Monday, December 14, 2009

Corat-coret-DS Nizar Minta Atur Program Masa Cuti

12 Disember 2009 -Peserta berkhatan di DUN Trong beratur untuk menanti saat untuk dikhitankan.Satu lagi projek rakyat untuk rakyat DS Nizar.


DS Nizar pemimpin berjiwa rakyat.DS Nizar menghantar SMS kepada kita agar menyusun program masa cuti sekolah .

Pas Kawasan bersama Pusat Khidmat beliau telah menganjurkan program berkhatan di tiga tempat.Semuanya dibiayai oleh DS Nizar.

70 peserta di Dun Changkat Jering dan Kuala Sapetang.Berkhatan peringkat pertama pada 5 Disember 2009,pada sebelah pagi di Markaz Pas ,Changkat Ibol dan petang di Surau Sg Petai.

Sementara itu pada 12 Disember yang lalu berlangsung program berkhatan di Dun Trong yang dirasmikan oleh DS Nizar.Program berkhatan untuk musim tahun 2009 mendapat sambutan memuaskan.Apabila mereka mengetahui percuma,semakin banyak yang berminat.Cuba bayangkan jikalau berkhatan tradisional bayarannya RM45.00 seorang.Untuk mereka yang berminat kaedah moden di klinik Bandar Taiping ,sekarang RM140.00.Kos itu mampu menampung mereka untuk menyediakan persiapan awal persekolahan musim 2010.

Menurut seorang teman,terdapat ibu -bapa yang termakan dengan isu ketuanan Melayu,tidak mahu anak mereka berkhatan di Program Kebajikan Pas.Mereka takut ,anak akan menjadi PAS.

Satu lagi program masa cuti untuk masyarakat yang dibiayai Pusat Khidmat DS Nizar dan Pas Kawasan Bukit Gantang ialah Motivasi Pelajar yang bermula pada 16 Disember-17 Disember .

Program ini juga pada mulanya berhalangan dari sudut tempat.Program ini melibatkan politik.Lalu kita berhujah dengan Pihak Jabatan Hutan Daerah,mana mungkin pelajar Tahun 4,Tahun 5 dan Tahun 6 boleh kita politikkan pemikiran mereka.Kita mengemukakan kertas kerja program,akhirnya pihak berkenaan meluluskan permohonan penganjur.

Satu lagi projek DS Nizar bersama Pas Kawasan Bukit Gantang berjaya dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment