Wednesday, December 9, 2009

Cuepacs Biar Tuntut Sampai Dapat! Jangan jumpa Najib Ketaq!

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengusulkan kertas kerja untuk menaikkan tangga gaji mati penjawat awam sebanyak lima mata tangga gaji kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Presidennya Omar Osman berkata Cuepacs menjangkakan perkara itu dapat dibincangkan dengan JPA pada Januari ini setelah ditunda bulan lepas kerana Ketua Pengarahnya Tan Sri Ismail Adam menunaikan ibadah haji.

"Kita akan bincang hal ini...sebab 45 peratus anggota perkhidmatan awam sekarang sudah (mencapai) gaji maksimum. Jika tidak ada pergerakan gaji atau kenaikan gaji, kita bimbang ia menjejaskan kualiti dan produktiviti (penjawat awam)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penolong Pegawai Kesihatan dan Persidangan Perwakilan DwiTahunan (Luar Biasa) Kesatuan Inspektor Kesihatan di sini.

sumber BERNAMA

No comments:

Post a Comment