Monday, August 31, 2009

Dalam tazkirah DS Nizar:Apa hukumnya Rosmah nampak rambut


DS Nizar meminta kita berubah .DS Nizar meminta kita menjadi lebih baik.Kita telah merdeka kali ke 52 dan kita telah berpuasa kali ke 52,malah lebih.Malangnya kita masih belum berubah.

Kita masih bersikap perkauman,kita masih dengan Melayunya.Kita juga masih ingin kekal yang lama.Kini marilah kita berubah menjadi lebih baik.Moga-moga kita diterima sebagai orang yang bertakwa.

Apa yang menyentuh perasaan para jemaah,apabila DS Nizar mengulas isu lilin Teoh Beng Hock.DS Nizar menyatakan beliau sekadar menghormat mendiang yang mati dibunuh.

Namun DS Nizar,dituduh syirik,menjejaskan aqidah dan perlu bertaubat."Saya terima nasihat untuk bertaubat ,saya berisytifar 70 kali ,itu yang dituntut"kata Hj Nizar.

Namun apa hukumnya Rosmah Mansor,tidak bertudung,nampak rambut kepada bukan mahram."Apa hukumnya,mana tuan-tuan guru,mana Tok Mufti,sedang hukum menutup aurat sudah Qatei" tegas Hj Nizar.

Beliau mempersoalkan tindakan ssetengah pihak yang menghentam beliau,sedang kes Rosmah Mansor,The First Lady diam membisu .

Justeru beliau mengajak rakyat untuk berubah,kerana Najib sendiri dayus membiarkan isteri beliau mendedahkan aurat."Jikalau Rosmah pun beliau boleh biar,kenapa rakyat beliau perlu peduli" tegas DS Nizar

DS NIzar 1:Sidang Dun Perak Tetap berlangsung pada 2 September

Ustaz Nordin Jaafar YDP Pas Bukit Gantang turut sama mendengar tazkirah DS Nizar
DS Nizar menyampaikan tazkirah di Surau Desa Jaya,Kamunting,dipanggil tazkirah merdeka.
DS Nizar bersama rakyat berbuka puasa di Kamunting
DS Nizar menyampaikan tazkirah di Surau Bt 6,Changkat Jering
Jemaah Surau Jelapang,Simpang bergambar kenangan selepas tazkirah DS Nizar


Ds Nizar menegaskan ,Sidang Dun Perak yang dipanggil Tuan Speaker ,Tuan V. Sisakumar tetap diteruskan."Kami telah menerima notis daripada Sivakumar,Speaker yang sah"tegas Hj Nizar dalam satu tazkirah di Bukit Gantang.

DS Nizar sewaktu memberi tazkirah menerangkan lailatul qadar mempunyai banyak pendapat,sesuai dengan geografi,iklim dan siang malam.Beliau juga menyatakan dalam peristiwa peperangan Badar Al Qubra,berlaku pada waktu siang,semasa itu tentera Malaikat datang membantu ,turun dari langit.Akhirnya tentera Islam sebanyak 313 orang menang mengalahkan kumpulan assobiyah Arab Musyrikin sebanyak 1000.

Beliau juga menerangkan kebanyakan peristiwa penting berlaku dalam bulan Ramadhan selain peperangan Badar termasuklah Fathul Mekah(pembukaan Mekah).

Seterusnya beliau memberi perumpamaan 'Lailatul Qadar akan turun di Ipoh pada 2 September'.Justeru itu jikalau kita ingin merasai lailatul qadar datanglah ke Ipoh pada 2 September.

Ipoh pada 2 September pasti ramai dibanjiri orang,kerana 2 September juga Kes Saman Ketua Kampung Pakatan Rakyat lawan kerajaan Haram Zamri.

Sunday, August 30, 2009

Esok Hari Kebangsaan Bersama DS Nizar di Parlimen Bukit Gantang

DS Nizar akan turun bertemu rakyat pada 31 Ogos 2009.Jikalau tahun lepas Allahyarham Hj Roslan Shaharum memenuhi program kemerdekaan Malaysia kini DS Nizar memenuhi harapan rakyat Bukit Gantang.

Berikut merupakan jadual pergerakan DS Nizar:

5.oo-6.oo petang: bertemu masyarakat di Bazar Ramadhan Pekan Changkat Jering

6.30 petang : Tazkirah Kemerdekaan di Surau Taman Desa Jaya,Kamunting

7.26 malam : Berbuka puasa bersama rakyat di Surau Taman Desa Jaya,Kamunting

8.40 malam : Solat Isyak dan Tazkirah di Surau Bt 6,Jalan Changkat Jering-Simpang

9.30 malam : Solat Taraweh dan Tazkirah Kemerdekaan "Bebaskan penjajahan minda" bertempat Surau Kg Jelapang,Simpang.

sumber sekretariat parlimen

Nizar : Kami akan hadir-Polis jangan halang kami

Ipoh,30 Ogos : Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka.

