Thursday, December 10, 2009

DS Nizar ujian lagi besar!

Kita di sekolah dilantik sebagai Ketua Guru Disiplin.Ujian dan cabaran terlalu banyak.Apa yang pelajar tidak buat terhadap penulis.

Mulai sesi akan datang 2010,kita tidak lagi menjadi Ketua Guru Disiplin.Semuanya atas faktor kesihatan.

Risiko menjadi Guru Disiplin di sebuah sekolah besar murid lelaki amat besar.Pentadbir sekolah memberi kepercayaan kepada kita walaupun majoriti murid Cina dan India.

Tetapi seperti yang diketahui kebanyakan pelajar tidak suka dengan guru disiplin.Mereka akan mencalar dan menggores kereta kita.Cuba bayangkan Van Nissan Venette yang baru dibeli ditoreh dengan pisau.Dinding van dicalar dengan duit syiling.Kereta baru,tetapi itulah risiko.

Nama kita ditandas,di mana-mana dinding sekolah dengan pelbagai gelaran mencarut dan maki hamun.Itulah ujian guru displin.Hadiah Hari Guru ,kitalah paling sikit dapat.Namun jasa kita dikenang apabila pelajar meninggalkan bangku sekolah!

Sebagai aktivis parti,yang dari zaman Mahathir kita lawan Umno,zaman Pak Lah dan zaman Najib kita tetap lawan Umno.Lagi banyak ujian ,sedangkan sekolah sekadar murid dan ibu-bapa murid yang tidak suka cara kita mendisiplinkan anak mereka.

Jadi sekadar ujian kerana semua orang mahu DS Nizar memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,kenapa kita mahu marah sama mereka.

Teringat kata-kata Allahyarham Hj Roslan Shaharum, sama ada kita buat kerja atau tidak ,orang tetap mengkritik kita dan memburukkan kita .Jadi kita seharusnya terus bekerja dan melaksanakan amanah.

Sebab itu kita tidak hairan mereka mengkritik kita,tetapi biarlah DS Nizar atau Pesuruhjaya tidak memikirkan perkara kecil.Perkara kecil biarlah peringkat pimpinan kawasan yang selesai.Kita mempunyai pelbagai saluran.Lontarkan idea,pandangan dan kritikan dalam tempat yang kita boleh salurkan.Jangan bebankan DS Nizar dan PJ dengan isu titik bengik.

Biar DS Nizar dan Ustaz Abu Bakar Husein memikirkan masa depan Perak yang lebih baik dan sejahtera.

No comments:

Post a Comment