan parti mestilah menggunakan saluran parti yang sedia ada. “Gunakan saluran parti, jangan bertindak sendirian dengan membelakangi saluran parti kerana tindakan sedemikian tidak menguntungkan parti. “Jawatankuasa Disiplin Parti kini sedang memantau beberapa artikel dalam media perdana serta laman-laman blog tertentu yang menulis berkaitan parti sebelum mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat, kelmarin,” katanya.
Sehingga kini, katanya Jawatankuasa Disiplin telah menerima empat laporan rasmi dan telah mengambil tindakan kepada tiga laporan, manakala satu lagi sedang diteliti. “Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menegakkan keutuhan parti serta hak ahli parti, maka semua pertuduhan dan pendakwaan mestilah mampu menegakkan keadilan bagi yang kena tuduh, manakala yang membuat tuduhan mestilah bersedia dengan bukti yang jelas,” katanya.

-sinar harian

APA KATA DS NIZAR :PERSIDANGAN HARAM DUN PERAK 28 OKT '09

Kita ikuti perkembangan sidang DUN Perak 28 Oktober melalui tulisan DS Nizar.

Asalamualaikum dan salam sejahtera.
Perancangan tak bermaruah UMNO BN dan Dato' GanesanKehadiran 28 ADUN Pakatan Rakyat(PR) adalah diatas notis peringatan persidangan dari Speaker YB Sivakumar, melalui surat bertarikh 13 oktober '09.
Kami mula bergerak menuju ke bangunan SUK jam 9.35 pagi bersama YB Speaker yang lengkap berjubah dan berkopiah sebagai Tuan Yang di Pertua dewan. Saya dan rakan lain seiring berjalan dengan Speaker.
Kami dihalang polis melalui 2 halangan/checkpoint sebelum sampai ke pintu/gate utama melalui jalan medan istana. Setiap halangan kami terpaksa bergelut dan berperang mulut dengan anggota polis yang menggambarkan seolah-olah mereka hanya fokus pada YB Sivakumar. Beberapa tindakan dibuat oleh polis bagi menghampiri YB Speaker Sivakumar.
Saya sendiri menyedari hal ini telah memegang rapat tangan YB Sivakumar. Kami dibenarkan masuk satu demi satu disetiap checkpoint dan kami mengelilingi YB Sivakumar sambil berjalan. Suasana dan kehadiran anggota polis dan kenderaan trak yang banyak serta anggota FRU berkelengkapan penuh siap siaga semacam suatu pertempuran sengit akan berlaku.
Ketua polis Ipoh di lihat berdiri diatas trak FRU bersama dua anggota siap dengan senapang dan pancutan simbahan asid dan gas. Disepanjang jalan dan tengah jalan dipenuhi anggota polis, SB siap berkamera video dan senjata. Namun semua warga media tidak dibenar mengekori kami.Sampai di pintu utama, gate ditutup oleh keselamatan SUK yang mana bilik kawalan dikuasai oleh polis dan mereka hanya membuka gate setelah kami merayu dan akhirnya bertengkar supaya dibuka gate dan setelah dibuka kecil baru kami dibenar masuk satu demi satu juga.
Kemasukan kami keperkarangan bangunan SUK dinanti oleh polis ramai, beruniform dan juga memakai vest POLIS. Ratusan kakitangan kerajaan melambai kami dari beranda dan celah tingkap-tingkap pejabat tanda sokongan.
Saya turut membalas lambaian mereka sambil sempat melaungkan "HIDUP DIDUP, HIDUP RAKYAT!Kami masuk ke lobi lif, namun lif semacam tidak berfungsi. Semasa dilobi lif polis cuba menghampiri Sivakumar tapi kami bertahan sehingga berlaku pergelutan kerana nampak mereka mahu menghalang kemasukan kami. Setelah bergelut hampir 6 minit maka kami keluar dari lobi lif dan berjalan menghala ke gate dan bertemu untuk beritahu orang ramai dan warga media bahawa kami dihalang polis dari masuk ke dewan.
Setelah mendapat persetujuan dari pegawai Glenn bahawa kami tidak akan dihalang didalam perkaranag bangunan SUK , maka masuk semula. Kali ini gate sekali lagi ditutup dan kami terpaksa pinta dibuka dan barulah dibuka. Bayangkan berapa lama masa terbuang dalam insiden ini sahaja.Setelah melepasi gate kami menuju ke lobi lif lagi satu untuk ketingkat 3 yang terpaksa melalui tempat letak kereta pegawai kerajaan.
Semasa ditempat letak kereta ramai anggota polis diarah menyekat kami untuk menagkap Sivakumar. Berlaku pergelutan dahsyat disitu, Saya yang ketika itu memegang tangan kiri Sivakumar seolah direntap dan terlepas. Kopiah Sivakumar dirampas oleh ASP Bala. Beberapa ADUN PR yang cuba menghalang telah dikasari . Saya terlihat YB Chan Meng Kai (Simpang Pulai ) tersungkur dan terbaring di atas lantai dikelilingi polis! Sivakumar di kerumuni polis sehingga dicekik dan dihimpit perutnya, dia cuba menjerit tapi suara tak keluar barangkali tercekik kuat.
Saya meraung dan menjerit meminta pertolongan dari kalangan kakitanagn kerajaan dan pemandu yang ramai melihat dan menonton kekejaman polis terhadap kami. Saya menjerit acap kali meminta pertolongan namun polis terus menerpa kami . Ketika itu Sivakumar kelihatan lesu dan mereka merentap jubah yang dipakainya. Saya turut menahan supaya Sivakumar tidak cedera namun polis terus merentap dan merampas jubah yang dipakainya dengan ganas dan dahsyat sekali.
Akhirnya jubah yang dipakai koyak rabak dan tertanggal dari Sivakumar. Dia hanya dapat pegang cebisan jubah berjalur emas sebagai simbol cebisan demokrasi yang dikoyak robekan oleh UMNO BN di Perak.
bersambung.........

Taklimat Isu Semasa Diganti Dengan Seminar Khas PAS Pusat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mengadakan Mesyuarat Khas semalam (28 Oktober 2009) memutuskan untuk mengantikan Program Taklimat Isu-isu Penerangan yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat sebelum ini kepada Seminar Khas bagi menerangkan isu-isu dan strategi semasa parti.

Tempat program dipersetujui untuk dikekalkan iaitu di Dewan Almarhum Dato’ Fadzil Noor, Markas Tarbiyyah Taman Melewar, bermula jam 8 pagi pada 7 November 2009. Berikut adalah senarai peserta yang dijemput bagi menghadiri program ini.

  • Ahli Majlis Syura Ulama Pas
  • Ahli Jawatankuasa Pas Pusat
  • Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama’ Pas Pusat
  • Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat
  • Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat
  • Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Dan Dakwah Pas Pusat
  • Dewan Harian Badan Perhubungan Pas Negeri/ WP
  • Setiausaha Lajnah Penerangan Badan Perhubungan Pas Negeri/WP
  • Dewan Harian Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Pas Negeri / WP
  • Setiausaha Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Pas Negeri / WP
  • Ahli Parlimen Pas
  • Ahli Dewan Negara Pas
  • Adun-Adun Pas
  • Yang Dipertua Pas Kawasan
  • Setiausaha Pas Kawasan
  • Ketua Penerangan Pas Kawasan.
  • Setiausaha Penerangan Pas Kawasan

Sehubungan dengan itu, PAS menyeru kepada semua pimpinan dan ahli agar tidak lagi mengulas atau menimbulkan spekulasi dan persepsi berhubung isu Kerajaan Perpaduan yang diangggap tidak berbangkit lagi. Sebarang isu yang timbul hendaklah dirujuk kepada pimpinan dan ahli dinasihatkan agar tidak lagi melayan atau menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih kepada khalayak hingga menimbulkan persepsi yang negatif terhadap parti.

Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq kepada kamu membawa berita, periksalah ia terlebih dahulu. Agar nanti jangan kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan jahil (terhadap apa yang benar), lantas kamu kemudiannya menyesal atas apa yang telah kamu lakukan” – (Surah Al-Hujurat 49 : 6)

Maka, sebarang aduan berhubung salah laku pimpinan dan ahli hendaklah dirujuk kepada Lembaga Disiplin Parti dan tidak perlu lagi disebarkan melalui ceramah, penulisan atau ulasan dalam akhbar, blog atau media lainnya hingga memberikan kesan buruk terhadap persepsi ahli dan rakyat keseluruhannya terhadap Pas.

Pas yakin bahawa setiap isu yang timbul dapat diselesaikan dengan baik melalui jalan musyawarah dan kita mempunyai tanzim yang terbaik dalam menghadapinya melalui panduan Al-Quran dan Sunnah.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, October 29, 2009

Siri 1:Nizar:PKR jangan hanya salah Pas.