DS Nizar memaklumkan bahawa persiapan Dun Perak kali ini telah dibuat lebih rapi, sejak enam bulan yang lalu.

Pihak Polis dan FRU tidak boleh lagi menghalang sidang Dun tersebut dari terus berlangsung, sebagaimana yang pernah mereka lakukan dalam peristiwa 'Perak Yang Gelita' (1Black Perak), 7 Mei lalu.

"Saya berasa ia (Perak Yang Gelita) tidak akan berlaku kerana Tuan Speaker (Sivakumar) telah membuat suatu persiapan yang lebih serius sejak enam bulan lalu. Sivakumar telah memohon daripada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya ianya (sidang dun) tidak akan dihalang Polis dan FRU."


"Kami (Pakatan) merasakan kalaulah kemasukan kami (ke Dun) itu dihalang kerana mahkamah tidak memberikan pengisytiharan, maka ia sesuatu yang bertentangan dengan peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan. Polis dan FRU tidak boleh menghalang atau mengkasari kami. Sebab itu, kami (Pakatan Rakyat) meminta perintah Mahkamah supaya manghalang Ketua Polis Daerah dan FRU mengkasari kami dari menghadiri sidang dun depan," ujarnya lagi.

Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.


Semalam, sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Ganesan mengarahkan semua Adun Perak tidak menghadiri sidang Dun Rabu depan.Beliau mendakwa Sivakumar cuba menyamar sebagai Speaker Perak dan seolah-olah cuba merampas kerajaan negeri dari genggaman Umno Barisan Nasional.

Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan Notis Panggilan Sidang Dun Tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah di diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).

Bagaimana pun, ianya dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok.Selepas kejayaan BN menghalang sidang Dun tergempar lalu, khalayak percaya Pakatan Rakyat akan berdepan cabaran yang lebih genting Rabu depan.

dari catatan alhusseyn/alhusseyn51.blogspot.com

Saturday, August 29, 2009

Intipati Perutusan Hari Kebangsaan ke 52 dari DS Nizar Jamaluddin


DS Nizar mengucap Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 52

Dengan ini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat menyambut Hari Kebangsaan kali ke 52 .Marilah kita bersama-sama membebaskan diri kita dari belenggu perkauman,bebas daripada penjajahan kaum dan penjajahan fahaman kebangsaan assobiyah. Perlunya diri kita memisahkan diri daripada perkauman diskriminasi

Dahulunya kita:

1. dijajah orang asing barat
2. kini dijajah minda kita oleh Umno -BN, mereka menjajah pemikiran kita.

Justeru itu kita jangan zalim , kita mesti bersikap adil ke atas semua kaum di Malaysia.

Keadilan sendiri merujuk kepada takwa.Kemerdekaan kita kali ini disambut dalam bulan Ramadhan,marilah kita muhasabah diri supaya berubah.Ibadah puasa menyuruh kita berubah menjadi lebih merdeka ,baik,sempurna dan adil.Perubahan kearah kebaikan untuk negara dan masyarakat.

Rangsangan untuk kita , perubahan besar -pembubaran DUN Perak.Dengan itu merdeka kita ,budaya kehidupan dan politik berubah menjadi lebih adil

Kita menuntut kemerdekaan yang sebenarnya untuk rakyat tanpa penjajahan perkauman dan diskriminasi ciptaan UMNO-BN.

Selamat Hari Kebangsaan ke 52.

Jangan salahkan rakyat kalau Menteri Kesihatan pun tak faham H1N1

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan bahawa kefahaman dan pengetahuan rakyat Malaysia mengenai wabak influenza A(H1N1) dan cara penularannya masih rendah.

Penanda aras KPI Liow Tiong Lai sekadar E. Menteri baru Idris Jala nanti boleh melaporkan terus kepada 1 Najib ,gagalnya menteri MCA.Status terkini 71 meninggal dunia.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laporan WHO yang diperoleh pada Khamis lepas menunjukkan orang awam masih tidak mengambil serius tentang bahaya penyakit ini, yang sekaligus menyebabkan peningkatan terhadap kes-kes H1N1.

Menteri Kesihatan yang patut letak jawatan itu berkata daripada empat kempen yang dijalankan iaitu kempen pemakaian penutup mulut dan hidung, kebersihan diri, penggunaan pencuci tangan dan mencuci tangan, hanya kempen pemakaian penutup hidung dan mulut sahaja yang berjaya memberi kesedaran terbaik kepada orang ramai.

