Wednesday, December 9, 2009

Rugi Apabila Kita Tak Turut Serta Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Pertama

Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember ini yang akan berlangsung di Auditarium MBSA,Syah Alam pasti menjadi satu sejarah .Satu peristiwa penting yang akan merubah politik Malaysia.Sudah tentu Pas Bukit Gantang mahu terlibat sama dalam sejarah demokrasi Malaysia.

Pas Bukit Gantang akan menghantar YDP Ustaz Nordin Jaafar dan Setiausaha Sdr Fadhil Idris.Pas dijangka menghantar peserta 500 orang pimpinan kawasan,negeri dan pusat.

Pembentangan kertas 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' akan disampaikan oleh Pemimpin Utama Pakatan Rakyat semasa Konvensyen tersebut.

'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' ini akan menjadi dasar yang diterima, disepakati dan dihormati oleh ketiga-tiga Parti dan muafakat Pakatan Rakyat.

Sekretariat Pakatan Rakyat sebagai penganjur Konvensyen Pakatan Rakyat kali yang pertama ini memaklumkan, tema konvensyen ini adalah “Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan”.

Dijangkakan konvensyen ini akan berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga 6 petang akan terbuka kepada media di samping para pemerhati.

Konvensyen ini menawarkan satu alternatif kepada rakyat ke arah pimpinan baru memimpin Malaysia.

Kita telah mengemukakan hujah satu logo,satu lambang satu harapan rakyat ini , semasa Debat Piala Dato Presiden anjuran DPP Pusat.Sewaktu itu Ustaz Misbahul Munir Masduki , menjadi Ketua Penerangan DPP Malaysia .

DPP Perak semasa itu turut diwakili Cikgu Ali DPP Larut dan seorang teman DPP Parit yang kita lupa namanya.Petandingan akhir kita menentang DPP Terengganu.DPP Perak sewaktu itu mencadangkan penggunaan satu simbol untuk Barisan Alternatif menghadapi pilihanraya .Namun tarikh debat itu kita lupa.Akhirnya hujah Perak yang kita kemukakan semasa Almarhum Ustaz Fadhil Noor masih hidup kini semakin hampir menjadi kenyataan.

Sedih rasanya kerana kita tidak dapat turut serta dalam konvensyen itu yang menjadi bahan sejarah di masa akan datang.Selamat bersidang YDP dan S/U Bukit Gantang.

No comments:

Post a Comment