Friday, December 4, 2009

Kita bantu rakyat dengan duit poket rakyat!-DS Nizar

Ds Nizar pernah menyatakan kewangan untuk membantu penduduk Bukit Gantang dalam parlimen beliau,melalui sumbangan dan derma rakyat.

"Derma tuan-tuan dan puan-puan,walaupun seringgit,sepuluh ringgit atau lebih akan dimanfaatkan untuk rakyat."kata DS Nizar dalam satu pertemuan dengan rakyat.

"Tabung Pusat Khidmat diisi dengan duit poket rakyat." kata DS Nizar kepada seorang penduduk yang mengadu hal kepada beiau.

"Mereka yang membantu kita pelbagai kaum,UMNO pun ada,Gerakan pun ada,MCA pun ada."tambah DS Nizar.

"Orang PAS jangan cakap,setiap hari ada sahaja menderma,semuanya untuk membantu masyarakat"kata DS Nizar baru-baru ini.

Baru-baru ini terdapat seorang penderma ingin membantu sebuah sekolah rendah agama dalam Parlimen Bukit Gantang.Penderma itu hanya ingin menderma melalui DS Nizar,kerana kepercayaan yang tinggi terhadap DS Nizar.Kini sekolah rendah agama itu sedang dibaik pulih asrama .

DS Nizar tidak menghalang sesiapa yang ingin membantu PAFA.DS Nizar berjaya membantu Perak masuk ke pertandingan Liga Super.Duit rakyat yang dikutip mungkin digunakan untu membantu sukan rakyat itu.Tahniah rakyat yang memahami aspirasi rakyat.DS Nizar pemimpin yang berjiwa rakyat.

No comments:

Post a Comment