Saturday, December 26, 2009

Takziah daripada kami Pakatan Rakyat Perak-Banyakkan Bersabar

Anggota Rela dan polis mengangkat mayat mangsa kemalangan yang melibatkan bas ekspres awal pagi tadi. Bas malang tersebut membawa 48 orang penumpang dari Shah Alam, Selangor menuju ke Alor Star, Kedah. --fotoBERNAMA


Ngeri...Keadaan bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini. Dalam kejadian itu, seramai 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera selepas bas itu terbabas lalu merempuh pembahagi jalan. -foto The Star .


Berikutan dengan sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini, dengan ini saya mewakili Pakatan Rakyat Negeri Perak mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Pakatan Rakyat Perak turut bersimpati dan bersedih dengan keluarga mangsa dan mengucapkan takziah kepada mereka yang terlibat,harapan kami semuga semuanya bersabar dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya semua yang meninggal dunia ditempatkan oleh Allah SWT dikalangan roh orang yang beriman. Kepada semua marilah kita menyedekahkan bacaan Al Quran kepada mereka semua..Al Fatihah…

2. Satu sisatan yang terperinci dan menyeluruh mesti dilakukan dengan segera bagi memastikan pihak yang bertanggugn jawab diadili dengan sebaik mungkin termasuklah pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu yang telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

3. Siasatan juga perlu melibatkan keadaan jalan, pembahagi jalan dan lain-lain aspek yang berkaitan supaya kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi dimasa akan datang.

4. Walaupun tidak setimpal dengan nilai kehilangan nyawa, pihak yang terbabit mestilah membayar pampasan yang sepatutunya bagi membela keluarga mangsa tersebut.

Kenyataan Media/ 26 Disember 2009

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Setiausaha,
Sekretariat Pakatan Rakyat
Negeri perak.

No comments:

Post a Comment