Thursday, December 31, 2009

Apabila mereka bertanya Isu Kelantan Dimainkan Kembali-Kita Jawab begini...

Rakan-rakan bertanya isu terhadap Pas Kelantan dimainkan kembali.Kita menjawab Kerajaan BarangNaik akan menutup isu yang bertimpa-timpa ke atas rakyat.

Jelas mulai 12.01 malam ,harga gula naik agak murah berbanding negara lain hanya 20 sen sahaja.Penulis juga menerangkan menutup isu kegagalan PPSMI sehingga pelajar luar bandar yang dapat semua A PMR sebanyak 4,775 berbanding 4,345 pada 2008 manakala 87,936 pelajar melepasi tahap minimum (A,B,C,D) berbanding 88,565 tahun sebelumnya.

Banyak isu lagi isu ketirisan wang rakyat zaman Dr Mahathir dan zaman Pak Lah terus dilupakan.

Sesi persekolahan 2010 keluarga yang mempunyai anak ramai terpaksa membayar yuran khas dan yuran tambahan bermula bulan Januari.Bagi sekolah kita RM45.50 sen.Ibu -bapa diminta membayar secara sukarela?.Tahun sudah kita diminta menjelaskan bermula bulan Jun.Zaman No 1 Malaysia kita diberitahu tiada yang percuma lagi.Bagi anak kita jika tidak menjelaskan yuran sekolah,jawabnya di"black list".Tetapi itulah realitinya.

Apa lagi isu yang hendak ditutup.Kita beritahu hanya 6600 pelajar semua A UPSR layak masuk asrama penuh.Lalu kita menjelaskan jika kenal menteri lagi senang masuk sekolah asrama penuh.

Isu lain hilang enjin dua jet pejuang.Tutup isu enjin jet hilang,sebab ingin memadamkan isu C4
dan enjin jet di bawah Menteri Pertahanan dulu.


Ringkas-Mereka Bertukar Kerana Jambatan Runtuh

1.Kes saman Jambatan Runtuh Kuala Dipang masih belum dibicarakan .Tetapi dua watak sudah dikenakan tindakan bertukar.Menurut satu sumber yang mendakwa Ketua Sektor di JPN dan juga Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan sudah bertukar.Kita pun hairan jika mereka tidak bersalah atas kejadian "jambatan runtuh " kenapa perlu bertugas ke tempat lain.Kita difahamkan kontarktor yang salah,kenapa orang lain yang makan nangka getahnya kena kepada mereka.Kita juga meminta SPRM siasat segera agar rakyat rasa selamat .Kita tak tak tahu nasib cikgu yang menjadi guru pengiring itu.Kasihan diri kita guru kecil.

2.Satu dapatan kajian untuk pelajar tingkatan dua perempuan mencetuskan perasaan cemas kita dengan Kementerian Pelajaran.Kalau ikut kita Hishamudin Husein Onn kena bertanggungjawab.Menurut satu sumber dalam satu program masa cuti lalu untuk pelajar perempuan tingkatan dua PPD Larut,Matang dan Selama mereka mendapat satu dapatan yang memerlukan PPD ambil tindakan.Inilah bukti semakin lama UMNO mengurus negara semakin teruk akhlak rakyat.Bukankah rakyat mengikut agama pemerintah!

Berdasarkan 26 pelajar perempuan tingkatan dua dari 13 sekolah di LMS,kita diberitahu 12 pelajar menyertai kumpulan samseng.20 orang pelajar menghisap rokok,penghisap rokok tegar.

Lebih teruk lagi 8 orang melakukan seks rambang.Terdapat mereka sanggup dibayar RM 3.00 sekadar boleh dipegang.Jikalau lebih daripada itu RM5.00-RM10.00.

Terdapat 5 0rang pelajar perempuan minum,minuman keras.Sementara itu penyalahgunaan dadah 15 orang.

Bagi mereka yang terlibat dengan kes polis 4 orang.

Sementara itu bagi pelajar muslim 4 pelajar tidak tahu mengambil wuduk.Pelajar yang tidak tahu bagaimana mandi wajib sebanyak 8 orang.

PR perlu segera mengambil alih kerajaan untuk kesejahteraan rakyat dan keredhoaan Allah s.w.t

Wednesday, December 30, 2009

Tuan Ibrahim Tuan Man di Liqa Alfikri Pas Perak di Musollah Paya Renggam,Padang Rengas

Mulai tahun 2010 Liqa Alfikri anjuran Pas Perak akan berlangsung pada setiap minggu pertama hari Jumaat .

Untuk bulan Januari 2010 ,Liqa Alfikri Pas Perak berlangsung pada 1 Januari 2010.Program bermula pada pukul 5 petang.Pada kali ini berlangsung di Musalloh Paya Renggam,Padang Rengas.

Naqib untuk bulan Januari ini Naib Presedin ,Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jaket Keselamatan -Terima Kasih Atas Perhatian Anda!

"tak bahaya ke naik bot tu tanpa jaket keselamatan?. DS boleh bagi sumbangan kut untuk tujuan itu"forever silver Said,December 29, 2009 7:08 PM.

Berikut merupakan komen daripada seorang pengunjung blog ini terhadap tajuk yang kita tulis

"Apa yang tersirat-DS Nizar mengajar anaknya tentang kemiskinan rakyat !"

Sebenarnya itu yang ingin kami gambarkan betapa UMNO atau BN melalui YB Gerakan telah gagal memberikan perkhimatannya selama mereka bergelar wakil rakyat.

Bukan sahaja Kuala Sangga tetapi Pulau Pasir Hitam pun masalahnya hampir serupa rakyat perlukan pembelaan.

Dengan bekalan elektrik dan bekalan air pun kerajaan BN tidak mampu untuk memberi kepada rakyatnya.Dengan izin Allah DS Nizar mengunakan duit poket beliau dan rakyat untuk meringankan masalah mereka.Kini mereka tidak perlu risau masalah diesel dan bekalan air bersih dari tanah besar sudah dibantu duit poket rakyat melalui DS Nizar.

Ahli Parlimen Bukit Gantang ,peruntukan parlimen beliau sudah dirampas oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang.Jikalau peruntukan sebagai Ahli Parlimen memang milik beliau sudah tentu banyak perkara boleh dibuat untuk membantu rakyat.

Apa peranan egensi kerajaan lain seperti Pejabat Pelajaran Negeri, Jabatan Laut atau Pejabat Daerah dan Jabatan Kesihatan terhadap penduduk Kuala Sangga.Apakah selama 52 tahun merdeka mereka masih tidak terfikir jaket keselamatan?

Kita sudah merdeka hampir 53 tahun .Kita sudah diperintah BN hampir 52 tahun tetapi mereka tidak teringin untuk membekalkan jaket keselamatan ,bagi penduduk kecil,yang penting mereka ingin bekalan air bersih dan bekalan eletrik untuk mereka.Bagi mereka pendidikan sempurna untuk anak mereka.Namun begitu BN langsung tidak terfikir untuk rakyat terpencil seperti mereka.

Begitu juga UMNO menjadi wakil rakyat di Dun Trong,satu bandar baru yang bertaraf abad ke 21 langsung tidak wujud di Pekan Trong.Bank komersial tiada,Balai Bomba tiada,Sekolah Menengah tiada.Masyarakat Trong tidak diberi peluang untuk menikmati pembangunan sama seperti Changkat Jering.

Lihatlah seorang ahli MCA yang terbiar dan tidak diberi perhatian.
klik.

InsyaAllah kita akan panjangkan kepada DS Nizar untuk membekalkan jaket keselamatan untuk kegunaan bukan sahaja penduduk ,tetapi para guru dan jururawat yang berurusan dengan penduduk Kuala Sangga.Buat masa ini kita masih berharap pihak berwajib lebih prihatin dan boleh membuat kerja mereka.

UMNO PENGKHIANAT RAKYAT-USTAZ IDRIS AHMAD


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Umno kian tertekan dengan agenda Kempen Umno Pengkhianat rakyat yang bakal di lancarkan bulan hadapan. PAS telah menetapkan tarikh pelancaran lebih awal iaitu pada 9 Januari 2010 dan Umno juga terdesak mengikuti rentak PAS dan melancarkan kempen mereka pada tarikh yang sama.

Jelas disitu bahawa Umnolah yang iri hati pada PAS bukannya PAS kerana hasrat kita adalah untuk mendedahkan segala pengkhianatan mereka. PAS tidak akan berdiam diri melihat rakyat terus tertipu dengan kempen Umno Juara Rakyat, kerana rakyat perlu tahu sikap sebenar Umno terhadap mereka.

