Tuesday, December 29, 2009

Apa yang kita dengar melalui mulut DS Nizar!Selalu dekati rakyat.

DS Nizar memberitahu PR akan membetuk Biro Bukan Melayu dalam Majlis Pimpinan PR Bukit Gantang.Kelihatan DS Nizar menjelaskan pandangan beliau kepada seorang wartawan.

Baru-baru ini DS Nizar menyatakan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Bukit Gantang akan mengujudkan Biro Bukan Melayu.Beliau menerangkan lagi bahawa dengan komposisi pengundi Bukit Gantang lebih kurang 40 peratus bukan Melayu,perlunya sebuah biro untuk mendengar aduan rakyat dan berusaha menyelesaikannya.

DS Nizar juga menjelaskan Biro ini akan diketuai oleh DAP atau PKR.Bagi orang Melayu mereka sememangnya senantiasa dibela oleh PAS.Biro ini membantu rakyat untuk berurusan dengan kita,disamping mereka boleh berusan dengan kita melalui bahasa ibuanda masing-masing.Pembentukan biro ini akan dibincangkan dalam mesyuarat PR Bukit Gantang.

Namun DS Nizar menegaskan kita menjuarai isu rakyat.Kita membantu semua kaum tanpa pilih kasih.

Di samping itu DS Nizar berpesan kepada pimpinan PR Bukit Gantang untuk terus mendekati rakyat,tanpa mengira masa.

Beliau juga meminta ketiga-tiga parti saling bekerjasama untuk mengekalkan kemenangan rakyat dalam Parlimen Bukit Gantang.Beliau berharap kita PR sudah bersedia untuk PRU atau PRK dengan senantiasa mendekati rakyat.

DS Nizar berharap parti-parti dalam PR berjuang untuk semua kaum,bukan hanya untuk kaum tertentu.

No comments:

Post a Comment