4 wakil rakyat PKR lompat parti,satu peristiwa besar.2 Adun PKR melompat membolehkan kudeta kerajaan Perak.

Dulu semasa PRU 12, Osman yang terbaik,calon bersih,mendapat pingat,orang tempatan ,mempunyai kaum keluarga penyokong PKR.Tetapi fakta tidak berpijak di bumi nyata.Osman dan kaum keluarga semuanya penyokong tegar UMNO.

Sehingga kini ,PKR tidak buat apa-apa menolong rakyat dan pengundi N14,Changkat Jering.Pusat Khidmat Rakyat langsung tiada. Program kebajikan rakyat tiada dibuat.

Pengundi tahu tentang PKR,cuba tanya penduduk ,apa sumbangan PKR terhadap rakyat di Dun Changkat Jering.Apabila berlaku banjir kilat di Kampung Pauh misalnya,kita tidak nampak batang hidung pimpinan PKR.

Apa mereka buat dengan aduan rakyat?Sampai sekarang masih mahu bertanding di DUN Changkat Jering.Kerusi ini milik kami kata PKR, tapi cawangan dan jentera pilihanraya pun tak berfungsi.

Penulis sebagai Ketua UPU ,tahu gerakerja PKR,di tempat kami bantuan untuk orang miskin pun tak buat.Pas Cawangan dan Pas Kawasan Bukit Gantang yang menghulurkan bantuan.

Jangan sampai mencerca pimpinan PAS,untuk menutup kelemahan PKR.Contohnya bagaimana prestasi Ahli Parlimen Teluk Kemang,bagaimana prestasi Adun Port Dikson,bukankah mereka PKR.Berbangga parti pelbagai kaum,tetapi cawangan di Ladang Seliau pun tak ada.Berapa banyak cawangan PKR di Bagan Pinang.

Jikalau kami di Dun Changkat Jering,cawangan Pas 24 buah, PKR yang bertanding.Sepatutnya di Bagan Pinang cawangan PKR lebih banyak berbanding Pas untuk kita menang lebih besar.

PKR jangan seperti jangkaan orang lain ,3 A,Anwar,Azizah dan Azmin. Bagi kita kedua-dua tok guru dan pimpinan PAS bijak dan matang berpolitik.Cuma diharap bloggers PAS menerima tarbiyyah tidak mengikut rentak musuh.

NIZAR NEWS:PKR perlu ambil Ikhtibar jika Adun Jadi Wakil Bebas


Seorang lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN bebas - kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos.

ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah (gambar), sejak beberapa bulan lalu menimbulkan spekulasi bakal menyertai Umno, membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau sejak sekian lama menimbulkan masalah dalam parti itu apabila didakwa tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di situ.

Dengan 4 orang ADUN PKR lompat parti ,kita Pakatan Rakyat perlu ambil ikhtibar.Kita bukan seperti zaman dulu,letak kayu dan batu pun kita boleh menang.

Kita perlu jadi seperti Kelantan sesi 2004-2008 ,walaupun hanya dipisahkan satu kerusi kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz kekal sehingga sekarang.Kita tidak mendengar wakil rakyat hendak melompat walaupun ditawar jutaan ringgit.

Adun Pelabuhan Klang Badrul Hisham ,satu lagi siri pengkhianatan rakyat .Cuma kerajaan Selangor tidak di"kudeta" kan.

PKR kena fikir dan ambil pengajaran,jikalau berlaku Pilihanraya Negeri Perak,calon mereka bukan seperti Osman dan Jamaluddin.

Jangan jadi PRU 12 sewaktu menerangkan calon kita,mereka semua baik,berkualiti dan sanggup bersama rakyat.Diberi gambaran Osman yang terbaik,semasa berkhidmat dalam tentera dipandang tinggi,tetapi "habuk pun tak ada".Jikalau program munajat rakyat pun tidak berminat,pimpinan itu jikalau Melayu Islam,seharusnya jangan dipilih sebagai calon.

PKR perlu ingat jikalau Osman sewaktu Exco dan wakil PR pun tidak bersolat jumaat di 9 masjid dalam DUN Changkat Jering,mana mungkin beliau tidak melompat.Program dialog rakyat bersama Hj Roslan Shaharum langsung tidak ambil peduli.

Teringat kita sewaktu bertemu YB Tai Sing Ng,di Program Yayasan Perak Parlimen Bukit Gantang."YB Osman ,tak datang ke ?tanya penulis.Apakah jawapan YB Tai Sing."Osman sibuk,ada urusan penting"jawab YB Tai. Rupa-rupanya sewaktu itulah Osman Jailu ditangkap rasuah. Bagi penulis YB Tai Sing Ng ,jangan dipilih sebagai wakil kita lagi,kerana kita hendak perintah Perak. Watak Tai Sing Ng sesuai untuk calon BN,tidak mesra rakyat.

Kita pun hairan Pusat Khidmat PKR untuk menjaga pengundi dan rakyat DUN Changkat Jering dari bulan Februari sehingga sekarang pun belum ditubuh.

Jikalau Munajat Rakyat,tidak terdapat ahli Melayu Islam PKR yang mahu hadir.Program rakyat miskin khususnya Changkat Jering ,tidak dibuat.Jikalau berbual,mereka sahaja yang pandai,PAS langsung tak buat kerja.Dalam kita dituduh tidak buat kerja,Osman Jailu melompat.

Apa jawapan orang PKR Bukit Gantang."Sabar saje Seikh"."Ujian dunia".Kita Pas ,izin Allah seburuk-buruk kita tidaklah sampai melompat dan mengkhianat perjuangan rakyat.

KES ROGOL :Pelatih PLKN kemuka rayuan-ada isu dan asas .

KUANTAN, 29 Okt - Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mendakwa dirogol jurulatihnya pada 2004 mendesak agar pihak pendakwaan memfailkan segera rayuan kesnya ke Mahkamah Rayuan.

Mangsa menerusi peguamnya, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Selasa lalu yang melepas dan membebaskan bekas jurulatih PLKN Zuki Mohd dari tuduhan merogol.

"Kami mendapat arahan dari anak guam kami (mangsa) untuk memohon dan mendesak Pendakwaraya Negeri Terengganu memfailkan rayuan segera ke Mahkamah Rayuan memandangkan terdapat isu-isu penting dan asas yang perlu diselesaikan oleh mahkamah yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Beliau berkata selaku peguam pemerhati dalam perbicaraan kes itu, pihaknya juga sudah menulis kepada pejabat Timbalan Pendakwaraya Terengganu bagi tujuan tersebut.

Mohd Fadzli berkata anak guamnya yang mengalami trauma teruk sehingga kini dan hanya bergantung kepada ibubapanya berharap agar mahkamah dapat memberikan sepenuh keadilan kepadanya.

Pada 27 Okt lepas, Hakim VT Singham mengenepikan hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen pada 19 Dis 2005, sekaligus membebaskan Zuki yang telah menjalani hukuman penjara sejak 19 Dis 2005.

Ketika memutuskan rayuan Zuki untuk mengenepikan sabitan dan hukuman yang notisnya dikemukakan Zuki pada 21 Dis 2005, Hakim Singham berkata pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir perbicaraan dan tertuduh sepatutnya tidak perlu dipanggil untuk membela diri.

Zuki didakwa merogol pelatih program berkenaan antara 7.28 malam hingga 9.10 malam dalam sebuah kereta Perodua Kancil di kawasan pertanian Rhu Tapai, Setiu, 28 Feb 2004.

-- BERNAMA

Ipoh bagai zon perang, selar dakwaan Adun PR tidak dihalang- DS Nizar


KUALA LUMPUR, 29 Okt: Pakatan Rakyat Perak menyelar penafian yang dibuat ketua polis negeri itu yang mendakwa anggota keselamatan mereka tidak melakukan sebarang halangan dan kekasaran kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan.

Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada satu sidang media di lobi parlimen siang tadi berkata, penafian oleh mana-mana pihak berhubung berlakunya kekasaran dan halangan terhadap Adun pakatan adalah satu penafian bohong.

Menurutnya, kesemua Adun Pakatan semalam dihalang dan ada di antara mereka dikasari sewaktu ingin menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) tersebut.

"Kalaulah dinafikan oleh ketua polis Perak, ketua polis negara mahupun menteri dalam negeri, ini satu pembohongan," katanya.

Pihak polis dakwanya telah melanggar peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan kerana telah menghalang ADUN dari melaksanakan tugasan menghadiri sidang Dun.

Pihak polis dakwanya telah melanggar peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan kerana telah menghalang ADUN dari melaksanakan tugasan menghadiri sidang Dun.

ImageMenceritakan kembali pengalaman mereka menghadiri Sidang DUN Perak semalam, beliau memberitahu kesemua ADUN pakatan berdepan sekatan pihak polis di lima tempat iaitu tiga sebelum masuk ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, dan dua sebelum masuk ke dewan persidangan.

"Kami disekat dengan lima 'check point' (pemeriksaan), di setiap check point itu kami hanya dibenar masuk seorang demi seorang.

"Keadaan itu sengaja dibuat supaya kami tidak masuk (dewan persidangan) sebelum pukul 10," katanya yang juga ADUN Pasir Panjang.

Selepas memasuki pagar bangunan SUK, kesemua Adun Pakatan katanya ditolak ke kawasan letak kereta di bawah bangunan tersebut.

Jelasnya, tindakan tersebut bagi menghalang oarang ramai dan pihak media melihat kekasan yang mereka lakukan kepada Adun pakatan.

"Mereka menolak kami ke kawasan parking kereta supaya tidak dilihat umum.

"Di situlah mereka menjalankan 'operasi' mencekik sivakumar," ceritanya lagi.

Image

(Gambar: Ngeh Ko Ham menunjukkan aksi bagaimana Speaker Pakatan Perak, V.Sivakumar di cekik)

Apa yang diketahui rakyat berhubung insiden semalam katanya, hanya antara secebis yang berlaku yang sempat dirakam oleh petugas media, malah masih banyak kekasaran lain diperlakukan kepada mereka khususnya kepada Speaker, V Sivakumar sebelum memasuki dewan persidangan.

"Saya lihat seorang anggota polis, ASP Bala nama dia, merampas songkok speaker Sivakumar di hadapan kami," katanya lagi.

Beliau juga mendakwa selain dicekik, Sivakumar turut dihentak diperut.

Selain itu, pelbagai tekanan lagi dilakukan kepada ADdun pakatan termasuk dipaksa menggunakan laluan tangga kerana lif ke dewan persidangan diberhentikan, komputer riba dan kamera dirampas dan kesemua pintu masuk ke dewan dikunci dengan hanya satu laluan dibuka.

Kehadiran ratusan anggota polis mengawal bangunan SUK itu juga di ibarat Ipoh seperti berada dalam 'zon perang'.

Jelasnya jalan-jalan menuju ke bangunan tersebut yang ditutup, berpuluh trak polis dan simpanan persekutuan FRU merintangi pintu masuk ke bangunan SUK serta notis larangan berada di dalam kawasan 50 meter dari kawasan bangunan SUK seolah-olah wujud ancaman besar terhadap ibu negeri itu.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah semalam menafikan anggota keselamatan mereka melakukan kekasaran dan menghalang Adun Pakatan Rakyat memasuki Bangunan SUK untuk menghadiri sidang.

Beliau turut menolak dakwaan yang mengatakan speaker yang juga Adun Tronoh V.Sivakumar dikasari sehingga menyebabkan jubah yang dipakainya terkoyak.

Hadir sama pada sidang media tersebut, Adun Pantai remis, Nga Kor Meng dan Adun Setiawan Ngeh Ko Ham.

Semalam, Adun Pakatan memberitahu selain Sivakumar, sekurang kurangnya dua lagi dikasari pihak polis termasuk Nga Kor Meng di mana alat sulitnya dipegang manakala seorang lagi Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai diseret di lantai.

Dalam persidangan berasingan semalam, Pakatan Rakyat telah meluluskan dua usul dan satu usul tergempar.

Usul tergempar adalah rakaman takziah kepada mangsa tragedi program 1Malaysia di Kuala Dipang dan semua kem program latihan khidmat negara dan program luaran lain digantung sehingga siasatan kes tersebut selesai.

Dua usul lagi adalah bersetuju melantik bekas pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman sebagai senator dan merakam penghargaan terhadap laporan Ketua Audit Negara, sewaktu pentadbiran Pakatan pada tahun 2008. _harakahdaily-nazri abdullah

Bukit Gantang :Seminar kukuhkan Pakatan Rakyat 7 November ini.

KUALA LUMPUR: PAS mengambil keputusan untuk tidak mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) seperti yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebaliknya parti itu akan mengadakan seminar politik bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan untuk memperkasakan parti.

"EGM tak ada, kita bersetuju EGM tak ada tapi diganti dengan seminar."ujar Tuan Guru Haji Hadi.

"Keputusan ini dicapai sebulat suara setelah mengambil kira pandangan Mursyidul Am sendiri, beliau memberi pandangan agar sebolehnya diadakan sesuatu untuk mengumpulkan akar umbi," kata Tuan Guru Haji Hadi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat bersama barisan pesuruhjaya negeri yang berlangsung lebih empat jam.

Menurut Tuan Guru Dato' Haji Abdul Hadi, seminar yang akan diadakan pada 7 November depan akan dihadiri oleh kira-kira 1,000 perwakilan dari seluruh negara yang akan membincangkan isu-isu semasa dalam PAS.

Wednesday, October 28, 2009

DS Nizar Hadir Pertemuan Tok Guru Nik Aziz Dengan Pimpinan Pas




Gambar-gambar-sumber Utara Online

1.DS Nizar mempunyai tenaga dan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan menolak kebatilan.DS Nizar turut hadir mesyuarat khas Pas bersama Mursyidul Am TG Dato'Nik Abdul Aziz untuk meneruskan agenda rakyat.
Pada sebelah pagi 28 Oktober menghadiri Sidang Dun Perak sementara pada sebelah malam turut serta bersama pimpinan PAS .

2.Gambar bawah dua orang Tok Guru kesayangan rakyat.Turut kelihatan Timbalan Presiden Pas,YB Ustaz Nasharudin Mat Isa.

DS Nizar ucap penghargaan atas kejayaan ADUN Pakatan Rakyat dalam Sidang DUN.

DS Nizar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Pakatan Rakyat yang berjaya mempertahankan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Sidang DUN Perak ,di bawah Speaker Tuan V.Sivakumar telah meluluskan tiga usul.

"Terima kasih, tahniah dan penghargaan diatas semangat juang Yang Berhormat yang tinggi sehingga berjaya dalam mempertahankan hak rakyat dalam sidang DUN Perak hari ini "kata DS Nizar

Disamping itu beliau berharap rakyat Perak akan terus bermunajat ke hadrat Allah s.w.t.Bagi mereka yang bukan beragama Islam bolehlah berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.

Kes DS Nizar akan dibicara di Mahkamah Persekutuan pada 5 November ini."Jikalau menang kes,perkara pertama yang dibuat mohon perkenan DYMM Sultan untuk membubarkan DUN Perak"tegas DS Nizar.

Apa kata Setpol Nizar:Misbahul Munir:Sidang DUN penuh polis

Ternyata pihak polis berjaya diperalat oleh UMNO BN. Di luar bangunan Perak Darul Ridhuan, ratusan polis beruniform, preman, FRU, deretan trak polis, bas PDRM, lori PDRM, trak FRU, watercanon dan SB berkeliaran dengan wajah yang bengis mengawal persekitaran luar bangunan SUK. Suasana macam nak perang. ADUN PR cuma ada 28 orang, para penyokong yang berkumpul tidak pula seramai jumlah anggota polis. Semuanya dikawal dengan ketat, kawat berduri juga turut dipasang.

Bukan sahaja di luar bangunan SUK, rupanya di dalam bangunan SUK juga ratusan polis berkumpul. Mereka menjaga setiap pintu masuk ke dewan, Adun-adun PR cuba dihalang memasuki dewan, tindakan yang kasar, biadab dan tidak berakhlak dilakukan oleh polis. Salah seorang Adun PR diramas dengan ganas alat sulitnya, ini sudah memalukan dan keterlaluan. Adegan tolak menolak dengan kasar berlaku, Adun PR diperlakukan seumpama binatang. Sivakumar dikasari sehingga sukar bernafas. Jubah Speaker yang dipakai dirampas dengan cara yang amat ganas. Lehernya tercekik sehingga sesak nafas, akhirnya jubah yang dipakainya berjaya dirampas dengan koyak rabak, songkoknya juga turut dirampas.

Adun PR tetap bersabar, mereka tidak membalas perbuatan mereka dengan kekerasan. Mereka diperlakukan begitu sengaja mahu melambatkan kehadiran mereka daripada memasuki dewan, Memang itu yang dirancang. Bermula dengan surat dari Speaker haram yang memaklumkan jadual ketibaan setiap Adun. Adun BN dijadualkan masuk ke bangunan SUK sebelum 9.30 pagi, Adun PR hanya dibenarkan masuk ke bangunan SUK selepas jam 9.30 pagi. Manakala Adun BN dijadualkan memasuki dewan mesyuarat sebelum 9.55 pagi, manakala adun PR dibenarkan memasuki dewan selepas 9.55 pagi.