Kempen tahun hadapan bukan untuk menentang Umno sahaja, tetapi untuk seluruh organisasi Barisan Nasional yang sememangnya Barisan Nazak sekarang. Kempen Umno Pengkhianat Rakyat akan dilancarkan dalam Seminar Penerangan Isu-Isu Semasa PAS pada 9 Januari 2009 bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Seminar ini akan dihadiri oleh;

  • Ahli Majlis Syura Ulama
  • Ahli Jawatankuasa Pas Pusat
  • Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama’ Pas Pusat
  • Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat
  • Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat
  • Dewan Harian Badan Perhubungan Negeri-Negeri
  • Setiausaha Lajnah Penerangan Badan Perhubungan Negeri-Negeri/WP //
  • Ketua Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri-Negeri
  • Setiausaha Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri
  • Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Dan Dakwah Pas Pusat
  • Ahli Parlimen
  • Ahli Dewan Negara
  • Adun-Adun
  • Yang Di Pertua PAS Kawasan
  • Setiausaha PAS Kawasan
  • Ketua Penerangan Kawasan.
  • Setiausaha Penerangan Kawasan


  • Komitmen dari setiap peserta dan seluruh jentera PAS bagi memastikan maklumat-maklumat penting sampai kepada rakyat menjadi keutamaan. Umno dan BN akan terus tertekan dan mengelupur hingga ke akar umbi dengan usaha dan kerja keras dari setiap mereka yang bergelar ahli dan penyokong PAS.

    Adalah menjadi tanggungjawab PAS untuk mengantikan Umno sebagai juara rakyat dan memastikan rakyat benar-benar mendapat pembelaan dan bukannya dizalimi seperti yang berlaku dalam isu royalti di Kelantan dan diseluruh negara sekarang.

    Ketua Penerangan PAS Pusat

  • Tuesday, December 29, 2009

    Apa yang tersirat-DS Nizar mengajar anaknya tentang kemiskinan rakyat !



    Apa yang kita faham DS Nizar pernah memberitahu bahawa Bukit Gantanglah satu-satu parlimen yang mempunyai penduduk miskin semua kaum yang hampir seimbang.

    Kemiskinan rakyat yang dinafikan bekalan eletrik dan bekalan air bersih di Kuala Sangga dan Pulau Pasir Hitam.Kemiskinan petani di Batu Hampar dan mukim Trong serta kesusahan rakyat di Simpang Halt dan Matang .

    Justeru itu DS Nizar mengajar anak-anak beliau tentang kemiskinan rakyat Bukit Gantang.Beliau mahu anak-anaknya bersama Datin Seri Fatimah tahu denyut nadi rakyat.

    Beliau mahu anak kecil beliau tahu bahawa pendidikan penting,lantas DS Nizar mahu anaknya tahu kesusahan rakyat .Betapa DS Nizar mahu anak-anaknya melihat masih terdapat sekolah dalam Parlimen Bukit Gantang tiada bekalan eletrik dan bekalan air bersih seperti Kuala Sangga.Hanya yang ada generator berinjin minyak diesel dan bekalan air dari langit.

    Kini kesusahan rakyat sudah diringankan sedikit hasil sumbangan DS Nizar.

    Kita berharap blog ini tidak dicelakakan DS Nizar!

    Sidang Media Tok Guru.

    Tok Guru Nik Aziz dalam sidang medianya petang ini. Di kiri dan kanan beliau adalah Datuk Mohamad Daud-Ketua Dewan Ulama Negeri dan Ustaz Nik Amar - Timbalan Pesuruhjaya III/:Foto: Harakahdaily

    Kita berharap kita bukan blog yang celaka .Dalam sidang ahkbar itu Tok Guru Nik Aziz menafikan Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatan beliau.

    Disamping itu Tok Guru juga menyatakan Setiausaha Politik dan Setiausaha Akhbar beliau sudah tamat tempoh kontrak dan jawatan itu merupakan jawatan politik .

    "..celaka blog itu.Tak ada kerja lain..tau-tau nak lagakan orang."kata Tok Guru berdasarkan petikan harakahdaily.net .

    Minta-minta juga blog kita tidak dicelakakan oleh DS Nizar.Kita takut dengan mereka yang rapat dengan Allah s.w.t. DS Nizar misalnya selalu puasa sunat dan sering bermunajat ke hadrat Allah sw.t.Apatah lagi Tok Guru Nik Aziz,Tok Guru kesayangan rakyat Malaysia.



    Apa yang kita dengar melalui mulut DS Nizar!Selalu dekati rakyat.

    DS Nizar memberitahu PR akan membetuk Biro Bukan Melayu dalam Majlis Pimpinan PR Bukit Gantang.Kelihatan DS Nizar menjelaskan pandangan beliau kepada seorang wartawan.

    Baru-baru ini DS Nizar menyatakan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Bukit Gantang akan mengujudkan Biro Bukan Melayu.Beliau menerangkan lagi bahawa dengan komposisi pengundi Bukit Gantang lebih kurang 40 peratus bukan Melayu,perlunya sebuah biro untuk mendengar aduan rakyat dan berusaha menyelesaikannya.

    DS Nizar juga menjelaskan Biro ini akan diketuai oleh DAP atau PKR.Bagi orang Melayu mereka sememangnya senantiasa dibela oleh PAS.Biro ini membantu rakyat untuk berurusan dengan kita,disamping mereka boleh berusan dengan kita melalui bahasa ibuanda masing-masing.Pembentukan biro ini akan dibincangkan dalam mesyuarat PR Bukit Gantang.

    Namun DS Nizar menegaskan kita menjuarai isu rakyat.Kita membantu semua kaum tanpa pilih kasih.

    Di samping itu DS Nizar berpesan kepada pimpinan PR Bukit Gantang untuk terus mendekati rakyat,tanpa mengira masa.

    Beliau juga meminta ketiga-tiga parti saling bekerjasama untuk mengekalkan kemenangan rakyat dalam Parlimen Bukit Gantang.Beliau berharap kita PR sudah bersedia untuk PRU atau PRK dengan senantiasa mendekati rakyat.

    DS Nizar berharap parti-parti dalam PR berjuang untuk semua kaum,bukan hanya untuk kaum tertentu.

    KONSERT HIJRAH


    Monday, December 28, 2009

    Inikah SB-Terima Kasih SB kerana menjaga DS Nizar

    Berbaju Biru Putih itu dikatakan oleh teman Perak Express ialah seorang SB dari Ipoh. Wanita berbaju merah dan budak lelaki itu dikatakan keluarga beliau."Itu SB cikgu"dakwa Siti,Perak Express


    Kita sudah lama tahu DS Nizar akan dipantau SB jika berada dalam Parlimen Bukit Gantang.Pihak berkenaan akan menghantar pegawai mereka berdasarkan keturunan.

    Contohnya untuk program bersama masyarakat India ,SB berketurunan India akan dihantar.

    Jikalau program bersama masyarakat Cina ,pihak berkenaan akan menghantar petugas Cina.

    Apabila kami rombongan DS Nizar ingin ke Kuala Sangga,satu petempatan kaum Cina kami cuba diekori seorang yang dikatakan dari Ipoh.

    Alasannya ingin pergi ke Kuala Sangga bersama keluarga.Jika kita ingin pergi ke Kuala Sangga kita boleh guna jeti Jabatan Hutan Paya Bakau.

    Kita tahu di Kuala Sangga bukan kawasan tarikan pelancong.Tiada apa yang menarik,tiada restoran yang menyelerakan dan bukan adapun chalet di tanah Kuala Sangga.

    Tetapi menurut teman Sha-Reformasi ,lelaki Cina berbaju belang biru-putih itulah SB yang sering mengikuti Prorgram Pakatan Rakyat di Ipoh.

    Akhirnya SB itu tidak mengekori kami lagi apabila bot untuk ke Kuala Sangga sudah penuh.

    Kita jikalau SB bertanya tentang DS Nizar,kita hanya menjawab YDP Bukit Gantang tahu banyak maklumat.

    Terima Kasih SB kerana menjaga kami!Dahulu SB bernama Shafie dan SB bernama Osman ,kini SB berbaju belang putih biru pula yang menjaga kami.

    DS Nizar Tunai Janji Ringankan Masalah Rakyat

    Ds Nizar menyampaikan sunbangan RM 3000.00 untuk penduduk Kuala Sangga untuk bekalan diesel untuk mendapat elektrik.
    Satu lagi bantuan tangga untuk kegunaan sekolah dan penduduk Kuala Sangga.

    DS Nizar dan Datin seri meninjau permasalahan rakyat.
    DS Nizar tersenyum puas setelah melihat dan membantu rakyat dalam lawatan kerja bertemu rakyat dalam DUN Kuala Sangga.

    Gambar-gambar dirakam oleh kita yang kelmarin bercuti,tetapi pada 27 Disember bersama DS nizar bertemu rakyat.Ds Nizar tetap ingat janji beliau sewaktu PRK Bukit Gantang.Beliau tahu kemampuan terhad tidak menghalang beliau mengetahui isi hati rakyat.

    Saturday, December 26, 2009

    KONVENSYEN IT PAS PERAK 2009

    Hari ini sedang berlangsung Konvensyen IT Pas Perak,bertempat di Markaz Negeri ,Air Kuning Taiping.

    Sdr Mohd Khairul Anwar Ismail dalam taklimatnya menerangkan objektif konvensyen untuk memberi tenaga ICT Negeri dan Kawasan untuk dipraktikkan dalam urusan pentadbiran,penerangan dan pilihanraya.