"Sepanjang bulan Mei hingga Ogos, walaupun banyak kempen kesedaran mengenai langkah-langkah membendung Influenza A(H1N1) dilakukan, pengetahuan orang ramai masih rendah, termasuk golongan yang berisiko tinggi.


Kita mengharapkan kerajaan bagi percuma penutup hidung dan mulut untuk satu keluarga apabila sekolah dibuka pada 2 September ini.Jikalau kondom dan jarum suntikan boleh bagi percuma kepada mereka yang menagih dadah kenapa tidak kepada pelajar.

Kita kena belajar melalui Indonesia dan India ,kenapa H1N1 di negara mereka kadar kematian rendah.Jumlah kes juga rendah sedangkan jumloah penduduk padat.

Jiwa Besar DS Nizar :Mempunyai Empat Pusat Khidmat Bantu Rakyat Di Bukit Gantang

YDP Kawasan Ustaz Nordin serta Setiausaha Kawasan Sdr Fadhil sering mengikuti DS Nizar bertemu rakyat.
DS Nizar memberi sepenuh kepercayaan kepada Pegawai Khas beliau.Kelihatan Sdr Basher Ahmad melayani rakyat.
Van Pusat Khidmat digunakan untuk aktiviti masyarakat.
DS Nizar melancarkan pusat khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang. Pelancaran rasmi pada 26 Jun 2009.
Pick-Up digunakan untuk rakyat,bersedia untuk berkhimat.Kereta Pick-up diuruskan Sdr Binyamin Isahak.

Tertarik kita dengan satu rencana menerangkan DS Nizar pemimpin berwibawa. DS Nizar bukan sahaja pemimpin berwibawa tetapi berjiwa rakyat.

Bayangkan beliau meminta diadakan 4 pusat khidmat ahli parlimen dalam tiga DUN .

Dun Kuala Sapetang mempunyai Pusat Khidmat,di Taman Matang Utama,Jalan Matang-Simpang.Sdr Basher Ahmad bertugas sebagai Pegawai Khas N13,Dun Kuala Sapetang.Seorang petugas bertugas sebagai kerani di sini.

Sementara untuk N 14 Dun Changkat Jering ,Sdr Fahmi Azhari sebagai Pegawai Khas beroperasi di Pejabat Induk,Tmn Damai,Jln Simpang-Changkat Jering.

Untuk Dun Trong,DS Nizar mempunyai dua pusat khidmat,satu di Zon Sg Tinggi dan yang kedua di Zon Pekan Trong.Keluasan Dun Trong menyebabkan DS Nizar memikirkan keperluan penduduk tempatan untuk mendapat perkhidmatan Ahli Parlimen.Sdr Zainudin Hamzah sebagai Pegawai Khas ,dengan mempunyai dua orang kerani .

DS Nizar mahu pergerakan membantu rakyat lancar dan pantas ,beliau mengadakan satu van dan satu lagi kereta pick up.

Kos pengurusan pejabat bersama membantu rakyat dibiayai daripada elaun wakil rakyat.Kesemua elaun wakil rakyat DS Nizar digunakan untuk Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang.DS Nzar tidak mengambil satu sen pun.,bagi beliau cukuplah elaun ADUN.

Ahli Parlimen Bukit Gantang diuruskan satu Sekretariat Parlimen,dengan pengarahnya Sdr Khairul Ismail.Mempunyai Ketua Pegawai Khas,yang dipimpin Sdr Fadhil Idris.

DS Nizar amat beruntung kerana YDP Pas Kawasan Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar amat mengambil berat perjalanan sekretariat Parlimen.Selalunya program kawasan,program pintar.Contohnya Lajnah Penerangan menguruskan aktiviti atau dialog rakyat DS Nizar.Program terdekat menyusun jadual tazkirah Ramadhan DS Nizar.

DS Nizar akan memastikan pegawai beliau bertemu rakyat untuk mengetahui kehendak rakyat.DS Nizar akan SMS atau menelefon samaada YDP, Pengarah Sekretariat atau Sdr Fadhil Idris,jikalau rakyat memerlukan bantuan.DS Nizar ikon rakyat,tumpuan bukan sekadar Bukit Gantang tetapi Malaysia.

Sdr Fadhil,Sdr Fahmi,Sdr Basher, dan Sdr Zainudin pegawai DS Nizar amat dedikasi. Kesemua mereka pimpinan PAS Kawasan Bukit Gantang.