Semua ADUN PR hanya berjaya memasuki dewan mesyuarat jam 10.35 pagi. Mereka hanya sampai ke dewan mesyuarat setelah Speaker haram berjaya menjalankan beberapa agenda haramnya.

Itulah perancangan jahat UMNO BN, memperalat polis untuk kepentingan politik jahat dan sarakah mereka. Kita percaya rakyat akan hukum mereka dalam pilihanraya akan datang.

Tuesday, October 27, 2009

Nizar:Sidang Dun Perak 28 Oktober Penuh Polis.

Menurut YDP Bukit Gantang ,polis semakin banyak di bandaraya Ipoh.Pegawai polis berpakaian preman sudah bersedia untuk menjalankan tugas tahap kelas dunia.

"FRU sudah mula membuat road block"kata Ustaz Nordin."Bagi kita,Adun PR tetap hadir sidang,walaupun Speaker Sah tidak dibenarkan masuk"tegas Ustaz Nordin Jaafar.

"Jikalau gagal bersidang di bangunan sedia ada,kita tetap bersidang,"tambah Ustaz Nordin."Speaker V,Sivakumar akan memangil sidang,atas pokok, bawah pokok ,dalam bangunan persidangan DUN Perak akan dipanggil V .Sivakumar.

Pas Bukit Gantang seperti kawasan lain di negeri telah mengadakan munajat rakyat agar Perak selamat dan persidangan Dun Perak bersih daripada unsur provakasi samseng UMNO.

"15 bentara telah ditukar,semuanya bentara palsu,mereka inilah yang akan mencetuskan suasana tidak harmoni,"kata Ustaz Nordin sewaktu ditemui selepas munajat rakyat sebentar tadi.

"Mereka merancang,perancangan Allah s.w.t tiada siapa yang tahu."ujar Ustaz Nordin."Bagi kita keputusan 5 November di Mahkamah Persekutuan ,menentukan pembubaran DUN Perak berlaku."kata Ustaz Nordin. "Menang DS Nizar,DS Nizar mohon perkenan DYMM Sultan untuk membubarkan Dun Perak."kata Ustaz Nordin.

"Kita Pas Bukit Gantang bersedia untuk menghadapi pilihanraya negeri"jelas Ustaz Nordin lagi.


Monday, October 26, 2009

TOK GURU HAJI HADI:Selesai Masalah Parti Secara Musyawarah

KENYATAAN PENUH PRESIDEN PAS Image



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009

Pusat Khidmat DS Nizar: 12 tahun UMNO tak tolong buat Kad Pengenalan.


Roslina di Jabatan Pendaftaran Negara mengemukakan permohonan Kad Pengenalan,ditemani ibunya.

26 Oktober 2009-Taiping-

Roslina Kamaruddin yang telah berumur lebih 24 tahun masih lagi belum memiliki KP.
Pusat Khidmat Ahli Parlimen yang menerima maklumat seminggu yang lepas telah membawa beliau dan ibu beliau ke Pejabat Pendaftaran Daerah untuk urusan mendapatkan Kad Pengenalan bagi Roslina.

JPN telah mengarahkan untuk mengisi lebih dari 10 borang untuk urusan pendaftaran tersebut dan telah menetapkan satu tarikh yang lain dibulan Nov untuk urusan pendaftaran permohonan Daftar Lewat bagi Cik Roslina kamaruddin.


Puan Tun bersama anak beliau Roslina di Wisma Persekutuan.

"Sebelum ini terdapat banyak pihak yang telah berjanji untuk menolong kak untuk urusan pendaftaran I.C Roslin ,tapi semua tinggal janji saja," kata Kak Tun ."Lagi pun Roslina ini bukannya dapat berjalan selalu ,nak bawa dia naik bas atau teksi memang susah dia sakit ,dia OKU, "tambah kak Tun .

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih pada DS Nizar dan petugas beliau yang prihatin.

"Jangan lupa bulan depan kena tolong sekali lagi ke JPN,"minta Kak Tun.

"OK...ditanggung beres..kami dari Pusat Khidmat Ahli Parlimen Insyaallah akan menolong sehingga habis,"kata Basher Ahmad,Pegawai Khas Nizar,yang juga AJK Pas Bukit Gantang.

Sementara itu Fadhil Idris ,Pegawai Khas DS Nizar merangkap Setiausaha Kawasan Bukit Gantang akan berusaha mendaftar Roslina Kamarudin dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sidang Dun Perak-tidak selamat ADUN PR tidak hadir sidang.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak daripada PAKATAN RAKYAT mungkin tidak akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Rabu ini jika polis gagal memberi jaminan terhadap keselamatan mereka.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PRBBC) Khalil Idham Lim berkata keputusan berkenaan bagaimanapun akan ditentukan oleh pimpinan pakatan pembangkang negeri.

"Matlamat kami adalah hadir sidang...kami akan serah kepada pimpinan jika keputusan sebaliknya," katanya pada sidang akhbar di pejabat PAS Perak di sini hari ini.

Namun begitu menurut YDP Pas Bukit Gantang ,Ustaz Nordin mengharapkan pihak polis bersikap profesional.

"Pihak polis mesti menunjukkan prestasi kelas dunia"kata Ustaz Nordin."Kita tidak mahu peristiwa 7 Mei berulang lagi"tegas Ustaz Nordin.

Bajet 2009,yang dapat nama pengetua yang kerja guru.


YB Dr Mujahid Yusof Rawa mengetahui karenah birokrasi Kementerian Pelajaran.Jadi beliau telah mengemukakan soalan jawapan lisan berkaitan guru.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:

10. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bidang tugas perkeranian yang dijalankan oleh guru kelas atau guru tingkatan , adakah Kementerian bercadang mewujudkan jawatan kerani bagi menjalankan tugas perkeranian guru kelas bagi meringankan bebanan tugas guru.

DS NIZAR: ZAMBRY TIDAK BERANI PERTAHAN GANESAN


IPOH, 25 Okt:- MB BN berada dalam keadaan perit dan dilema, macam pepatah telan mati mak luah mati ayah.

Dimana Zambry tidak menjawab soalan kedudukan Ganesan yang melanggar undang-undang Negeri Perak mengenai status sebagai peguam dimana sampai 27hb Ogos Ganesan masih pengamal peguam yang aktif.

Jadi dia hilang kelayakan sebagai Speker, demikian penegasan Menter Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa berucap dalam Majlis Hari Terbuka Pakatan Rakyat di hadapan Pejabat PAS Perak disini.

Nizar juga menjelaskan tindakan Ganesan "back dated" surat akuan bersumpah ke 6hb Ogos jelas menyalahi undang-undang, budak Pasti pun tak berani buat" tegasnya.

Beliau juga mendedahkan siak dan bilal memaklumkan kepadanya pada satu jamuan di Taiping saguhati RM500 tidak dapat lagi, sedang ianya dijanjikan Zambry dibayar sebelum hari raya lepas.

Ds. Nizar juga mengesahkan Sivakumar memiliki jubah dan songkok yang asli sedangkan Ganesan memiliki yang dicuri.

Disamping itu, beliau mempertikaikan sekiranya BN berkata benar, apa guna panggil polis kawal 500 meter disekelilingnya.Beliau juga memohon pihak polis jangan masuk campur sidang DUN Perak, kami datang dengan surat dari Sivakumar Speaker yang sah.

"Akibat dari pelanggaran undang-undang maka DUN Perak mesti dibubarkan" tegasnya.Akibat dari Speaker haram, maka surat haram, sidang haram dan bajet juga haram, jelasnya.

MB Pakatan Rakyat itu menyatakan sekiranya permohonan Speaker mengosongkan 3 kerusi diterima oleh SPR maka sudah lama krisis di Perak sudah dapat diselesaikan.Kesan dari krisis ini pelabur asing segan nak datang ke Perak akibat keadaan tidak menentu.

Audit Negara juga telah memberi komen yang baik kepada Kerajaan PR Perak, tahap baik dan cemerlang.

Beliau juga berkata, Najib telah rasuah rakyat Perak untuk kumpul orang Perak, dengan 1500 bas, dengan belanja RM600,000.

"Kami akan serahkan kuasa kepada rakyat sekiranya saya menang pada 5 Nov ini dan saya cabar Zambry-bubar Dun" tegasnya.Ds. Nizar mendedahkan defakto MB di Perak adalah SUK, Zamry boneka kepada Dato' SS, dia mengarahkan segala-galanya.