    Dengan mengharapkan Laman Web Kawasan aktif ,komunikasi pantas melalui ICT dan penerbitan bahan penerangan yang bermutu,terkini dan berkesan.

    Di samping beliau berharap Team ICT Perak dapat diwujudkan.Dengan itu sesiapa yang berminat bolah mendaftarkan nama mereka dengan Lajnah ICT Perask.

    Kita Rakyat Perlu Dilayan.


    DS Nizar sedang berucap dalam satu pertemuan bersama rakyat di Kg Permatang Raja dalam Dun Trong.


    Menurut Sdr Fadhil Idris Ketua Pegawai Khas DS Nizar merangkap Setiausaha Kawasan Bukit Gantang ,kenduri kahwin dan kematian merupakan perkara penting untuk wakil rakyat.

    "Kita tidak perlu keluar duit pun untuk jumpa rakyat"kata Fadhil."Rugi jika kita tidak dapat hadir ke majlis walimahtulurus rakyat"tegas Fadhil."Mungkin apabila rakyat meninggal dunia,wakil rakyat kita tidak sempat hadir untuk ziarah"tambah Fadhil lagi."Tetapi kita boleh ziarah keluarga mereka"ujar Fadhil lagi.

    Kita juga berfikir jikalau anjur program ceramah rakyat yang datang bertemu pemimpin,tetapi dengan kenduri kahwin pemimpin bertemu mesra dengan rakyat.Sudah tentu kita sebagai rakyat kita suka sampai berminggu-minggu dapat berbual mesra dengan pemimpin besar kita DS Nizar.Kita mendapat tahu Zambry amat gerun dengan kehebatan DS Nizar.

    DS Nizar masih kita anggap Menteri Besar Perak.Jadi apabila DS Nizar pergi melawat mana-mana kawasan ,beliau masih dianggap MB Perak.Justeru itu kita berharap pegawai rapat beliau tidak memandang rendah pertemuan DS Nizar dengan rakyat.Kita berharap tidak timbul itu bukan pengundi kita,itu bukan parlimen kita dan itu bukan penyokong Pakatan Rakyat.

    DS Nizar hari ini 26 Disember telah pergi kenduri perkahwinan rakyat.Maaf kita hari ini ambil cuti tidak mengikut rombongan DS Nizar.Lantas kita tidak mempunyai gambar DS Nizar bersama rakyat.Kita berharap team Perak Express mengikuti DS Nizar sebentar tadi.Bagi mereka yang mengambil gambar DS Nizar boleh emailkan kepada kita.

    Esok petang kita akan mengikut rombongan DS Nizar bersama Ustaz Nordin Jaafar,YDP Kawasan Bukit Gantang ke Kuala Sangga dalam Dun Kuala Sapetang.Tidak sabar rasanya berada bersama DS Nizar.

    Takziah daripada kami Pakatan Rakyat Perak-Banyakkan Bersabar

    Anggota Rela dan polis mengangkat mayat mangsa kemalangan yang melibatkan bas ekspres awal pagi tadi. Bas malang tersebut membawa 48 orang penumpang dari Shah Alam, Selangor menuju ke Alor Star, Kedah. --fotoBERNAMA


    Ngeri...Keadaan bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini. Dalam kejadian itu, seramai 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera selepas bas itu terbabas lalu merempuh pembahagi jalan. -foto The Star .


    Berikutan dengan sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini, dengan ini saya mewakili Pakatan Rakyat Negeri Perak mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

    1. Pakatan Rakyat Perak turut bersimpati dan bersedih dengan keluarga mangsa dan mengucapkan takziah kepada mereka yang terlibat,harapan kami semuga semuanya bersabar dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya semua yang meninggal dunia ditempatkan oleh Allah SWT dikalangan roh orang yang beriman. Kepada semua marilah kita menyedekahkan bacaan Al Quran kepada mereka semua..Al Fatihah…

    2. Satu sisatan yang terperinci dan menyeluruh mesti dilakukan dengan segera bagi memastikan pihak yang bertanggugn jawab diadili dengan sebaik mungkin termasuklah pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu yang telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    3. Siasatan juga perlu melibatkan keadaan jalan, pembahagi jalan dan lain-lain aspek yang berkaitan supaya kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi dimasa akan datang.

    4. Walaupun tidak setimpal dengan nilai kehilangan nyawa, pihak yang terbabit mestilah membayar pampasan yang sepatutunya bagi membela keluarga mangsa tersebut.

    Kenyataan Media/ 26 Disember 2009

    YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
    Setiausaha,
    Sekretariat Pakatan Rakyat
    Negeri perak.

    Friday, December 25, 2009

    Esok 26 Disember Ds Nizar Pergi Kenduri Kahwin Rakyat Di Bukit Gantang-Rugi kita tak dapat ikut.

    DS Nizar apabila mendapat tahu Imam Din mendapat kemalangan,beliau singgah sebentar untuk bertanya khabar sebelum bergerak ke Pulau Pinang dalam satu program bersama YAB Lim Guan Eng baru-baru ini.


    Kita mendapat maklumat daripada Pengarah Sekretariat Cikgu Khairul Anwar DS Nizar akan pergi makan kenduri rakyat dalam Parlimen beliau.

    Kita ingat DS Nizar mempunyai program di KL.Kita pun ambil keputusan balik kampung makan kenduri. Kita berharap Sdr Amran Haron ,susun jadual untuk Bukit Gantang di lain kali biarlah kita berada dalam Parlimen Bukit Gantang.

    Kerapkali kita bersuara,rugi kalau kita tidak bersama DS Nizar.Kali ini berasa berdosa kerana jadual DS Nizar untuk minggu ini tidak dapat disusun dengan begitu baik.Kita hanya dapat bersama DS Nizar dijangka pada pukul 3 petang.

    Menurut Cikgu Khairul Anwar lagi DS Nizar hendak pergi makan kenduri dalam Parlimen beliau.Beliau sudah mendapat kebenaran Tuan Guru Presiden untuk berada dalam palimen Bukit Gantang.

    Jikalau kita berada di walimatulurus jiran kita dari Kamunting,Changkat Jering hingga Batu Hampar,kita boleh menanti DS Nizar di kenduri kahwin rakyat.Kena gayanya DS Nizar akan berucap apabila dijemput Tuan Rumah.

    Jangan lupa kita jumpa DS Nizar di Bukit Gantang!

    PPSMI hanya merugikan orang Melayu luar bandar-lihat PMR 2009

    Seramai 28,188 pelajar memperoleh semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini berbanding 26,378 pada tahun lepas.

    Ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan itu di sini Khamis, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya.

    Beliau berkata calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008 manakala 87,936 pelajar melepasi tahap minimum (A,B,C,D) berbanding 88,565 tahun sebelumnya.

    23,413 pelajar bandar mendapat semua A dalam PMR,luar bandar terus ketinggalan dengan dasar PPSMI tajaan BN.

    Jelas kemudahan yang terhad di luar bandar merugikan orang Melayu,yang UMNO sengaja tidak mahu orang Melayu cerdik.Jelas penguasaan bahasa ibuanda penting untuk kita menerima ilmu.Lihat sahaja Sekolah Rendah Kebangsaan Cina ,bagaamana mereka berjaya dalam UPSR.


    Pada Hati Mereka Ada DS Nizar

    DS Nizar tetap menjadi idola kanak-kanak dan juga para remaja.DS Nizar bagi mereka merupakan pemimpin mereka.Mereka tetap menganggap DS Nizar sebagai MB Perak yang sah!Gambar diambil di Hutan Lipur,Chepor,dekat Ipoh .

    Thursday, December 24, 2009

    Kami Hendak Jumpa Sendiri DS Nizar-kata rakyat!

    DS Nizar menatap wajah rakyatnya buat kali terakhir di Kg Tengah Changkat Ibol baru-baru ini.
    "Lihat DS Nizar,kami sudah mengadu pada MPT ,tapi tiada tindakan "mungkin itu yang diadukan rakyat.DS Nizar mendengar keluhan penduduk di Pasar Taman Kaya,Taiping dalam DUN Changkat Jering.


    Rata-rata masyarakat apabila bertemu kita,bertanya DS Nizar bila lagi akan berada di Bukit Gantang.Jika kita beritahu,kita pun boleh tolong.Rakyat tetap mahu DS Nizar bertemu mereka.

    "Kita olang mahu bawa Dato Seli pi tengok itu pasar"kata seorang wanita Tionghua,Taman Kaya.

    Selepas beberapa hari wanita itu berjumpa kita menyatakan kepuasannya DS Nizar sudah mendengar masalah mereka."Itut Datok Seli banyak baguk punya olang"kata wanita Tionghua itu apabila bertemu kita.

    Apabila DS Nizar pergi melawat jenazah rakyat beliau di Kg Tengah,Changkat Ibol dalam DUN Kuala Sapetang pada 12 Disember lalu,mereka berasa gembira.Mereka tahu DS Nizar sibuk dengan program negara.Mereka berasa gembira DS Nizar jika mempunyai luang akan bertemu rakyat.DS Nizar mendoakan kesejahteraan roh si mati.

