Thursday, December 3, 2009

Santai: Fikir-fikirkan pilihanraya sudah dekat!

Pagi tadi terima panggilan telefon dari pejabat Sekolah,meminta berjumpa seorang Pegawai di Pejabat PPD.Seorang teman mengusik kita,ada tiga kemungkinan.Pertama dapat naik pangkat,kedua menjadi penyelaras Unit Kadet Pertahanan Awam ,ketiga dikenakan tindakan tatatertib kerana terlibat politik.
sisibukit: Cubaan dan ujian Tok Guru Nik Aziz lagi hebat ,20 tahun sahaja jadi MB .

Sebentar tadi melihat tukang,Pusang Khidmat Masyarakat baiki bumbung dangau/balai seorang penduduk.Seorang jiran mereka datang,sekadar bertanya DS Nizar datang ke tidak.Kita bertanya siapa yang bercakap ."Itu,Pak Su yang bercakap" kata Pak Din.Kita diam dan sekadar berkata dalam hati, dekat orang mabuk yang ditanya.
sisibukit: Kenapa kini terdapat Pas Cawangan yang lesu,sehingga rakyat semakin menjarakkan diri dengan kita

Kenduri kahwin ,di mana-mana.Minggu ini terdapat banyak panggilan untuk DS Nizar.Cuba bayangkan jemputan untuk DS Nizar dari seluruh kawasan parlimen.Sudah tentu terpaksa memenuhi semua jemputan,tetapi DS Nizar akan pergi ke tempat tersebut bersesuaian dengan program beliau di tempat berkenaan.Lantas kita mengharapkan penduduk Bukit Gantang memahami,DS Nizar milik rakyat.
sisibukit: Begitu sukar untuk menyusun jadual DS Nizar yang dapat memuaskan hati semua orang.

Betulkah Pilihanraya Perak sudah dekat? Itu soalan yang kerap ditanya.Mereka memberi pelbagai hujah.Antaranya projek mi segera banyak dalam Changkat Jering,kayu-kayu pasang poster/banner habis ditempah,rumah kosong telah di booking dan ceramah gerak gempur agensi kerajaan banyak di kampung.
sisibukit: Kes DS Nizar kini sudah sebulan,keputusan pun kita tak tahu.Buat kata DS Nizar,mahkamah mendera rakyat menjadikan krisis terus berpanjangan.

No comments:

Post a Comment