Thursday, December 3, 2009

Jom jumpa DS Nizar pada 5 Disember ini ,Sabtu di Bukit Gantang

Rakyat sering bertanya bila DS Nizar hendak datang ke Parlimen Bukit Gantang.Terdapat mereka ingin sangat DS Nizar ke majlis mereka.Semuanya akan kita aturkan,tetapi masa hanya ALLAH s.w.t yang tahu.

Baru-baru ini 29 November DS Nizar bertemu rakyat sehari suntuk bermula 8.30 pagi hingga 12 tengah malam.Begitu hebatnya DS Nizar.Bagi kita sudah tidak larat.Itu DS Nizar ,tenaganya dan ideanya insyaAllah mendapat perlindungan ALLAH s.wt.

Seorang peniaga warung makan memberitahu kita,DS Nizar datang ke kampung mereka .Penduduk kampung amat gembira seorang Ahli Parlimen bersalaman dengan mereka.Mereka berbangga dan berharap dapat bersua DS Nizar lagi.Mereka bercerita dan kita mendengar.Kita tidak memberitahu mereka,yang kita pun turut serta rombongan DS Nizar dan kita yang menjadualkan pergerakan DS Nizar dalam Parlimen Bukit Gantang.

Apa yang jelas penduduk kampung tidak mahu kita memberi jawapan sibuk dan pelbagai macam alasan jika DS Nizar tidak sampai ke tempat mereka.Mereka menyatakan PRK Bukit Gantang datang selalu ,kenapa kini mencari alasan.

DS Nizar perlu dibawa berjumpa rakyat di 42 kampung tradisional ,lebih kurang 20 kampung baru Cina dan ladang.Dengan 27 buah masjid dan 300 lebih surau dan markaz.DS Nizar berharap dalam tempoh memegang Ahli Parlimen ini, beliau dapat bertemu sebanyak rakyat yang boleh.

Pada 5 Disember ini ,bermula pukul 1.00 tengahari DS Nizar akan berada di Bukit Gantang.Jadual DS Nizar dijangka seperti berikut:

1.00 tgh- Majlis Perasmian Seminar Memperkasa Kelab Penyokong PAS .-Markaz Tarbiyyah Negeri,Air Kuning.
2.15 petang- Majis Perasmian Berkhatan Pusat Khidmat di Surau Sg Petai.
7.00 petang- Jamuan Masyarakat Cina Kg Baru Simpang.
9.30 malam- Program Liqa Alfikri PAS PERAK -Markaz Tarbiyyah Negeri Air Kuning.

Masyarakat yang berkelapangan boleh berjumpa DS Nizar di Surau Sungai Petai.Maaf jadual DS agak padat.

No comments:

Post a Comment