    Pada satu petang satu panggilan diterima kita ,meminta DS Nizar ziarah jenazah adik pemanggil."Cikgu minta DS Nizar ,datang adik saya meninggal"kata seorang pemanggil."DS Nizar di Parlimen"kata kita.

    Rakyat mahu bertemu DS Nizar,mereka bukan mengharapkan sangat bantuan kewangan DS Nizar tetapi mereka mahu bersalaman dan minta DS Nizar menyapa mereka serta dengar masalah mereka.

    DS Nizar juga sering dipantau "SB",mungkin pihak berkuasa tahu pengaruh DS Nizar amat dekat dengan rakyat.Bagi mereka mungkin keselamatan pemimpin masa depan ini perlu dijaga.

    Baru-baru ini seorang YB memberitahu kami DS Nizar pemimpin harapan rakyat.Tanpa mahu menidakkan Tok Guru Haji Hadi,YB itu menyatakan DS Nizar pemimpin pengganti DS Anwar.Beliau memberi analoginya DS Anwar kini mempunyai kes mahkamah,Najib tidak akan membiar DS Anwar mengganggu pemerintahannya.Jadi DS Nizar pemimpin yang diterima rakyat.Beliau juga menegaskan DS Nizar pemimpin Pas yang ketiga terkenal.

    DS Nizar ,kita berharap sentiasa bersikap terbuka dan tidak mendengar nasihat yang tidak betul dari mereka yang ingin mengambil kesempatan.

    Kita berharap DS Nizar akan mengikut apa yang kita aturkan untuk bertemu rakyat.Buat kata Fadhil Idris ,Setiausaha Pas Bukit Gantang,wakil rakyat mesti macam superman!

    DS Nizar mesti dekat dengan rakyat dan kita berharap pegawai beliau tidak mencari alasan untuk menjarakkan diri DS Nizar dengan rakyat.

    Terdapat seorang warga emas memberitahu kita,jumpa DS Nizar sekali cukup untuk kepuasan beliau sepanjang hayat.Justeru itu bagi kita amat rugi jika tidak bersama DS Nizar jika beliau datang ke Bukit Gantang.

    Wednesday, December 23, 2009

    Lagi cerita UMNO derhaka lantik Orang Kuat Umno Meninggal Dunia Jadi AJK Masjid di Bukit Gantang



    Parlimen Bukit Gantang yang mempunyai 27 buah masjid juga dirombak AJK masjid .UMNO Bukit Gantang menggunakan pengaruh mereka untuk memilih orang kuat UMNO untuk menjawat AJK masjid.

    Kita difahamkan sebuah masjid dalam Bukit Gantang tiga orang yang telah meninggal dunia dilantik sebagai AJK masjid.

    Terdapat jamaah yang mengadu kepada kita bagaimana saguhati yang diberi kepada jawatankuasa masjid yang telah meninggal dunia itu digunakan.

    "Orang mati dapat duit saguhati AJK Masjid" dakwa seorang Jamaah yang namanya tidak mahu nama disebut.

    Pengadu mengharapkan pihak berkuasa khususnya SPRM mengambil tindakan ."Siapa yang menerima saguhati itu"kata Jamaah Masjid yang tidak mahu dikenali.

    HENDAK DENGAR TENTANG HILANG JET DICURI MAFIA DATANGLAH KE BUKIT GANTANG

    Bersama ini merupakan petikan ucapan DS Nizar melalui TV Selangor.Untuk keterangan lebih lanjut kita tunggu ceramah DS Nizar pada 2 Januari 2009.

    Tragedi kehilangan dua enjin pesawat tempur , F-5E, milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang hilang masing-masing berharga RM50 juta secara jelas memperlihatkan kredibiliti Perdana Menteri Najib Tun Razak sebagai pemimpin.

    Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, Najib gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Menteri Pertahanan apabila jelas tragedi itu berlaku sewaktu beliau memegang jawatan itu.

    Nizar berkata, rakyat seharusnya membuka mata berhubung isu ini dan sedar bahawa Najib telah mengabaikan tanggungjawab yang diberi .

    “Ini membuka mata kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa orang yang kita amanahkan mengabaikan tanggungjawab mereka termasuk Menteri dan juga Perdana Menteri sekarang. Di mana, satu hilang di zaman dia sebagai Menteri Pertahanan dan satu lagi hilang di zaman dia sebagai Perdana Menteri 1Malaysia. Kedua-duanta memberikan gambaran berkenaan Najib,”katanya.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan Berita Harian hari ini bahawa bukan hanya satu enjin pesawat tempur, F-5E yang hilang tetapi dua.

    Memetik laporan berkenaan, enjin kedua itu hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pengkalan Udara Kuala Lumpur dua tahun lalu dan hanya disedari pada Mei 2008. Bagaimanapun, laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.

    Laporan itu menyebut, kejadian dipercayai berlaku pada 1 November 2007, ketika enjin berkenaan dibawa keluar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth, yang menempatkan pengkalan operasi pesawat itu untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara.

    DS Nizar tidak menolak kemungkinan bahawa terdapatnya usaha untuk menutup kes kehilangan enjin pesawat ini yang hanya dilaporkan setelah didedahkan pihak tertentu.

    “Ini satu malapetaka, tragedi kepada negara kita untuk menjadi satu penyedar kepada rakyat Malaysia.

    “Bagaimana insiden hilangnya satu alat untuk menjaga keselamatan negara tiba-tiba di curi oleh orang yang diamanahkan atau di tidak mengambil tanggungjawab,”katanya.

    Enjin pertama pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta itu disedari hilang pada 2007 bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya apabila komponen yang hendak diperbaiki itu tidak sampai ke destinasinya.

    Kehilangan kedua-dua enjin pesawat ini dipercayai antara skandal penyelewengan terbesar dalam sejarah TUDM.

    Kerana terlalu sibuk merompak negeri Perak waktu itu, sampaikan MAFIA yang ada dalam Kementerian Pertahanan sendiri yang merompak enjin-enjin pesawat tak disedari sewaktu Najib sendiri jadi menterinya. Kalau di luar negara, menteri sebegini sudah letak jawatan. Bukan macam kenyataan Zahid hari ini menyatakan perkara itu biasa berlaku di luarnegara. Satu helah untuk menutup pekung. Tuhan itu Maha Adil. Kita tunggukan. "Famaiya'mal mithqallazzaratain khairraiyaroh wamaiya'mal mithqallazazratain syarraiyaroh"

    DYTM Raja Nazrin arah guna senarai asal AJK masjid.

    Orang Besar Jajahan (OBJ) Batang Padang, Datuk Seri Yeop Junior Yeop Adlan berkata beliau telah menerima arahan dari Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah supaya membuat pelantikan jawatankuasa masjid dalam mukim Slim berdasarkan senarai asal yang dipersetujui sebelum ini.

    Raja Dr Nazrin juga merupakan yang dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak.

    Berikutan itu, beliau telah mengarahkan pegawai tadbir agama (PTA) daerah berkenaan supaya mengeluarkan surat pelantikan secepat mungkin.

    Ketika dihubungi Malaysiakini, Yeop Junior berkata beliau berharap majlis penyerahan watikah pelantikan tersebut dapat disempurnakan sebelum akhir tahun ini.

    Menurutnya, senarai yang dipersetujui itu adalah bertarikh 2 Ogos 2009.

    "Senarai yang dipinda itu tidak diterima," katanya ketika diminta mengulas perkembangan terkini isu berkenaan.

    Sebelum ini, majlis penyerahan watikah pelantikan itu ditangguhkan ekoran timbulnya dakwaan bahawa Jabatan Agama Islam Perak telah menukar senarai jawatankuasa beberapa masjid di negeri itu dengan memasukkan nama penyokong PAS.

    Perkara itu dibangkitkan oleh ADUN Slim Datuk Khusairi Abdul Talib minggu lalu yang mendakwa perbuatan itu 'tidak beretika dan membelakangkan senarai yang telah diperkenankan oleh Raja Dr Nazrin'.

    Beliau mendakwa antara masjid dalam mukim Slim yang dikesan terlibat adalah Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid Kampung Kelan, Masjid Jamek Kampung Kuala Slim, Masjid Jamek Slim Village, Masjid Jamek Kampung Balun, Masjid Jamek Kampung Pasir dan Masjid Jamek Kampung Rasau, manakala dalam mukim Hulu Bernam pula, ia melibatkan Masjid Behrang 2020, Masjid Jamek Tanjung Malim, Masjid Jamek Kampung Sungai Dara dan Masjid Jamek Behrang Stesen. malaysiakini

    Tuesday, December 22, 2009

    Kini Jabatan Audit Malaysia Bukan Kelas Dunia -Hilang Enjin Jet Pun Tak Tahu!



    KUANTAN – Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menggesa kerajaan terutama Kementerian Pertahanan memberi penjelasan mengapa kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak dimuatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007 dan 2008.

    Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya terlepas pandang perkara berkenaan, memandang kehilangan aset TUDM bernilai kira-kira RM100 juta itu berlaku pada 2007 dan ia sepatutnya dimasukkan dalam laporan berkenaan.