Sunday, October 25, 2009

Kenyataan Media (25 Oktober 2009) : KESTABILAN POLITIK NEGERI PERAK PERLU DIKEMBALIKAN.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain didampingi oleh MB Pakatan Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dan Setiausaha PAS Perak, Ust. Misbahul Munir Masduki sedang memberi kenyataan media selepas Mesyuarat PAS Perak di Ipoh sebentar tadi


Berikutan sidang DUN yang akan diadakan pada 28 Oktober 2009 ini, PAS Perak mendesak agar kestabilan perjalanan Dewan Undangan Negeri Perak berjalan dengan baik, perkara ini sangat penting kerana PAS Perak sangat menghormati pendirian rakyat yang telah membuang undi pada 8 Mac 2008 yang lalu dan hasil dari itu kerajaan Pakatan Rakyat diberi mandat untuk mentadbir Negeri Perak.

Berikutan surat panggilan yang telah dikeluarkan oleh YB V Sivakumar selaku Speaker Perak yang sah, untuk semua adun dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bersidang pada 28/10/2009 ini. Maka PAS Perak mengharapkan agar perkara-perkara yang disebutkan diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan:

Pertama : PAS Perak ingin menegaskan supaya pihak polis tidak campur tangan di dalam segala urusan sidang DUN yang akan dilakukan pada 28 Oktober ini. PAS Perak menegaskan agar insiden campurtangan pihak polis yang berlaku pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009 dan 2 September 2009 tidak berulang. Pada 3 persidangan yang lepas seluruh rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa pihak polis telah menghalang adun Pakatan Rakyat untuk bersidang bahkan telah mengganggu ADUN dari Pakatan Rakyat menunaikan amanah rakyat untuk mereka bersidang.

PAS Perak, sangat bimbang sekiranya berlaku sebarang kekerasan dari pihak Polis terhadap ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang sepertimana yang berlaku pada sidang-sidang DUN yang lepas, oleh itu bagi PAS Perak perkara seperti ini tidak boleh berulang sama sekali.

Kedua : PAS Perak menyeru agar pihak polis menjaga keselamatan ADUN Pakatan Rakyat daripada sebarang gangguan “samseng-samseng” yang tidak dikenali yang berkemungkinan akan muncul pada sidang dewan yang akan datang. PAS Perak melihat tindakan “samseng-samseng” yang tidak dikenali ini telah menimbulkan kekacauan pada sidang-sidang yang lalu harus dihalang daripada terus menimbulkan kekacauan. Tindakan mengheret Speaker YB V. Sivakumar pada sidang DUN yang lalu amat tidak bermoral dan melanggar etika kemanusiaan.

Sehubungan itu, kami amat berharap pihak polis dapat menghalang sebarang tindakan tidak bermoral yang mungkin dibuat oleh pihak “samseng-samseng” ini pada sidang DUN 28 Oktober ini.

Ketiga: Pimpinan PAS Perak juga bertegas agar pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) supaya tidak campur tangan di dalam urusan sidang DUN. Selaku kakitangan kerajaan dan berada di bawah kuasa eksekutif, SUK Negeri tiada hak untuk campur tangan di dalam hal kuasa legislatif iaitu kuasa yang ada pada sidang DUN. Pimpinan PAS Perak amat kesal di atas tindakan SUK Negeri yang melanggar arahan Speaker YB V Sivakumar di dalam persidangan yang lepas sehingga mengakibatkan huru-hara di dalam persidangan dewan.

Keempat: Sehingga kini, mahkamah masih lagi belum memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah, dan keputusan ini masih dalam urusan mahkamah, dan Berdasarkan keputusan terbaru juga, mahkamah tinggi telah membenarkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dan enam lagi ADUN Pakatan Rakyat untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyatakan tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di Perak iaitu Behrang, Cangkat Jering Dan Jelapang.

Perkara ini semestinya akan menyebabkan kecelaruan bagi sidang DUN yang akan diadakan ini. Sehubungan itu, PAS Perak mendesak agar DUN Perak segera dibubarkan bagi mengembalikan semula hak rakyat memilih kerajaan yang sebenar untuk mentadbir Negeri Perak, Bagi PAS Perak ini adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan berbagai lagi insiden yang akan berlaku pada masa akan datang selagi mana DUN Perak tidak dibubarkan

Dengan ini saya, selaku Pesuruhjaya mewakili seluruh pimpinan PAS Perak, akan terus konsisten menggesa agar DUN Perak segera dibubarkan untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah yang timbul akibat daripada rampasan kuasa oleh pihak Barisan Nasional. PAS Perak menggesa supaya kembalikan semula hak rakyat, berikan mandat kepada rakyat tentukan siapa kerajaan pilihan mereka.

“ ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN ”

A.F USTAZ ABU BAKAR HUSSAIN
Pesuruhjaya PAS,
Perak Darul Ridzuan

BUKIT GANTANG; SOLAT HAJAT SELAMATKAN PERAK


PAS Kawasan Bukit Gantang akan menganjurkan Solat Hajat dan bacaan Yassin untuk memohon perlindungan Allah s.w.t supaya Sidang Dun Perak berjalan lancar pada 28 Oktober,Rabu ini.

Tantatif program seperti berikut:

Tarikh:27 Oktober 2009
Hari : Rabu
Masa : 8.14 malam-bermula Solat Isyak
Tempat:Markaz Tarbiyyah Pas Negeri Perak,Air Kuning,Taiping.

Aturcara: Solat Isyak
Solat Hajat
Bacaan Yassin
Taklimat YDP Bukit Gantang-Ustaz Nordin Jaafar.

Semua muslimin dan muslimat,ahli Pas ,PKR dan penyokong dijemput untuk bersama-sama bermunajat kehadrat Allah s.w.t supaya Perak Selamat dibawah perlindunganNYA.

Pembaca blog ini dijemput hadir dan diharap dapat menghebahkannya.


Bajet perlu tertumpu kepada golongan miskin-Fomca

PETALING JAYA, 25 Okt -- Orang ramai perlu diserapkan dengan kempen kesedaran bagi mengikis "mentaliti subsidi" daripada diri mereka.

Langkah itu akan menjadikan mereka tidak mudah goyah dalam mengharungi kelembapan ekonomi, kata Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N. Marimuthu pada Ahad.

Beliau berkata sungguhpun aspek itu tidak diberi penekanan dalam pembentangan bajet baru-baru ini, gabungan itu bagaimanapun berharap peruntukan akan diwujudkan bagi mengadakan program seperti itu di seluruh negara.

Katanya subsidi sepatutnya hanya tertumpu kepada golongan miskin serta terpinggir dan memastikan sebuah jaringan keselamatan sosial yang berkesan, sambil menambah bantuan kepada golongan miskin tegar perlu merangkumi kemasukan ke hospital, faedah pengangguran, pencen bulanan, elaun pengangkutan dan pinjaman khas perumahan.

Mengulas mengenai Bajet 2010, Marimuthu berkata belanjawan itu tidak menekankan kepada jaminan keselamatan makanan jangka panjang meskipun negara mudah terdedah kepada krisis makanan, seperti dalam kes beras tahun lepas.

Mengenai kad kredit, Marimuthu berkata gaji minimum RM1,500 bagi melayakkan diri untuk memiliki kad itu perlu dikuatkuasakan dengan tegas.

Beliau berpendapat mengenakan caj ke atas pengguna sebanyak RM50 setahun bagi setiap kad adalah tidak adil kerana kempen pemasaran agresif pihak bank tidak terbatas, terutamanya membabitkan golongan belia.

Menyentuh tentang pengangkutan awam, beliau berkata pengangkutan awam yang bersepadu perlu diberi keutamaan di peringkat kebangsaan, bukan hanya tertumpu kepada Kuala Lumpur sahaja.

-- BERNAMA

Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat bincang keperluan muktamar khas

KUALA LUMPUR, 25 Okt: PAS mengambil pendirian untuk membincangkan cadangan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang keperluan mengadakan muktamar khas "dalam tempoh terdekat ini."

Pendirian ini dinyatakan melalui satu kenyataan ringkas lima perenggan dikeluarkan Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Kenyataan itu memberitahu cadangan Mursyidul Am itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat.

PAS juga akan menuntut penjelasan daripada Mursyidul Am berhubung pandangannya tentang keperluan mengadakan muktamar khas.

"Sama ada muktamar khas luar biasa itu perlu diadakan atau tidak, kita perlu dengar dahulu penjelasan daripada Mursyidul Am," kata Idris ketika dihubungi Harakahdaily.

Idris juga menggesa pemimpin-pemimpin PAS agar tidak membincangkannya secara terbuka untuk mengelakkan isu ini dimanipulasi.

"Adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap pimpinan dan ahli bertenang dalam menghadapi isu ini serta tidak melatah hingga memberikan peluang kepada pihak luar melontarkan lebih banyak peluru atau prasangka yang boleh memburukan imej parti," tegas kenyataan itu lagi.

harakahdaily.net

Ustaz Nordin setuju bajet seperti bagi panadol untuk rakyat

YDP Kawasan Bukit Gantang ,Ustaz Nordin Jaafar ,media arus perdana mempunyai agenda tersendiri untuk menutup kelemahan UMNO/BN.

"Mereka cipta muktamar khas,bajet tidak dibincangkan rakyat."Rakyat tidak dapat apa-apa "kata Ustaz Nordin Jaafar.

"Rakyat Bukit Gantang mengharapkan dikembalikan subsidi untuk minyak"kata Ustaz Nordin."Apabila harga minyak turun,kebanyakan kos hidup dapat dikurangkan"tegas Ustaz Nordin lagi.

"Majoriti rakyat Bukit Gantang di luar bandar tidak membayar cukai pendapatan."kata Ustaz Nordin."Jadi penurunan cukai pendapatan tidak memberi kesan kepada penduduk" hujah Ustaz Nordin lagi.

"Rakyat mengharapkan PTPTN menjadi biasiswa,bukan setakat ijazah sarjana muda kelas pertama tetapi semua penerima ijazah sarjana muda"tambah Ustaz Nordin.

"Dengan menjadi biasiswa ,wang pembayaran pinjaman tadi boleh disumbang kepada ibu -bapa di kampung" kata Ustaz Nordin.

"Dengan keadaan sistem pendidikan dan kemudahan yang tidak seimbang,pelajar luar bandar tidak akan mendapat manfaat besar pemansuhan PTPTN menjadi biasiswa untuk ijazah kelas pertama"kata Ustaz Nordin lagi.

Ustaz Nordin juga berhujah ,di DUN Trong,sebuah bank pun tidak ada."Rakyat dibiarkan di DUN Trong" kata Ustaz Nordin Jaafar.

Beliau juga menyatakan dengan jauhnya balai bomba dari pekan Trong,jikalau berlakunya kebakaran,tiada apa yang dapat diselamatkan.

"Pengurangan bajet dari tahun lepas ,menunjukkan bajet kita mempunyai masalah"."Kita pun hairan kakitangan kerajaan dari DG 41-DG 54 diberi hadiah 500 ringgit sebulan terus bulan Disember,kakitangan sokongan dua kali untuk 500 ringgit "kata Ustaz N0rdin.

Muktamar Khas Pas: Pas Perak Ada Agenda Lebih Penting

IPOH – Pas Perak tidak mahu mengambil sebarang keputusan mengenai Muktamar Agung Khas (EGM) selagi tidak mendapat penjelasan daripada Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, mereka tidak mahu membuat sebarang spekulasi yang hanya disiarkan melalui media massa.

“Eesok (Ahad) kita ada perjumpaan dengan ahli jawatankuasa Pas Pusat untuk berbincang hal lain, tetapi dalam masa yang sama kita akan tentukan masa dan tarikh sesuai bagi mendengar penjelasan dari Tok Guru.

“Persoalannya di sini sekarang, kami tidak tahu sama ada kenyataan berkenaan adalah sahih atau tidak dari mulut Tok Guru, sebab itulah kami perlu mendengar penjelasan sebenar dari beliau,” katanya, semalam.

Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain pula berkata, mereka tidak mahu campur tangan terhadap cadangan EGM yang dikemukakan oleh Nik Abdul Aziz itu kerana ada agenda yang lebih besar perlu disempurnakan.

“Apa pun keputusan biarlah Pas Pusat yang tentukan (EGM). Kita hanya fokus kepada proses pemulihan demokrasi dan pembubaran DUN Perak.

“Pada kami, inilah matlamat terdekat Pas Perak bagi merealisasikan perancangan untuk mengembalikan hak rakyat serta kestabilan politik negeri,” katanya.

Saturday, October 24, 2009

DS NIZAR DI PROGRAM RAKYAT"1 BLACK PERAK"

LUMUT,24 OKTOBER- oleh Sya reformis,Perak Express.

Semalam bertempat di Air Tawar telah diadakan satu Himpunan Muslimat sempena 1 Black Perak yang telah dirancang selama sebulan dan akhirnya acara kemuncak itu telah diadakan semalam yang mana ia menghimpunkan lebih dari 2000 orang muslimat Pas dari setiap kawasan di Negeri Perak ini.

Menambah Menarik Program Muslimat ini ialah apabila hampir kesemua Muslimat yang hadir mengenakan Pakaian berwarna HITAM sebagai simbolik kepada hari 1 Black Perak.

Program ini yang bermula seawal jam 9 pagi di dihadiri oleh Dato Seri Ir Hj Nizar jamaluddin,Datin Seri Hjh Fatimah Taat,Yb Dr zaliah,Yb Mariah dan beberapa lagi Pimpinan Negeri dan Pusat.Turut hadir bersama ialah PJ Pas Negeri Tuan Hj Abu Bakar dan Puan Hjh Bariah.

Selepas itu Dato Seri Nizar dan Datin Seri berangkat pula ke Program Himpunan Pemuda Pakatan Rakyat di Lekir selepas Program itu disabotaj oleh Pihak Polis.

Himpunan ini besempena dengan Pelancaran Pemuda PR peringkat Negeri Perak.Dato Seri diberi Penghormatan bagi merasmikan Program tersebut bersama-sama dengan Kepimpinan PR yang lain termasuk wakil Pemuda PR di peringkat Pusat dan Negeri.

Pemuda yang selepas itu telah mengadakan satu ceramah Pentas Pemuda di Pulau Pangkor.

Pada sebelah malam Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin menghadiri pula satu majlis Makan Malam anjuran PKR di Cenderiang Tapah.Pelbagai kupasan isu semasa disampaikan kepada Rakyat yang hadir terutamanya mengenai Sidang Dun yang bakal berlaku pada 28.10.2009 ini.

PERAK:SIDANG MEDIA ISU TERKINI PETANG INI.


KEPADA SEMUA RAKAN MEDIA :-

PAS Perak akan bermesyuarat pada petang ini, selepas mesyuarat selesai satu sidang media akan diadakan, dengan ini saya menjemput Saudara/Saudari untuk hadir pada sidang media yang dimaksudkan:-

Tarikh/Hari ; 25 Okt. 2009/Ahad
Jam : 5.45 Petang
Tempat : Pejabat PAS IPOH.

Sekian, harap maklum

DRS. KHALIL IDHAM LIM,
Ketua Penerangan PAS Perak

Cadangan Tok Guru Nik Aziz ke Majlis Syura


KUALA LUMPUR - Cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengadakan Muktamar Khas bagi membincangkan kedudukan ‘dua tiga kerat pemimpin bermasalah’ akan dibawa ke Majlis Syura.

Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, beliau juga akan menemui Nik Aziz itu untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih mendalam berhubung kenyataan yang disiarkan dalam blog Menteri Besar Kelantan itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, sukar untuk menentukan sama ada kenyataan tersebut adalah pendapat peribadi Nik Aziz ataupun ditulis oleh individu lain yang mempunyai kepentingan tertentu. Justify Full
“Saya sendiri baru mengetahui perkara ini dan saya rasa biarlah kita dapatkan penjelasan secara terperinci daripada Mursyidul Am sendiri dalam mesyuarat Majlis Syura nanti yang akan diadakan pada masa terdekat," katanya.

Semalam, Nik Aziz dipetik dari blognya berkata, perlu ada perubahan dalam ‘pemain-pemain penting’ yang menduduki kerusi kepimpinan Pas di peringkat pusat melalui Muktamar Khas.

Muktamar itu juga akan membincangkan kedudukan ‘dua tiga kerat pemimpin bermasalah’ termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin yang pro-UMNO.

Ketika ditanya adakah perlu untuk Pas mengadakan Muktamar Khas itu, Nasharudin berkata, isu berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura terlebih dahulu bagi mendapatkan pandangan secara jelas daripada Nik Aziz.

"Ini adalah tulisan yang dikatakan dalam blog beliau (Nik Aziz) dan saya tidak boleh membuat apa-apa andaian sama ada perlu atau tidak Pas mengadakan Muktamar Khas, kita akan mendapat penjelasan sendiri daripada Tok Guru (Nik Aziz),” katanya.

Beliau berkata, parti itu sentiasa terbuka dengan cadangan atau nasihat daripada pemimpin tertinggi parti seperti Nik Aziz demi kebaikan parti.

"Pas sentiasa terbuka dengan sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin apatah lagi dari Mursyidul Am sendiri. Tetapi, ini hanyalah kenyataan peribadi dan bukan pendirian daripada parti,” katanya.

Ds. Nizar dan rombongan Pemuda Pakatan cuba dihalang untuk ke Pulau Pangkor.