Friday, August 28, 2009

Bukit Gantang :Punyai Rahsia Kegembiraan

Jika ingin merasai kegembiraan,datanglah ke Bukit Gantang.Kita mengalamai depresi atau beremosi?Kita tak perlu terkejut kerana penawarnya boleh didapati daripada sebiji durian.

Pakar-pakar nutrisi percaya banyak yang boleh diperoleh daripada sebiji durian.Dalam amalan tradisi ,raja segala buah itu dianggap sebagai pembangkit syahwat.Abu daripada kulit pula diambil oleh kaum wanita bagi membantu proses pemulihan selepas bersalin.

Durian dikatakan mampu merendahkan paras kolestrol dan membersihkan darah.Durian dikatakan berupaya melegakan penyakit kuning dan demam panas .

Buah durian kaya dengan asid amino dan pelbagai vitamin seperti B,C dan E.Sering dibandingkan dengan beri goji.Beri goji terkenal dengan kandungan antioksidan yang tinggi.

Menariknya ,kandungan asid amino termasuklah tryptophan penting dalam penghasilan dan pengekalan paras hormon serotonin.

Mereka yang mempunyai paras serotonin yang rendah sering beremosi dan menderita masalah depresi.

Jadi Bukit Gantang menunggu anda dengan buah durian apabila tiba musimnya.

PAS Kawasan Bukit Gantang Minta Penduduk Berbilang Kaum Bertenang

YDP Pas Kawasan Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar meminta masyarakat dalam
Parlimen Bukit Gantang bertenang tidak terpengaruh dengan hasutan
mana-mana pihak.Terdapat usaha-usaha pihak tertentu untuk cuba mencetuskan
suasana tidak harmoni untuk mengaut keuntungan politik sempit mereka .

Beliau berasa kesal terdapat individu dan kumpulan ingin merosakkan bubungan
mesra Pas bersama kelab penyokong.

Sehubungan dengan itu Ustaz Nordin Jaafar meminta pihak berkuasa mengambil
tindakan ke atas mereka yang merosakkan perpaduan kaum.


Beliau berharap peristiwa di Shah Alam tidak berlaku di Parlimen Bukit Gantang.

Bantah Konsert Michael Learns To Rock -Hormat Hak Orang Islam


BANTAH KONSERT MICHAEL LEARNS TO ROCK -
ETERNITY TOUR 2009:
LIVE IN MALAYSIA
PADA 5 SEPTEMBER INI,
DI ARENA OF STARS, GENTING HIGHLANDS.

1. Dewan Pemuda PAS Pusat mengutuk sekeras–kerasnya tindakan jemaah menteri meluluskan konsert Michael Learns to Rock - eternity tour 2009 : live in malaysia yang bakal berlangsung di arena of stars, genting highlands pada 5 september 2009 ini.

2. Konsert ini adalah suatu penghinaan besar kepada negara Malaysia dan umat Islam yang sedang menyambut bulan Ramadhan al Mubarak kini. Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi mengutuk sekeras-kerasnya jemaah menteri yang membuat keputusan ini. Dimana ia adalah suatu tindakan yang kurang ajar dan penghinaan besar terhadap ummat Islam di Malaysia.

3. Ini menunjukkan tidak ada sedikit pun rasa hormat dan sensitiviti kerajaan UMNO/BN terhadap perasaan majoriti umat Islam dan warga pribumi di negara ini. Tarikh 05 September 2009 adalah suasana penting bagi negara ini khasnya ummat Islam yang sedang menyambut bulan ramadhan.

4. Pertama , ummat Islam sedang menghadapi bulan ibadah yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Sepatutnya ia tidak dicemari oleh konsert seperti ini yang membawa masuk sekumpulan artis luar negara yang tentunya tidak mempunyai langsung sensitiviti terhadap masyarakat tempatan. Pastinya konsert ini akan membawa ummat leka dan lalai malah merosakkan moral dan akhlak mereka.

5. Kedua , berhadapan pula dengan ulangtahun kemerdekaan negara pada 31 Ogos. Lazimnya pihak kerajaan menganjurkan majlis tahlil di seluruh negara dan forum untuk motivasi rakyat khasnya anak–anak muda supaya mewarisi semangat patriotisme.

6. Konsert seperti ini sekali lagi tidak akan membantu motivasi rakyat untuk menjadi rakyat yang baik, bermoral dan berdaya saing, sebaliknya hanya melemahkan moral dan mental mereka sekaligus mengheret mereka tenggelam dibawah gelora nafsu.

7. Dewan Pemuda PAS Pusat mempersoalkan tindakan Kerajaan UMNO/BN, di mana pemimpin-pemimpin UMNO yang kononnya hendak memperjuangkan nasib umat Islam dan kaum Melayu di negara ini. Khasnya, di mana peranan dan keperihatinan Pemuda UMNO terhadap isu ini, sedangkan ini juga adalah satu penghinaan besar terhadap agama Islam.