    Azan berkata, siasatan terhadap kehilangan enjin pesawat pemintas itu bergantung ada laporan dan asas terbaik kepada siasatan adalah Laporan Ketua Audit Negara.

    “Agak mengecewakan apabila laporan yang dikeluarkan untuk tahun 2007 dan 2008 langsung tidak menyentuh berhubung perkara berkenaan dan tiada sebarang laporan audit bagi Kementerian Pertahanan untuk tahun 2008.

    “Persoalannya, mengapa perkara ini boleh berlaku, sedangkan semua kementerian perlu membuat semakan aset setiap tahun dan tidak terkecuali Kementerian Pertahanan,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

    Beliau berkata, kerajaan sepatutnya lebih telus, memandangkan isu ini perlu ditangani segera bagi mengelak tanggapan negatif bukan sahaja di kalangan rakyat, malah melibatkan pelabur asing.

    “Isu ini amat mengejutkan apabila aset TUDM yang selama ini melalui prosedur kawalan ketat boleh hilang dan pihak terbabit boleh terlepas pandang.

    “Sekiranya ada laporan dibuat berhubung kehilangan itu, ia sepatutnya dilaporkan dan diaudit untuk tindakan lanjut seperti kes-kes pembaziran wang peruntukan kerajaan yang dilaporkan baru-baru ini,” katanya.sinar harian

    Dua Enjin Hilang-Dua Menteri Kena Tipu!

    Di bawah merupakan rentetan peristiwa kehilangan enjin jet yang dikatakan bernilai RM50 juta seperti yang dilaporkan Berita Harian.

    Kronologi kehilangan enjin pesawat tempur F-5E TUDM • 26Jun 2007 – enjin pertama dihantar keluar • 1November 2007 – enjin kedua dihantar keluar • Mei 2008 – enjin disedari hilang • 4 Ogos 2008 – laporan polis dibuat • 13 Mei 2009 – kertas siasatan dihantar kepada Peguam Negara • 25 Jun 2009 – kertas siasatan dipulangkan dengan arahan untuk lengkapkan siasatan • 18 November 2009 – kertas siasatan dihantar semula.

    Dua kementerian yang terlibat dalam proses itu,Kementerian Kewangan diketuai Pak Lah dan Kementerian Pertahanan diketuai Najib.

    Selalunya apabila ahli kumpulan gengster tidak dapat habuan mereka akan berbunuhan sesama senDiri.Jadi ironinya jikalau keuntungan jualan enjin jet ada yang tidak dapat sudah tentulah kebocoran maklumat kehilangan "harta kerajaan" akan terkeluar.

    Seperti kita menangkap sekumpulan pelajar mencuri handphone guru.Apabila agihan hasil jualan handphone tidak diberi secara adil,terdapat mereka yang kononnya sudah "bertaubat"melaporkan kejadian itu.Natijahnya pelajar itu diringankan hukuman kerana memberikan kerjasama.

    Begitulah sebaliknya,kes kecurian enjin jet pejuang ini,mahkamah akan meringankan hukuman kerana bekerjasama dan mereka sudah terlalu "kenyang" untuk dua tahun kerana harta mereka tidak ada peruntukan undang-undang boleh dirampas.

    Rumusannya dua menteri yang kena tipu tadi tidak layak diiktiraf sebagai negarawan.Hadiah rumah 12 juta ringgit perlu ditarik balik dan seorang menteri yang kini Perdana Menteri perlu disiasat dibawah Suruhan Diraja.

    Apabila AJK Masjid Dipilih Kerana Kuat Umno inilah jadinya! Rakyat jadi mati.

    Pas Kawasan Bukit Gantang membantah campurtangan UMNO dalam menentukan Ahli Jawatankuasa Masjid. Bagi PAS Bukit Gantang, UMNO telah menderhaka kepada DYTM Raja Muda Perak.

    "Jika yang dipilih itu langsung tidak pergi masjid,bagaimana mereka ingin makmurkan masjid"kata Ustaz Nordin Jaafar,YDP Bukit Gantang.

    Beliau memberi contoh Masjid Kg Air Kuning,Taiping dalam DUN Changkat Jering yang Pengerusi
    Masjid tidak pergi bersolat jamaah pada kebanyakan waktu solat jamaah.

    "Apabila melantik mereka yang bukan ahlinya jadilah pelbagai bala Tuhan,seperti penyalahgunaan dadah,pecah rumah dan kes sumbang mahram"kata Ustaz Nordin lagi.

    Sementara itu menurut Sdr Zainuddin Hamzah Pegawai Khas DS Nizar menyatakan seorang bekas ketua kampung,bekas ketua Umno Cawangan yang juga bekas pengerusi Masjid di Trong baru-baru ini ditangkap kerana disyaki berkesedudukan dengan adik ipar sendiri."Inilah hasil tarbiyyah UMNO selama 50 tahun yang berjaya menjadikan bekas pengerusi masjid ditangkap kerana berdua-duaan dalam sebuah bilik"kata Ketua Penerangan Pas Bukit Gantang. "Inilah contoh apabila melantik mereka yang bukan kaki masjid untuk jadi pengerusi"kata Ketua Penerangan Pas Bukit Gantang.

    Umno memang sengaja mempengaruhi Pejabat Agama Daerah dan Penghulu untuk melantik mereka yang bukan ahlinya untuk menyebabkan masjid menjadi mati dan tidak diimarahkan.Mereka sengaja mahu rakyat tidak celik dan tidak mahu masjid menjadi tempat mengubah minda rakyat.

    Kebanyakan mereka yang layak menjadi Ahli Jawatankuasa Masjid ialah orang PAS atau ahli PAS.

    AJK MASJID: UMNO TIDAK LAYAK JAGA MASJID

    Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) membantah pendedahan yang telah dilakukan oleh Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berkaitan isu perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid yang ditimbulkan olehnya baru-baru ini.

    Dengan pendedahan Dato’ Khusairi tersebut jelas bahawa UMNO telah menyusun perlantikan AJK Masjid yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak (MAIMPk) awal bulan Ogos tahun ini.

    UMNO jelas telah menjadikan Masjid sebagai medan politik dengan meletakkan proksi-proksinya sebagai AJK tanpa melihat kelayakan sebagai AJK Masjid dan telah menderhakai titah Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak supaya Masjid yang sepatutnya menjadi alat penyatuan dan bukannya perpecahan.

    Usaha UMNO ini jelas untuk menganjurkan perpecahan di dalam Masjid kerana isu perlantikan AJK Masjid jelas mencampuri bidang kuasa Agama Islam yang Seri Paduka Sultan Perak dan Raja Muda Perak sebagai ketuanya.

    DPPN Pk dengan ini membantah perlantikan AJK Masjid yang bersifat kepartian dan mendesak supaya perlantikan ini dikaji semula. DPPN Pk meminta supaya sistem perlantikan AJK Masjid ini diserahkan kepada kariah atau jamaah yang menentukan siapakah yang layak mentadbirnya.












    SALMAN HAJI SALEH
    Naib Ketua,
    Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

    Monday, December 21, 2009

    Antara Dua Darjat!

    Kini dua enjin jet pejuang sudah hilang.Setiap satu bernilai RM50 juta.Jika kerajaan bertanggungjawab ,semua pelajar tidak perlu membayar yuran khas dan yuran tambahan hasil keuntungan jualan enjin jet itu.

    Dengan 50 juta ringgit banyak benda yang kita dapat tolong.Buat rumah PPRT ,bantu sekolah agama rakyat dan bermacam-macam lagi.

    Jikalau kita di sekolah hilang harta kerajaan,dikenakan surcaj.Contohnya jikalau kita hilang "laptop" kerajaan ,tindakan tatatertib akan diambil ke atas kita.Walaupun kehilangan bukan disebabkan kecuaian kita.Alamatnya kita disenarai hitam untuk kenaikan pangkat.

    Ketua Jabatan atau Pengetua lepas tangan.Begitu juga hilang enjin jet pejuang,Menteri lepas ,Brigediar Jeneral lepas ,Pegawai Kastam lepas,Imegrisen lepas ,yang rugi rakyat kerana kehilangan duit RM 50 juta.Kes kelas dunia,kes macam filem "Holywood dan filem Bolywood" Najib juga terlepas .KPI untuk Najib O peratus.

    Hilang enjin jet 2007 sekarang baru hendak bising sebab Amerika Syarikat sudah "terbatuk "sedar.

    Malaysia Nombor Satu dalam kehilangan dan ketirisan wang kerajaan .



    Kena Klentong Sama Oldboys K.E-Dr Abu Hassan itu budak K.E!

    Begitu hebatnya Dr Abu Hassan Hasbullah tokoh akademik yang bersikap terbuka dan matang.Sehingga kita kena"klentong dengan budak K.E yang menyatakan Dr Abu Hassan Hasbullah itu bekas pelajar SMK K.E.Taiping.

    Rupa-rupanya beliau tokoh akademik terbilang kelahiran negeri Kelantang.Hampeh! betul budak K.E ni,mentang -mentang kita musuh dalam sukan ,sampai hati mereka goreng sama kita.

