Monday, December 14, 2009

DAP bukan anti Melayu- PJ Perak



IPOH – Pas terharu dengan pemecahan tradisi oleh DAP yang menganjurkan majlis berkhatan sekal igus menolak dakwaan bahawa DAP anti Islam atau Melayu.

Pesuruhjaya Pas Abu Bakar Hussain berkata, orang Melayu pada masa ini memberikan gambaran yang buruk terhadap DAP namun parti itu sedang cuba untuk memecahkan budaya dengan memberikan maklumat kepada rakyat bahawa mereka bukanlah anti kepada orang Melayu dan Islam.

“Malahan kita lihat baru-baru ini Nga Kor Ming menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai yang memecah tradisi keMelayuan dan keCinaan.

“Dalam konteks negara pelbagai agama, hak orang Islam dan bukan Islam perlu diberikan perhatian sama rata dan kebebasan kepada mana-mana agama lain perlu diambilkira,” katanya dalam satu sidang media.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Kor Ming yang membuat laporan polis terhadap sebuah akhbar tempatan yang yang didakwa memutar belitkan kenyataan Ahli Parlimen Taiping itu berhubung isu masjid, baru-baru ini.

Menurutnya, tidak timbul soal peruntukan yang sedikit yang diberikan kepada kuil-kuil seperti yang dinyatakan, malah Kor Mingtidak mempersoalkan peruntukan membina masjid.

“Kalau boleh biar (peruntukan kuil) ditambahkan lagi dan dalam hal ini ia satu kebebasan yang diberikan oleh Islam kerana ia agama sejagat,” katanya.

Katanya, dalam apa juga isu mengaitkan tuduhan Pas dijadikan ‘boneka’ DAP seperti yang dilaung-laungkan oleh kerajaan UMNO/Barisan Nasional, tidak sepatutnya berlaku kerana integrasi yang baik antara Pas, PKR dan DAP dapat dilihat sendiri oleh rakyat.

Abu Bakar berkata, sebaliknya berlaku, laporan yang tidak memegang kepada etika kewartawanan, akan menyebabkan perpecahan kepada rakyat.
sinar harian

No comments:

Post a Comment