8. Dewan Pemuda PAS Pusat tegas menyatakan sikap, bahawa konsert seperti ini mesti dibatalkan segera dan ini adalah amaran keras kepada pihak penganjur agar tidak mencabar sensitiviti ummat Islam. Andai mereka tidak peduli amaran ini, Dewan Pemuda PAS Pusat tidak teragak–agak akan mengerahkan seluruh pemuda Islam agar turun membantah Konsert tersebut daripada terus berlangsung.

9. Di sini, kami Pemuda PAS mencabar Pemuda UMNO untuk sama-sama membantah penganjuran konsert maksiat ini.Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyeru dan mengajak NGO-NGO Islam seperti GPMS, PPIM, PEKIDA, ABIM, JIM, TERAS dan GAMIS turut bersama-sama membantah konsert tersebut. Ini bukan untuk kepentingan politik tetapi melibatkan maruah dan harga diri ummat Islam.

10. Jika begini terus menerus sikap kerajaan UMNO/BN, mereka bukan sahaja jauh dari rahmat dan berkat Ilahi tetapi InsyaAllah akan terus dibuang dan dihumban oleh rakyat yang semakin hari semakin jelak dan muak dengan sikap berpura–pura Islam mereka.

Dewan Pemuda PAS Pusat juga turut menggesa agar majlis fatwa dan para mufti menunjuk sikap dan menyuarakan bantahan mereka terhadap kerajaan Pusat yang membenarkan penganjuran pesta maksiat ini agar mereka tidak hanya responsif terhadap isu seperti kenyataan di manipulasi pihak media terhadap YAB Dato Tuan Guru Nik Aziz tempuh hari, tetapi diharap turut menunjuk peranan majlis fatwa itu sendiri bagi membersihkan bumi malaysia ini dari maksiat dan mungkar tajaan kerajaan UMNO/BN

Kartika Sari Dewi Buat Rais Yatim Buta Hati

Apabila kerajaan masih membenarkan kumpulan Balack Eyed Peas membuat persembahan pada 5 September ,kita tidak berasa hairan.Itulah UMNO satu kerajaan mempertahankan arak berada di mana-mana.

Kerajaan tetap membenarkan syarikat arak Guinness menaja persembahan mereka untuk menjayakan 1 Malaysia edisi Najib.

Bagi Rais Yatim,menteri yang pernah bakar jambatan itu orang Islam boleh menghadiri konsert itu selagi mereka tidak meminum arak.

"Tak kira siapa penganjurnya,kita tidak pernah larang orang tengok konsert,asalkan tak minum arak sudahlah," kata Rais Yatim seperti dipetik daripada akhbar Kosmo.

Laman web penganjurpun agak lembut,www.arthursday.com.my tetah meletakkan syarat bahawa konsert itu untuk penonton bukan Islam berusia 18 tahun ke atas.

Kartika dihukum 6 sebatan mengikut undang-undang Malaysia tetapi pemberi lesen arak terus bebas membuat keputusan.





Ustaz Nordin Jaafar mewakili DS Nizar ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

YDP Kawasan Bukit Gantang mewakili YB DS Nizar dalam program berbuka puasa bersama anak-anak yatim.Di kesempatan itu Ustaz Nordin menyampaikan duit raya daripada DS Nizar
Ustaz Nordin Jaafar menyampaikan sumbangan duit raya daripada YB DS Nizar Jamaluddin.Turut kelihatan Sdr Basher Ahmad,Pegawai Khas DS Nizar DUN Kuala Sapetang.
Ustaz Mohd Nordin Jaafar bersama Pegawai Khas Hj Nizar berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Markaz Pas Cawangan Kepala Bukit.

Bt 9,Jalan Trong- 28 Ogos(Jumaat)

YDP Kawasan Bukit Gantang telah berbuka puasa bersama anak yatim.Sembilan anak yatim lelaki dan 35 orang anak yatim perempuan diraikan.

Turut serta Ketua Cawangan Pas Kg Kepala Bukit,Tn Hj Sabri dan pimpinan cawangan Pas Kepala Bukit.

Program ini diadakan buat julung kalinya.Namun begitu DS Nizar tidak dapat hadir kerana beliau berada di Dun Pasir Panjang untuk bertemu rakyat di sana.

DS Nizar menyampaikan salam kepada masyarakat Kg Kepala Bukit.