    Kita pun beritahu banyak orang dengan penuh bersemangat ,siapa itu Profesor Google itu!

    Siapakah Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah?

    BA (Malaya) MA (Malaya) PhD (Vienna)

    Dilahirkan tanggal 2 Ogos di Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis (Inggeris) Kebangsaan Ketereh, Kelantan (sekarang dinamakan Sekolah Seri Ketereh), kemudian ke Sekolah Menengah Sultan Ismail (SMSI), seterusnya ke Maktab Sultan Ismail (SIC), dan Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan

    Melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan beroleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian), dan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Sastera, dan seterusnya ke Universiti Vienna, Austria dan beroleh Ijazah Doktor Falsafah.

    Bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya sejak 1995 hingga ke jawatan sekarang sebagai Profesor Madya. Bidang pengkhususan ialah Filem dan Penyiaran, termasuk Retorik, Cultural Studies dan Future Studies.

    Pernah dilantik sebagai Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bagi Sesi 2006-2007. Pengasas Zentrum Future Studies Malaysia (ZENTRUM) iaitu satu badan penyelidikan bebas (RNGO) yang mengendalikan penyelidikan-penyelidikan
    transdisiplin berkenaan dengan prediksi masa depan.

    Pada Dada YB Karpal Terdapat Bulan

    YB Karpal Singh sewaktu penamaan calon PRK Bukit Gantang pada 29 Mac 2009 untuk memberi sokongan kepada DS Nizar Jamaluddin sewaktu itu merupakan Pengerusi Pakatan Rakyat Negeri Perak. Gambar diambil penulis sewaktu penamaan calon tersebut di perkarangan Dewan MPT Taiping.
    Semasa penamaan calon,YB Karpal melalui kawasan Pemuda Umno dan beliau berjaya di"selamatkan pasukan polis" daripada diganggu mereka yang anti demokrasi.YB Karpal berjaya masuk ke perkarangan Dewan MPT.



    Apabila kita bertanya Sdr Fadhil Idris ,Setiausaha Pas Kawasan Bukit Gantang berhubung dengan Konvensyen PR Nasional,beliau menyatakan"best".

    Ucapan YB Karpal amat menarik kata Fadhil Idris.Antaranya kita seharusnya menggunakan "highway" untuk ke Putra Jaya.Di samping itu YB Karpal kelihatan berbangga apabila duduk di pentas bersama dua orang Tok Guru Hj Hadi dan Tok Guru Nik Aziz.

    Ucapan TG Hj Hadi menarik dan bernas sesuai untuk semua parti.TG Hj Hadi meminta kita menguatkan parti,menambahkan cawangan dan ahli.

    Kita melihat Fadhil Idris juga tersenyum puas kerana beliau berada dalam sejarah Pakatan Rakyat Malaysia.Esok apabila bertemu YDP Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar ,kita akan bertanya sendiri apa keistimewaannya Konvensyen PR Nasional.

    Sunday, December 20, 2009

    Piala Dato' Seri Mohammad Nizar Presiden Pafa 2010

    Piala DS Nizar akan mula dipertandingkan pada 16 Januari 2009.Terdapat 16 pasukan yang bertanding .Pasukan yang bertanding dibahagikan 4 kumpulan.Turut menyaksian pegundian pasukan DS Nizar Jamaluddin.

    Persatuan Bola Sepak LMS menghantar dua pasukan.LMS B berada dalam kumpulan A dan LMS B berada dalam kumpulan D.

    Pengundian yang berlangsung pada Sabtu lepas menawarkan hadiah yang menarik,tempat pertama RM6,000,kedua RM3,000 dan ketiga RM1,500 dan keempat RM750.00.

    Setiap pasukan diberi geran RM1500.00 untuk menyertai pertandingann ini.

    DS Nizar dalam ucapan menyeru betapa perpaduan penting dalam memajukan persatuan bolasepak daerah masing-masing.DS Nizar juga berharap tidak berlaku sentimen kepartian dalam bolasepak Perak.

    Turut hadir dalam pengundian itu Naib Presiden 1 ,Dato'Seri Abdullah Hisan.

    Saturday, December 19, 2009

    Ustaz Nordin Jaafar dan Sdr Fadhil Saksi Peristiwa Penting-Kelangsungan Pakatan Rakyat

    SHAH ALAM, 19 Dis: Tepat jam 5.30 petang 19 Disember, bertempat di Auditorium MBSA, Dasar Pakatan Rakyat diluluskan sebulat suara dalam konvensyen pertamanya.

    Ia diluluskan apabila semua perwakilan berdiri dan mengangkat tangan tanda setuju apabila ditanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan cadangan Lim Kit Siang.

    (Gambar: Tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat menandatangani dokumen Dasar Pakatan Rakyat selepas diluluskan konvensyen)

    Dokumen itu kemudiannya ditandatangani oleh tiga pemimpin utama Pakatan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

    Dasar Pakatan Rakyat berupa dokumen yang dipersetujui bersama di kalangan pimpinannya dan diluluskan sebulat suara dalam konvensyen hari ini.

    Ia mengandungi empat perkara asas iaitu demokrasi yang telus dan tulin, memacu ekonomi berprestasi tinggi, keadilan sosial dan pembangunan insan dan hubungan persekutuan - negeri dan dasar luar negara.harakah

    Sungguh beruntung Ustaz Nordin Jaafar dan Sdr Fadhil Idris yang menyaksikan peristiwa penting sejarah Malaysia abad ke 21.Semoga mereka memimpin PAS Kawasan Bukit Gantang dengan jayanya.

    Selaku salah seorang yang terlibat dalam pimpinan Pas Bukit Gantang ,Bukit Gantang bertuah mempunyai ikon masyarakat Malaysia ,DS Nizar Jamaluddin.

    Tahniah Ustaz Nordin Jaafar dan Sdr Fadhil Idris anda akan dicatat sebagai ahli konvensyen dalam sejarah Pakatan Rakyat.

    Apa khabar YDP dan S/U PAS Bukit Gantang !

    Pas Kawasan Bukit Gantang menghantar YDP Kawasan Ustaz Nordin Jaafar dan Setiausaha Kawasan Sdr Mohd Fadhil Idris ke Konvensyen Pakatan Rakyat Nasional.

    Bukit Gantang mempunyai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diketua DS Nizar.Bukit Gantang merupakan satu tempat yang kaya dengan sejarah.Sejarah menjatuhkan sebuah Kerajaan Rakyat.Di sini letaknya Dun Changkat Jering yang wakil rakyatnya sudah kaya raya.

    Jadi kita berharap kehadiran YDP Ustaz Nordin Jaafar ke Konvensyen PR yang pasti menjadi bahan akademik kajian sejarah menguntungkan kita Parlimen Bukit Gantang.Dengan izin Tuhan dan dengan kerja keras kita N14 Changkat Jering dan 2 Dun ,Trong serta Kuala Sapetang dapat membantu kita membentuk kerajaan.Sememangkan PR Bukit Gantang sudah bersedia untuk menghadapi musuh politik kita BN.

    InsyaAllah Konvensyen PR Nasional menyuntik semangat kita ,PR Bukit Gantang untuk menjadi contoh rakyat PERAK.

    TEKS UCAPAN PRESIDEN PAS DALAM KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT

    MEMPERKUKUH PAKATAN RAKYAT

    Wujudnya Pakatan Rakyat bertujuan Islah dengan berasaskan masyarakat majmuk , ianya lahir daripada kesedaran bersama di kalangan parti-parti yang bersatu untuk menangani masalah negara dan masyarakat, yang membebani seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, ideologi politik, semuanya hasil dari kegagalan Barisan Nasional (BN) yang berterusan dan terus berkuasa dalam tempoh yang begitu panjang , setelah setengah abad negara mencapai kemerdekaan.

    Walaupun sistem Demokrasi Berparlimen mengizinkan rakyat membuat perubahan, namun perubahan tidak berlaku, seolah-olah negara di kongkong oleh sistem satu parti, iaitu konsep yang sangat bercanggah dengan amalan demokrasi yang dilaksana dalam masyarakat yang berpendidikan diseluruh dunia. Keadaan ini tidak harus di biarkan berterusan, kerana menimbulkan berbagai-bagai masalah yang lebih menyusahkan.
    Masalah-masalah itu termasuklah perkara-perkara yang asas dalam perlembagaan seperti Islam agama persekutuan, hak-hak kepada penganut agama-agama lain di kalangan penduduk berbagai etnik, bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan, pentadbiran yang saksama dan bijak, kedaulatan undang-undang yang adil, raja berpelembagaan, konsep federalisma yang saksama dan lain-lainnya, semuanya tidak terlaksana dengan cara yang tepat.

    Akibatnya, perubahan menyeluruh tidak dapat dilaksanakan, tanpa pakatan semua pihak, yang menyatukan tujuan melakukan perubahan, sehingga membebaskan diri majoriti rakyat lemah. Mereka yang merupakan majoriti masyarakat yang menjadi mangsa kecuaian tersebut adalah majoriti pengundi. Tanpa menggerakkan mereka sendiri, tidak berlansung kepada perubahan menyeluruh, sebabnya kerana mereka di perbodoh, ditipu dan dirasuah . Al Quran memaparkan kisah iktibar daripada kerajaan Fir’aun yang memerintah Mesir yang bermaksud:


    Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - Akulah Yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah arahan ku? tidakkah kamu melihatnya?
    "Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?
    "(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin berpangkat besar), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"
    (Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik (jahat).