LUMUT 3.15 pm : Kawalan ketat pihak polis berlanjutan kepada program sebelah petang yang dijadualkan di Pulau Pangkor petang ini. Ds. Nizar dan Pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat Perak serta Ust. Azman Shafawi dihalang untuk ke Pulau Pangkor melalui feri biasa yang mengangkat penumpang ke pulau itu.

Ds. Nizar juga antara yang dihalang dan akhirnya dapat menaiki feri setelah menunggu beberapa ketika.

Selain itu, Pemimpin Pemuda yang lain kebanyakannya terpaksa menaiki bot nelayan yang disewa khas dari Teluk Batik ke Pulau Pangkor.

Didapati Ketua Polis Lumut dan puluhan polis mengadakan kawalan ketat di jeti feri petang ini.

Inilah suasana yang mewarnai Program Pelancaran Pemuda Pakatan Rakyat Perak hari ini. Kawalan yang melampau dan melanggar hak asasi warganegara Malaysia yang dibenarkan bergerak dan berhimpun secara aman.(cina islam)

Program DS Nizar sememangnya dipantau pihak polis,melalui cawangan khas(SB).DS Nizar apabila berada di Bukit Gantang pasti dikuti oleh pegawai polis berpakaian preman.

Namun begitu kita perlu berhati-hati,supaya DS Nizar tidak diperangkap musuh di kalangan kita sendiri.UMNO jelas musuh politik PAS,tetapi rakan taulan siapa tahu.

Kita yakin Allah s.w.t bersama-sama dengan mereka yang menentang kezaliman.

TG Nik Aziz : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?


Latarbelakang:


Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.


Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.


i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.


Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.(Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)


Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.(Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”


Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.


Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 200

Friday, October 23, 2009

Sidang 28hb Okt : Nizar dedah rencana jahat BN

DS.Nizar didampingi oleh ADUN Pakatan Rakyat yang lain semasa memberi kenyataan media selepas merasmikan Pemuda Pakatan Rakyat hari ini di Lumut

LUMUT,24 Okt :- Sidang pada 28hb Oktober ini kami diberitahu oleh orang dalaman yang rapat dengan kami bahawa bentara lama telah diberhentikan dan dilantik 15 bentara baru dari kalangan samseng Umno, demikian penegasan MB Perak Pakatan Rakyat, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media selepas merasmikan Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak di Markaz PAS bt8 Lekir disini pagi tadi.

Katanya jika ini berlaku besar kemungkinan katanya dengan alasan kami akan buat kecoh,mereka merancang selamatkan Adun BN dan mengunci bilik dan melanyak kami.

"Kami hanya boleh masuk jam 10 pagi, sebenarnya nak masuk bila-bila masa kepada Adun. Keselamatan dikatakan tidak membenarkan Adun bawa rakan, kamera dan perakam video. Mereka nak mengekalkan kerajaannya dengan apa cara sekalipun " kata Ds. Nizar.

"Ganesan tidak ada kuasa panggil sidang. Kami datang sebab Speaker Sivakumar panggil. Kami pertikaikan perlantikan Ganesan, dia juga tidak meletakkan jawatan peguam yang sah sehingga 7hb Ogos,dia tidak ada intergriti untuk memimpin DunPerak.." kata Ds. Nizar lagi.

Beliau juga mengulangi komitmen semua Adun Pakatan Rakyat untuk hadir sidang walaupun kami diugut oleh Zambry dan PM 1 Malaysia.

Dalam sidang akhbar yang sama, Exco Kerajaan PR Perak, Dato' Ngeh Khoo Ham menjelaskan keputusan Mahkamah Speaker Sivakumar mendapat perintah memeriksa keputusan SPR tidak membenarkan pengundian di Jelapang, Behrang dan Changkat Jering, ini bermaksud ketiga-tiga mereka bukan Adun termasuk Hee yang mempengerusikan pelantikan Ganesan lagi tidak sah, haram seharamnya.

Cina Islam.

Pesan DS Nizar layan rakyat dengan mesra dan santun



Jenazah Allahyarham Mohd Fadhil Ismail,anak Ketua Kampung Cheh Seberang dibawa ke Tanah Perkuburan Kg Cheh.Jenazah allahyarham Fadhil Ismail diiringi AJK Pas Kawasan Bukit Gantang Sdr Zainuddin Hamzah,yang juga Pegawai Khas DS Nizar.

Perjalanan terakhir seorang manusia.


23 Oktober,Bukit Gantang-

'Mana DS Nizar?' tanya Ustaz Husein Ahmad."DS Nizar,sidang parlimen,hari ini pembentangan bajet",jawab penulis.

"Kami wakil Pas dan DS Nizar", jelas penulis kepada penduduk kampung.

Solat Jenazah,ziarah sakit ,hadir program majlis perkahwinan dan solat Jumaat,penting bagi DS Nizar untuk memahami hati budi rakyat.

Kami pegawai beliau ,yang juga merupakan Pimpinan Pas Kawasan Bukit Gantang akan mewakili DS Nizar.Van dan kereta pick-up Ahli Parlimen sering membantu rakyat.

Kereta Pick-Up ,Pusat Khidmat Ahli Parlimen sering digunakan untuk membantu rakyat.Membantu mangsa banjir,mengangkut barang-barang , dan termasuk membawa jenazah.

Perkhidmatan yang disediakan percuma dan tidak mengira bangsa,kaum,agama dan aliran politik.

Pas Bukit Gantang bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen sedang mencari sebuah van jenazah untuk kegunaan rakyat .

Sehubungan dengan itu sebarang derma,bolehlah masukkan ke akaun Pas Kawasan Bukit Gantang,08040010013314 Bank Islam,Taiping.

Setelah menderma ,para penderma bolehlah memaklumkan kepada pejabat ahli parlimen 05-8483950

Jumpa Hj Nizar di Lumut esok 24 Oktober


Ds Nizar akan hadir ke Majlis Pelancaran Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak pada 24 Oktober ini.

Pelancaran bermula pukul 10.00 pagi ,bertempat di Dewan Tokong Hock Keong ,Lumut.DS Nizar difahamkan akan menyampaikan ucapan .

Dewan Pemuda Pas Bukit Gantang dijangka menghantar 250 ahli Dewan Pemuda ke pelancaran tersebut.

Imran tukar keterangan Jamaludin beri rasuah


IPOH, 23 Okt: Ketika memuncak cerita dua Adun PKR yang kini menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno mahu kembali menyokong usul untuk membubarkan Dun Perak, saksi utama kes rasuah mereka menukar kenyataannya dalam Mahkamah Sesyen.

Dari mengaitkan kedua-duanya dengan rasuah, saksi utama itu, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), menukar kenyataannya di Mahkamah Sesyen, lapor wartawan Jaspal Singh dalam laman web NST.

http://www.nst.com.my/articles/21naxz/Article/index_html

Dalam keterangannya, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi, Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek di Pusat Bandar Seri Iskandar.

Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut.

Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak.

Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu.

Image"Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar," kata Imran dalam Mahkamah Sesyen dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman.

Jamaluddin dan Osman Jailu (Adin Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas.

Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran.

Namun denggan keterangan Imran ini ia seolah-olah menyangahi keterangannya sebelum ini dan besar kemungkinan kes ini akan dibuang begitu sahaja ekoran percanggahan keterangan ini.

Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan sex dengan tiga wanita Cina itu.

Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah.

Mereka berdua bersama Adun Barisan Nasional (BN) yang lain kemudiannya menghadab Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

harakahdaily.net

Osman Jailu Bolot Sendiri Duit Pembayar Cukai

Osman Jailu mendapat peruntukan sejuta ringgit untuk DUN Changkat Jering.Dahulu Osman wakil rakyat PR mendapat peruntukan exco dan wakil rakyat berjumlah 450 ribu ringgit.

Pengundi dan rakyat tahu siapa yang bolot duit rakyat sejuta itu.Jikalau kita pergi keseluruhan DUN Changkat Jering,kita boleh melihat Osman bukannya buat kerja.

Kita pergi Pasar Taman Kaya, tandas tidak terurus.Jalan di Taman Indah-Taman Damai rosak.Banjir kilat masih berlaku di Kampung Pauh.

Mereka yang terlibat banjir kilat pada 17 Julai 2008,masih tidak terbela.Penduduk berjumlah 44 keluarga masih menunggu Osman mengotakan janji .

Dalam dialog di Dewan Taman Kuning Sari 20 Julai 2009, Osman berjanji akan membantu rakyat yang terlibat dengan banjir.Osman dengan yakin berjanji membantu mereka.

Dulu menjadi exco,kini dibiayai UMNO Osman gagal membela rakyat.Osman bukan boleh dipercayaai.Jikalau semasa exco PR beliau gagal untuk bersolat di 9 masjid di DUN Changkat Jering,inikan pula sewaktu menjadi wakil lompat.