Hari ini DS Nizar berada di mana? DS Nizar berada di DUN Pasir Panjang

Bersama dengan Haji Nizar dalam lawatannya di Pasir Panjang pada 28 Ogos 2009 (Jumaat)

1. Solat Jumaat , Tazkirah di Masjid Felcra Gugusan Lekir

2. Lawatan Ke Bazar Ramadhan.

3. Tazkirah / berbuka di Surau Taman samudera

4. Solat Isya / Taraweh / Tazkirah Masjid Ds Kamaruddin

Thursday, August 27, 2009

Heboh di Bukit Gantang Cerita Dua Tokoh Bernama Ismail:Apa Kata Ustaz Misbahul Munir Orang Kuat DS Nizar

Sejak petang tadi, sehingga malam ini puluhan sms saya terima yang mengatakan Datuk Ismail Kamus telah menghembuskan nafas terakhir. Ada yang menerima bulat-bulat berita ini tanpa usul periksa dan memanjangkan kepada orang lain. Ada juga yang sangsi dan bertanya saya akan kebenaran berita ini.

Saya segera menghubungi Hj Najib, orang Bagan Datoh, antara yang paling rapat dengan Datuk Ismail Kamus, beliau secara tidak rasminya juga kadang-kadang menjadi pembantu Datuk Ismail Kamus.

Beliau ketawa besar menjawab pertanyaan saya, dia kata " apa ni yob, Datuk ada di Mekah, buat umrah, dia meninggalkan tanah air ke Mekah, bukan meninggal dunia, baru kejap tadi kawan di Mekah beritahu elok aje dia sihat, dia pun tahu heboh di Malaysia, ada juga kawan-kawan yang sedang umrah terima mesej yang sama".

Kita pun tak tahu angkara siapa ini, yang heboh di tv, Prof Dr. Ismail Salleh, Senator OKU yang diberitakan telah meninggal dunia, bukan Ismail Kamus. Semuga Dr. Ismail ditempatkan rohnya bersama dengan orang-orang yang saleh.

Satu ketika dulu, sewaktu Ust Fadhil Noor masih terlantar di hospital, berita Ust Fadhil meninggal dunia tersebar mendahulu hari kematian yang sebenar. Begitu juga Ust Hasan Shukri, ketika itu beliau Naib Presiden juga pernah tersebar dalam mesej yang beliau telah meninggal dunia, ketika itu saya berada di Kota Kinabalu, kawan-kawan kita pun terus sedekah fatihah dan buah majlis tahlil. Dr. Abdul Aziz Hanapi pun pernah tersebar berita kematiannya begitu meluas sampai ke Mesir. Sehingga sekarang Ustaz Hassan Shukri masih sihat begitu juga Dr. Abdul Aziz Hanapi.

Yang untung Celcom dan Maxis serta Digi
Ustaz Misbahul Munir Masduki

TG Haji Abdul Hadi- Hukuman Minum Arak Macam Hapus Nyamuk Aedes


- Pas menyifatkan menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya umpama memerangi nyamuk Aedes dengan menamparnya saja tetapi tempat pembiakan dibiarkan hingga bawa penyakit.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, masyarakat dan kerajaan perlu dididik supaya memahami bahawa arak haram di sisi Islam tanpa mengira tempat.

Menurutnya, ini termasuk di restoran kecil, besar, hotel hatta dalam rumah sendiri, kerajaan perlu mengambil tindakan.

"Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno baru–baru ini tidak menepati hukum syariah yang sebenarnya.

“Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut agama Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 sehingga 80 rotan jumlahnya,” kata TG Hj Hadi dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, kemarin
TG Abdul Hadi berkata, mengikut hukum Islam kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.

“Apabila asasnya adalah nas, maka ia aspek agama Islam yang wajib dilaksanakan kepada penganutnya kerana ia berkait tanggungjawab antara manusia dengan Allah SWT, antara dosa pahala serta pembalasan akhirat,” kata Tuan Guru Hj Abdul Hadi.

TG Abdul Hadi berkata, cara perlaksanaan hukuman sekarang sangat berbeza dengan kaedah hukuman Islam kerana sebatan perlu mengambil kira keadaan kesihatan pesalah selain memastikan pesalah berpakaian menutupi aurat.


PPSMI Cikgu Permatang Pasir Sama Macam Cikgu di Bukit Gantang:Bersama Pakatan Rakyat

Bagi Pak Samad Kerajaan Barisan Nasional menghina bahasa Melayu.Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003(laksananakan PPSMI dalam masa 6 bulan),kerajaan melanggar Akta Bahasa 2009 dan terus melanggar sehingga 2017.(14 tahun untuk mansuh PPSMI)

"Parti seperti UMNO tidak harus dihormati langsung"kata Pak Samad.