    Tamaddun Mesir yang terdiri daripada Piramid yang dijaga oleh UNESCO itu adalah bangunan bagi perkuburan Raja Mesir, satu pyramid untuk seorang raja, adalah merupakan suatu projek mega di zaman itu, dibangunkan dengan hasil memaksa rakyat dan merampas hasil negara untuk faedah golongan pemerintah sahaja. Projek seperti ini ada dikeseluruhan negara yang dianggap bertamadun awal, rakyat diperhamba dan perbodohkan. Amalan ini tetap berulang di zaman masing-masing termasuk zaman kita sekarang.

    Tsunami politik pilihanraya kedua belas menunjukkan konsep pakatan Rakyat mampu melakukan perubahan, sekiranya diolah dengan cara yang lebih baik boleh berlaku perubahan yang lebih besar walaupun ada kepencangan dalam amalan Demokrasi.

    DEMOKRASI
    Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang berasaskan Islam terus memilih pendekatan secara saluran demokrasi pilihanraya, walau pun banyaknya berlaku kepincangan dalam negara kita , kerana perubahan kepada demokrasi moden banyak menimba dari Tamadun Islam hasil hubungan barat dengan tamadun Islam dan hubungan Islam dengan Tamadun umat lain dari timur dan barat, kerana pesanan Nabi Muhammad S.A.W. : “Kebijaksanaan laksana barang berharga yang tercicir mesti dipungut walau dari mana datangnya”. Di samping hukum yang telah sedia ada dalam Islam, maka Islam menerima sistem dan hukum daripada masyarakat berbagai bangsa, agama dan budaya.

    PAS yang berlandaskan Islam , yang tidak bersifat sekularisma seperti yang didokong oleh parti yang memerintah sekarang , terbuka kepada pakatan dengan semua pihak yang berhasrat baik dan berniat murni untuk menyelamat negara dan rakyat daripada gejala negatif seperti kezaliman, penyelewengan dan kelemahan yang menular dalam pentadbiran negara kita sekarang, melalui konsep demokrasi yang sebenarnya.
    Demokrasi bukan hanya hari mengundi , ataupun sekadar memberi hak mengundi kepada mereka yang di senaraikan dalam daftar pemilih, tetapi hendaklah juga diambil kira cara pendaftaran berlaku dengan adil, pemikiran mereka membuat pilihan dengan maklumat media yang demokratik, suasana hidup yang tidak memaksa mereka dalam menentukan hak membuat pilihan, serta pengurusan pilihanraya yang adil.

    Sebenarnya kita mengalami demokrasi yang sakit tenat , dengan kongkongan yang menghalang rakyat menjadi hakim yang adil melalui mahkamah pilihan raya, kerana saksi daripada media yang tidak memberi keterangan yang adil dan telus bagi semua pihak. Parti yang memerintah terus memerintah di masa pilihanraya , sehingga menyalahgunakan alat-alat kerajaan melalui kementerian dan jabatan, jentera kerajaan dan pasukan keselamatan, sehingga undang-undang pilihanraya menjadikan padang lapangan pilihanraya itu tidak sama rata.

    Umat Islam sedang menyambut tahun baru hijrah bagi memperingati penubuhan negara masyarakat majmuk di kota Madinah 1430 tahun lalu, yang lahir daripadanya perkataan masyarakat madani yang dicetuskan oleh Ibnu Khaldun dalam buku tulisannya yang telah diterjemah ke dalam berbagai bahasa . Umat Islam memperingati penubuhan negara masyakat majmuk, dalam keadaan jumlah penganut agama Islam adalah minoriti dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penganut berbagai agama yang terlibat dalam penubuhannya di peringkat awal dan negara itu berlansung sehingga lebih empat belas abad, sehingga tamat dengan kejatuhannya, apabila umat Islam sendiri tidak berpegang dengan ajaran mereka, maka PAS berharap rakan-rakan yang bukan Islam jangan mengambil contoh daripada Islam UMNO. Dengan ini PAS ingin membuktikan kita boleh berpakat dan setia dengan perjanjian dalam pakatan kerana inilah ajaran agama.


    PERPADUAN
    Alhamdulillah kita bersama-sama tinggal dalam negara Malaysia yang dibentuk di atasnya masyarakat majmuk, di mana semua kaum besar di Asia berada di sini. Sepatutnya kita membuka mata dengan realiti yang ada sehingga kita tidak boleh menganggap rakannya adalah pendatang , bukan penduduk asal, kerana kita semua tidak berasa asing disini, bahkan bila kita bertemu di luar negara kita terasa bersama daripada satu negara.

    PAS yang berlandaskan Islam menganggap semua manusia adalah sama, kerana realiti mereka percaya kepada Tuhan yang satu, walau pun selepas itu adanya penganut agama yang melantik tuhan-tuhan yang banyak yang sangat bercanggah dengan Islam, tetapi semuanya mengaku kepada Tuhan yang satu sahaja iaitu pencipta alam yang Maha Berkuasa, maka di atas perinsip aqidah ini Islam mewajibkan kerajaan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama yang berlainan. Islam menganggap semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa, ada pun bangsa dan bahasa yang berbeza, warna kulit yang berlainan, taraf hidup yang tidak sama, semuanya berlaku kemudian.

    Semua perbezaan itu terbentuk selepas proses masa yang panjang , Islam menjadikan perbezaan itu tanda kebesaran Allah :

    ومن آياته خلق السموات والأرض واختلاف ألسنتكم وألوانكم . إن في ذلك لآيات للعالمين

    .(Dan di antara tanda –tanda ketuhanan Allah Yang Maha Esa ialah Dia mencipta langit dan bumi dan Dia mencipta kamu berbagai-bagai bahasa dan warna kulit).
    Maka mewajibkan adil kepada semua manusia :

    وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل

    (Dan apabila kamu memerintah di kalangan manusia hendaklah berlaku adil).

    Haram berlaku zalim sesama manusia dalam segala aspek, hatta diperingkat antara bangsa, di masa aman dan perang. Apa lagi kalau kita semua dalam satu negara maka lebih haram lagi kalau berlaku zalim.
    Perpaduan di kalangan manusia tidak berlaku dengan aspek ekonomi sahaja, atau aspek politik sahaja, dalam perbatasan negeri dan serantau sahaja, keturunan bangsa sahaja, tetapi perpaduan itu pernah berlaku dengan kosep adil untuk semua dengan maksud menyeluruh, tanpa mengira hanya satu aspek sahaja, bahkan merangkumi aspek ruhani dan jasmani, individu, keluarga, masyarkat, negara dan antarabangsa dan negara. Kerana naluri manusia yang hidup bermasyarakat tidak menjadikan satu bangsa itu menghasilkan segala keperluan hidup, berlakunya kepelbagaian kebolehan dan kepunyaan, selepas itu hendaklah adanya pertukaran keperluan yang mewajibkan percampuran yang berkongsepkan adil dan menghapus segala bentuk kezaliman di antara satu sama lain, di atas semangat persaudaraan kemanusiaan, walaupun berbeza dalam perkara yang banyak.

    Adanya negara, perlembagaan, undang-undang dan pentadbirannya adalah bagi menjamin sifat adil yang memupuk perpaduan yang sebenar, dan kita mestilah bersama menentang kezaliman yang mejadi penyakit dalam kehidupan manusia.
    Zalim boleh memecah-belahakan satu keluarga, maka lebih lagi memecahkan satu negara, kerana zalim itu menghilangkan kasih sayang di antara satu sama lain. Perpecahan dalam tiap-tiap satu parti BN yang sedang memerintah sepatutnya menjadi iktibar kepada Pakatan Rakyat, dan kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara. Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza.

    MENGISI KEMENANGAN DI NEGERI DAN KAWASAN
    Hari ini kita berbincang bagi merangka masa depan menghadapi pilihanraya ke 13, dalam masa yang sama kita perlu menjadi model di negeri yang telah kita kuasai, di mana lawan kita mencari setiap kelemahan kita. Media arus perdana yang masih tidak banyak memberi ruang yang adil kepada kita, sudah pasti membesarkan kesilapan yang kecil daripada kita dan memperkecilkan kejayaan yang besar daripada kita. Mereka juga akan mengambil setiap kelemahan parti dan individu. Peristiwa Perak perlu menjadi contoh, perlu dilihat bukan sahaja kezaliman dalam amalan demokrasi merampas kuasa di Perak, tetapi juga perlu dilihat ruang kelemahan kita sendiri yang memberi peluang kepada lawan mengambil kesempatan.
    Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-yang telah kita kuasai adalah hujah terdekat bagi menghasilkan sokongan rakyat untuk Pilihanraya Ke13. Sekurang-kurangnya kita dapat mebebaskan diri daripada penyakit yang sedang menular dalam parti dan kerajaan BN disemua peringkat.