Mengikut orang kuat beliau Ketua Kampung Larut Ulu, Tajei Husein, Osman sibuk selalu ke luar negeri.Kalau ada masa Osman akan berjumpa pengundi.

Mengikut Tajei lagi semasa program jamuan raya Osman baru-baru ini,yang hadir mereka yang menerima dermasiswa rakyat ,satu program kerajaan PR membantu rakyat.

Tiada siapa yang meminta maaf daripada Osman sewaktu jamuan raya pada 18 Oktober baru-baru ini.Mereka yang hadir menyatakan Osman yang meminta maaf kepadsa rakyat.

Terima kasih Malaysiakini yang memberi maklumat kepada rakyat tentang Osman bersama kawan rapat ambil wang pembayar cukai.

Ingat Osman ,kami pengundi tahu anda sememangnya pengkhianat rakyat.Pengundi pasti menghukum anda pada pilihanraya negeri.


Thursday, October 22, 2009

SEMARAKKAN 1 BLACK PERAK

Sivakumar, Enam Lain Dapat Kebenaran Untuk Cabar Keputusan SPR


KUALA LUMPUR, 22 Okt -- Bekas Speaker Perak V. Sivakumar dan enam lagi diberi kebenaran oleh Mahkamah Tinggi di sini Khamis bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.

Sivakumar, ADUN pembangkang Chen Fook Chye, Tai Singh Ng dan A. Sivanesan serta tiga pengundi Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai dari Jelapang diberi kebenaran untuk mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan SPR itu.

Sebelum ini, SPR mengambil keputusan untuk tidak mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang berikutan wakil rakyat kerusi berkenaan menjadi ADUN bebas.

Hakim Lau Bee Lan membuatkan keputusan itu dalam kamar selepas menolak bantahan awal Pejabat Peguam Negara bahawa pemohon itu tidak mempunyai 'locus standi' atau hak undang-undang untuk mencabar keputusan SPR.

Sebaliknya, hakim itu memerintahkan bahawa Sivakumar dan enam lagi mempunyai 'locus standi' untuk berbuat demkian (mencabar keputusan SPR).

Berikutan keputusan hari ini, peguam pemohon, Ranjit Singh, berkata mereka akan memfailkan permohonan semakan kehakiman di mana mahkamah akan menentukan tarikh untuk mendengar perkara itu.

Hakim Lau juga tidak menerima hujahan Pejabat Peguam Negara bahawa permohonan itu bersifat akademik semata-mata berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lepas bahawa SPR dan bukan Speaker mempunyai hak untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi pilihan raya.

Pemohon berkanaan mengemukakan saman terhadap SPR dan wakil rakyat, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).
-BERNAMA

HARI TERBUKA PAKATAN RAKYAT PERAK




Saya selaku Pengarah Jamuan Hari Terbuka Pakatan Rakyat Perak menjemput seluruh rakyat Perak tanpa mengira fahaman ideologi, politik, bangsa dan agama hadir beramai-ramai ke majlis tersebut pada 25hb. Oktober 2009. Majlis bermula jam 8.00 malam di Medan Istana, Bandar Ipohraya.

Majlis tersebut diadakan untuk menghimpunkan seramai mungkin rakyat Perak dari seluruh lapisan masyarakat untuk bertemu mesra dengan pimpinan Pakatan Rakyat Perak. Semuga majlis ini akan menjalin satu ikatan mesra ke arah penyatuan bersama di bawah lembayung keadilan.

DATANG JANGAN TAK DATANG. YANG MEMBACA BLOG INI, MOHON HEBAHKAN JEMPUTAN INI KEPADA JIRAN TETANGGA, SAUDARA MARA, SAHABAT HANDAI ATAU SESIAPA SAHAJA YANG DITEMUI.

MISBAH
Pengarah
Jamuan Hari Terbuka Pakatan Rakyat Perak

Selamat Ulangtahun ke 62 Dato' Presiden


1. Hari ini genap 62 tahun usia Presiden PAS , Al Fadhil Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan [ 20 Oktober 1947. ] di Kampung Rusila Marang , Terengganu . Anak ke 5 dari 9 orang adik beradik .

2. Tuan Guru menuntut di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Disamping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad.

3. Tuan Guru melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973 . Tamat dengan B.A (Syariah) . Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 - 1975)

4. Tuan Guru Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila , Marang .

5. 1976 , setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air , beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presidennya .

6. Tuan Guru Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang . Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

7. Tuan Guru juga terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Arab Mesir. Sebagai pemimpin PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat.

Antaranya :-

a] Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
b] Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
c] Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
d] Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
e] Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
f] Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
g] Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.

8. Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan Selamat Ulangtahun ke 62 buat Al Fadhil Tuan Guru Hj. Hadi Awang dan mendoakan agar al Fadhil Tuan Guru senantiasa dikurniakan kekuatan dan petunjuk untuk memimpin sebuah parti yang besar pula mencabar ujiannya.

9. Kepimpinan beliau sejak awal sering berdepan dengan ujian getir samaada yang datang dari tekanan luar parti mahupun permasaalahan dalaman parti . Kesabaran dan ketabahan beliau mendepani segalanya adalah suatu yang sangat mengkagumkan . Semoga Allah swt terus mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada beliau .
10. Kepada sahabat yang turut ingin memberikan ucapan selamat ulangtahun , bolehlah dimuatkan ke ruangan komen dan insyaallah ianya akan menjadi kata - kata semangat buat al Fadhil Tuan Guru untuk terus thabat memikul amanah berat ini seterusnya mendapat ganjaran setimpal daripada Allah swt .

nasruddin hassan tantawi

Bubar DUN, PR Perak sudah bersedia

Kuala Lumpur,21 Okt:

Pakatan Rakyat Perak tidak menolak kemungkinan desas desus bahawa Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan akan berlaku dalam masa terdekat.

ImagePesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain ketika diminta mengulas perkara itu memberitahu spekulasi yang sedang bertiup kencang di negeri itu sekarang ini ada asasnya.

Antaranya kucar kacir dalam pentadbiran negeri dan keyakinan BN selepas menang pada Pilihan raya Kecil Bagan Pinang 11 Oktober lalu.

"Kemungkinan besar akan berlaku. Ada beberapa asas untuk saya berkata begitu, antaranya kucar kacir dalam pentadbiran negeri sekarang, contohnya GLC tidak berfungsi, masalah ketua kampung kena pecat dan banyak lagi," katanya ketika dihubungi.

"selain itu, mereka juga sudah berkeyakinan diterima rakyat selepas menang di Bagan Pinang, dan yang paling akhir sokongan rakyat pada pelancaran 1Malaysia yang dilancar Datuk Seri Najib di sini baru baru ini."

Bersedia atas segala kemungkinan yang bakal berlaku, PAS negeri katanya sudah mula menggerakkan jentera mereka bagi memastikan kerajaan negeri Perak kembali kepada Pakatan Rakyat.

"Kita sudah bersedia lama, dan terbaru pada 17 Oktober baru-baru ini kami telah mengadakan taklimat kepada seluruh PAS kawasan sebagai persediaan berdepan pembubaran DUN," katanya.

Mengulas isu sama, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Meng juga yakin BN akan membubarkan DUN perak berasakan kemenangan besar pada PRK Bagan Pinang.

Menurutnya jika benar, ianya bertepatan dengan desakan rayat negeri itu selama ini yang mahu kerajaan negeri dipilih semula oleh mereka.

"Jika benar, ini memang hasrat rakyat. Mengikut pungutan suara gabungan NGO yang diumum minggu lalu, 10 ribu yang ditemuduga, 92.15 peratus bersetuju DUN Perak dibubarkan," katanya ketika ditemui di parlimen pagi tadi.

Beliau yang juga ADUN Pantai Remis berkata, pakatan Perak sememangnya menunggu perkara itu berlaku sebagai penyelesaian terbaik kemelut negeri itu yang sudah berlarutan hampir sembilan bulan lalu.

"Kita bersiap sedia sepanjang masa, kita yakin prestasi 10 bulan memerintah Perak dan sengat kerjasama PAS-DAP-PKR memmbuatkan rakyat akan bersama kita," ujarnya.

Krisis perlembagaan negeri Perak sekali lagi bakal mendapat perhatian apabila Speaker Pakatan, V.Sivakumar dan Speaker BN, R.Ganesan masing-masing memanggil sidang DUN pada tarikh sama 28 Oktober ini.

Kesemua ADUN pakatan mahupun BN telah menyatakan komitmen untuk hadir pada persidangan tersebut berdasarkan notis panggilan dari Speaker masing-masing. _

HarakahDaily.Net/-