Bagi Profesor Awang Sariyan ,dasar yang sah ialah dasar yang sudah dimaktubkan dalam perlembagaan dan Akta Pendidikan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara.

Sementara itu Profesor Dr Shahril Mat Zin menegaskan ,GMP tidak bersetuju dengan hasrat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mat Dom yang akan mengambil tindakan kepada guru yang menggunakan bahasa Melayu dalam kedua-dua subjek tersebut sebelum 2012.

"Muhyiddin mengatakan lima juta menjadi mangsa PPSMI.Jika lima juta jadi mangsa ,kenapa hendak lanjutkkan lagi.Adakah hendak biarkan lima juta pelajar lagi menjadi mangsa?" kata Prof Shahril Mat Zin,Timbalan Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI.(GMI)

Dalam pada itu para guru dan keluarga mereka serta masyarakat di Dun Permatang Pasir sebijak pengundi Bukit Gantang menolak UMNO .Syabas pengundi Permatang Pasir.

Para guru tidak lagi gentar dengan ugutan.

Inilah projek"hampeh" kata Pegawai Khas Hj Nizar


Rumah Ustaz Khairani Rejab Ali,depan rumah beliau,tidak di "tar" kerana beliau ahli PAS.Jalan utama Kg Simpang Termelok,Jalan Bruas dalam Dun Trong,jalan berpasir.Jalan utama,jalan tanah pasir,berlekuk-lekak.Pegawai Khas DS Nizar Sdr Fadhil Idris membuat tinjauan.Apabila mendapat aduan penduduk,PA DS Nizar bertindak pantas membuat tinjauan.
Rumah penduduk jalan ber"tar",cantik sebab kami penyokong BN,tapi jalan utama jalan pasir.
Di depan rumah kami ada jalan tar,tetapi jalan utama jalan pasir,jikalau hujan berlopak.

"Sepatutnya jalan utama masuk kampung yang diturap,bukannya jalan muka depan rumah penduduk" kata Pegawai Khas Hj Nizar.

"Hampeh!,betul BN" tegas Fadhil Idris lagi.

31 Ogos bersama YB DS Nizar Ahli Parlimen Bukit Gantang

Masyarakat tempatan di Surau Taman Mewah,tidak kira kecil,muda dan tua bergambar kenangan bersama DS Nizar pada 22 Ogos ,baru-baru ini.


Masyarakat dalam Parlimen Bukit Gantang boleh bersama DS Nizar pada 31 Ogos,Isnin ini.DS Nizar akan turun ke Parlimen Bukit Gantang bermula pada pukul 4.45 petang.

DS Nizar dijangka bersolat Asar di Masjid Changkat Jering.Sementara pada pukul 5.15 petang DS Nizar akan melawat Pasar Ramadhan Pekan Changkat Jering.

Beliau akan berada di Pasar Ramadhan Pekan Changkat Jering lebih kurang sejam untuk melihat sendiri dan meninjau aktiviti masyarakat tempatan.

Atas permintaan penduduk Kamunting,beliau akan menyampaikan tazkirah sebelum berbuka di Surau Taman Desa Jaya , Kamunting pada pukul 6.30 petang.Disamping berbuka puasa bersama penduduk tempatan.

Seterusnya beliau akan pergi ke Surau Batu 6 ,Jalan Changkat Jering untuk bersolat Isyak dan menyampaikan tazkirah selepas solat isyak.

Untuk meneruskan acara hari merdeka,DS Nizar akan bersolat Taraweh dan menyampaikan tazkirah selepas solat Taraweh di Surau Kampung Jelapang ,Simpang.

Masyarakat setempat dijemput beramai-ramai ke perayaan hari merdeka bersolat taraweh,mendengar tazkirah dan beramah mesra bersama DS Nizar Jamaluddin.

Bukan Chua Soi Lek dipecat tetapi Datuk Seri Liow Tiong Lai

H1NI semakin pandemik.Perbandingan kita dengan Indonesia,kita gagal.Indonesia dengan jumlah penduduk 250 juta orang,kematian hanya 6 orang . 1 Malaysia dengan penuh bangga kekal 71 orang.

Kita lihat perbandigan dibawah. 1 Malaysia lawan Indonesia.

Indonesia- Terdapat hanya enam kematian akibat influenza A (H1N1) di Indonesia dari sejumlah 1,033 kes positif dicatat setakat ini, demikian menurut seorang jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia pada Khamis.

Beliau menjelaskan laporan Bernama pada Selasa yang secara salah menterjemahkan bilangan kes positif sebagai jumlah kematian.