    JENTERA PARTI
    Perubahan kepada segala aspek sangat bergantung dengan peranan politik, di sinilah besarnya peranan kita bagi menyelamatkan negara kita. Maka setiap parti hendaklah mengukuhkan jentera parti masing-masing di semua peringkat, sehingga menjadi ukuran untuk meletakkan calon, dan bukan sekadar meletakkan calon secara berangan-angan tanpa berpijak di atas bumi kenyataan melalui kekuatan parti yang sebenar, kemudian berkrisis dalam masalah menentukan calon. Hendaklah berusaha mencari seberapa banyak ahli yang ada untuk menjadi petugas parti dan cawangan yang ditubuhkan untuk menjadi jentera parti. Jangan berpijak diatas kehadiran dalam majlis ceramah dan hanya penyokong yang berpaut dengan isu sementara waktu dan boleh menjadi mangsa politik wang yang masih menjadi wabak penyakit kepada demokrasi di negara kita. Kita tidak boleh berpaut di atas perancangan jangka pendek, kerana perjuangan politik wajib mengharungi jangka panjang, bukan sahaja untuk mencapai kemenangan, tetapi juga merancang untuk mengisi kemenangan dan percayalah bahawa mengisi kemenangan itu sebenarnya lebih sukar daripada mencapai kemenangan . Saya percaya bahawa perbincangan kita hari ini lebih tertumpu kepada mengisi kemenangan.

    PERKUKUH PAKATAN RAKYAT
    Hari ini kita berbahas dengan sehangat-hangatnya, bagi mendatangkan natijah terbaik ke arah megukuhkan parti, dan di sana sudah tentu ada perbezaan pendapat, dan pendapat yang terkuat hujahnya adalah pengukuhan kepada resolusi yang dicapai. Pendapat yang lemah juga tetap dihormati, kadang-kadang yang lemah hari ini menjadi kenyataan yang kuat di masa akan datang, oleh kerana itu dalam budaya ilmu Islam kami bukan sahaja mencatit pendapat yang menjadi keputusan muktamad, pendapat yang lemah juga dijadikan ingatan, dan tidak ada yang diperkecilkan. Kita juga menjadikan majlis ini sebagai medan persaudaraan yang menemukan kita semua di atas semangat persaudaraan dalam satu bahtera negara tercinta, kalau selamat bahtera ini, selamatlah kita semua dan sampai ke destinasi yang dituju untuk pilihanraya ke 13.

    Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir dan selamat berkonvensyen.

    YB. Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
    Presiden PAS
    19 Disember 2009
    Auditorium MBSA, Shah Alam,
    Selangor

    Friday, December 18, 2009

    Penyerahan sahaja tanpa ikhtiar tidak akan membawa kemenangan. -Ustaz Abu Bakar Husein


    ASSALAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.Saudara-saudari muslimin-muslimat yang dihormati sekelian, Pada hari ini maka genaplah 1431 tahun sejak Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Mekah ke Madinah.Demikianlah pentingnya penghijrahan ini sehingga tarikhnya dijadikan tarikh permulaan bagi perkiraan zaman Islam.Sebenarnya Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama 13 tahun lebih awal dari penghijrahan ke Madinah. Penentuan penghijrahan sebagai tarikh permulaan zaman Islam tentulah mempunyai erti yang istimewa.

    2. Jika kita kaji sejarah Islam dan sejarah dunia kita akan dapati bahawa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. pada 1hb. Muharam tahun pertama Islam adalah satu peristiwa yang bukan sahaja membawa kesan kepada umat Islam pada ketika itu dan pada zaman ini tetapi bagi seluruh umat manusia. Dari tarikh itulah bermula perkembangan Islam dengan pesatnya ke seluruh dunia sehingga berlakulah perubahan-perubahan yang kekal hingga sekarang. Penghijrahan juga menjadi satu tauladan bagi umat Islam tentang kesabaran dan ketabahan hati dalam menghadapi penindasan dan cabaran yang mana inilah yang akhirnya membawa kejayaan.

    3. Penghijrahan merupakan satu ikhtiar dan penyerahan kepada Allah Subhanahuwataala. Penyerahan sahaja tanpa ikhtiar tidak akan membawa kemenangan. Perjalanan dari Mekah ke Madinah yang jauh melalui padang pasir, dengan dikejar oleh musuh dan perompak adalah juga satu ujian terhadap keteguhan iman mereka yang menyertai kumpulan ini.Dan tidak syak lagi pengalaman penghijrahan telah mengukuhkan semangat pengikut-pengikut Nabi serta mengkagumkan orang-orang Madinah.

    4. Dari peristiwa ini umat Islam di zaman-zaman yang mereka ditindas bolehlah mencari inspirasi bagi mengukuhkan semangat. Sebenarnya apa yang dihadapi oleh umat Islam sekarang tidak sebegitu berat dan teruk seperti cabaran yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w. Umat Islam di zaman ini amat ramai. Sebahagian daripada mereka kaya-raya. Mereka memerintah wilayah-wilayah yang besar. Sudah sepatutnyalah mereka mencapai kejayaan. Tetapi mereka tidak mencapainya.Sebaliknya mereka di usir dari satu wilayah ke satu wilayah, ditakluk oleh kuasa-kuasa asing, disiksa dan dibunuh tanpa mereka boleh membuat apa-apa. Mereka cuma meraung dan merayu kepada orang lain. Di Palestin dan Lubnan mereka diserang, dibunuh beramai-ramai dan diusir dengan sewenang-wenang oleh Yahudi dan kawan-kawan mereka. Dengan pemindahan orang Palestin, kita sekali lagi melihat peristiwa penghijrahan.

    5. Memang benar nasib buruk orang Islam sekarang disebabkan oleh perbuatan orang Yahudi dan penyokong-penyokong mereka. Kita patut salahkan mereka ini dan kita patut kutukkan mereka. Tetapi kita patut juga periksa diri kita sendiri. Apakah semangat dan ketabahan hati yang terdapat pada Nabi Besar kita dan sahabat-sahabat Baginda ada pada kita.yang penting sekali tidak sanggup berusaha atau berikhtiar untuk menuju ke arah kejayaan. Yang jelas ialah kalau kita lemah, maka kita perlu kuatkan diri kita, jika kita kurang cekap maka kita perlu berlatih untuk menguasai kecekapan, dan jika kita kekurangan ilmu maka kita mengejar ilmu. Ini semua jelas dan dituntut oleh Islam tetapi kita masih asyik berpoya-poya, masih suka mencari alasan dan sebab kenapa kita tidak mungkin buat itu dan ini, masih hendak menyalahkan orang semata-mata. Selagi kita tidak sanggup bertindak secara positif, selama itulah kita akan dipermainkan orang dan ditindas.

    7. Memperingati detik-detik sejarah dan pengalaman tidak berguna melainkan ianya menjadi pengajaran kepada kita.Pada awal Muharam ini kita patut ingatkan balik peristiwa penghijrahan supaya kita dapat manfaat dari satu peristiwa dalam sejarah Islam yang penting ini. Awal Muharam bukan untuk berehat dari kerja atau bercuti atau perayaan tetapi adalah untuk kita memperkukuhkan nilai-nilai dan keazaman kita, mempertingkatkan keupayaan kita dalam semua bidang.Jika kita pelajar maka kita perlu belajar dengan bersungguh-sungguh. Jika kita pekerja maka kita perlu kerja dengan jujur dan dedikasi. Jika kita peniaga kita perlu menjaya dan mempertingkatkan perniagaan dan perusahaan kita.Jika kita pemimpin kita perlu menumpukan lebih banyak tenaga dan usaha dalam membentuk satu masyarakat Islam yang dihormati oleh semua pihak. Pendek kata Awal Muharam adalah satu hari untuk memperbaharui azam dan tekad sebagai orang Islam yang committed kepada kebesaran agama Allah SWT dan kesejahteraan penganut-penganutnya.

    8. Di Mekah dan di Madinah di zaman Nabi Muhammad s.a.w Islam antara sebab utama Islam berkembang ialah kerana keadilan dan timbangrasa Islam. Kerana ini jugalah Islam dihormati dan disegani. Pada satu haribulan Muharam ini kita perlu ingatkan diri kita bahawa keangkuhan kuasa tidak ada tempat dalam pemerintahan yang berlandaskan Islam. Sementara hak orang Islam kita pelihara, hak orang lain kita jaminkan mengikut ajaran Islam. Dengan ini bukan sahaja Islam akan dihormati tetapi penindasan terhadap orang Islam yang menjadi minoriti di negara lain dapat dikurangkan.

    10. Satu haribulan Muharam patutlah dijadikan satu tarikh untuk kita semua merenung dan mengkaji sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. terutama penghijrahan dari Mekah ke Madinah. Dengan ini saya mengucap selamat mencontohi semangat penghijrahan dalam semua perjuangan hidup dan mati kita. Mudah-mudahan kita akan mendapat nikmat daripadanya; Insyaallah.

    Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu 'alaikum warahmatulahi wabarakatuh.

    Al fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain

    Pesuruhjaya PAS Perak