Saturday, December 12, 2009

PAFA-DS Nizar Nafi Tidak Ambil Tindakan

Taiping, 12 Disember-DS Nizar menafi sekeras-kerasnya tuduhan beberapa bekas pemain Perak,kononnya pentadbiran PAFA pimpinan beliau tidak membayar gaji mereka.

"Ini satu pembohongan dan fitnah"kata DS ketika kita bertemu beliau sebentar tadi."Saya tidak pernah melihat surat mereka dan saya tidak berjanji dengan mereka untuk bertemu dengan mereka."tegas DS Nizar di Markaz Negeri Air Kuning,Taiping.

"Jikalau mereka mempunyai bukti kemukakan,pentadbiran beliau yang tidak menunaikan janji"tambah DS Nizar sewaktu mengulas siaran berita RTM menyatakan beliau pembohong besar.

"Mereka boleh mengemukakan aduan bertulis kepada FAM"kata DS Nizar lagi.Bagi DS Nizar jika pentadbiran lama yang membuat janji merekalah yang menyelesaikan masalah.Namun begitu DS Nizar PAFA telah berjaya memasuki Piala Liga Super atas kerjasama kerajaan negeri Perak."Jika mereka ada kes sudah tentu FAM meminta penjelasan kita"sewaktu kita bertanya DS Nizar.

"Kita berjaya memasuki Liga Super hasil kerjasama semua"kata DS Nizar.

No comments:

Post a Comment