Mengenai perkembangan terbaru, kementerian tersebut berkata, 28 orang lagi dijangkiti H1N1 dan seorang daripada mereka mati.

"Dengan itu jumlah keseluruhan kes influenza A (H1N1) ialah 1,033 orang, enam daripada mereka mati, dengan penyakit itu merebak di 24 wilayah," kata Prof Dr Tjandra Yoga Aditama, Ketua Pengarah Kawalan Penyakit dan Kesihatan Alam Sekitar



Sementara Malaysia berbangga tiada kematian baru akibat jangkitan Influenza A(H1N1) didaftarkan pada Khamis dengan jumlah kematian kekal 71 kes manakala pesakit yang disahkan positif dijangkiti wabak itu ialah 259 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata daripada 259 kes itu, 53 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 41 kes mempunyai faktor risiko seperti penyakit kronik, obesiti, kanak-kanak atau bayi, bersalin dan hamil dan sindrom down.

Beliau berkata sejumlah 260 pesakit baru dengan gejala serupa influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan manakala 312 telah keluar hospital, menjadikan baki seramai 1,394 pesakit ILI dirawat di 94 hospital termasuk lima hospital swasta di seluruh negara.

Hampeh! Kata Pegawai Khas Hj Nizar

Kelmarin berjalan bersama Sdr Fadhil melihat kawasan .Satu aduan amat menarik untuk dikongsi bersama rakyat.

Setiap rumah mempunyai jalan tar.Jalan masuk kampung ,jalan tanah pasir.Jalan utama berlekuk-lekak.Projek mi segera.Kebanyakan penduduk mengundi BN semasa PRK Bukit Gantang.

Satu-satu rumah yang tidak mempunyai jalan tar di depan rumah rumah Ustaz Khairaini Rejab Ali.(Gambar menyusul kemudian)

"Hampeh!" kata Fadhil,Pegawai Khas DS Nizar apabila melihat pembangunan tidak menggunakan akal.

Sambil melihat-lihat jalan tidak berturap,Fadhil sempat mengulas sikap Tok Mufti yang ikut cakap Zamri Kadir dan ikut cakap politik UMNO."Tok Mufti ,hampeh! kata Fadhil lagi"

"Hampeh! ni bahasa lembut" tegas Fadhil.Hampas mengikut kamus,kosong tidak ada isi ,tidak boleh diguna.

"Hampeh!"

Wednesday, August 26, 2009

DS Nizar Berceramah di premis sendiri tak perlu permit



KUALA LUMPUR – Parti Pas semalam memberi peringatan kepada pihak polis bahawa sebarang bentuk ceramah di premis parti atau premis persendirian yang lain adalah sah dan tidak memerlukan sebarang permit polis.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli berkata demikian selepas Mahkamah Tinggi Kuantan menerima saman yang dibuatnya terhadap Ketua Polis Daerah Rompin, Hanafi Daud kerana menahan beliau kononnya mengadakan ceramah tanpa permit.

Saya tegaskan di sini bahawa ceramah-ceramah di premis persendirian tidak memerlukan sebarang permit tetapi dengan syarat ia tidak menimbulkan masalah keselamatan negara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas di sini, semalam.

Pada 10 Jun 2004 lalu, Dr Hatta yang ketika itu Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat bersama Mazlan Mohd Yassin dan Nazri Ahmad ditahan polis dalam satu majlis ceramah yang diadakan di Markas Pas Bandar Muadzam Shah dan ditahan di lokap polis Rompin selama 12 jam.

Semalam, Hakim Datuk Mariana Yahya memutuskan bahawa ceramah yang diadakan oleh Pas Kawasan Rompin di sebuah rumah yang dijadikan Markas Pas adalah sah walaupun tidak memperolehi permit polis.

Oleh yang demikian beliau mendapati polis telah melakukan pencerobohan premis persendirian tersebut dan penangkapan Dr Hatta dan dua yang lain adalah salah.

“Polis kena faham undang-undang sebelum melaksanakan undang-undang,” katanya.

sinar harian

Parlimen Bukit Gantang:PAS dan PKR Kena Ambil Kira Pandangan Ini

Lebih spesifik lagi, kemenangan Pas di Permatang Pasir bukan kerana kegagahan Pas, tetapi adalah kerana kelemahan BN. Dan Umno memberikan bola tanggung kepada Pas, dan Pas hanya perlu membuat satu pukulan smash. Umno lingkup.

Adalah lebih elok sekiranya Pakatan melihat kembali kelemahan-kelemahan yang mana boleh diperbaiki untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Permatang Pasir banyak mengajar kita tentang corak politik masa depan. Itu pun kalau pemimpin Pakatan mahu ambil pot. Kalau tak mau…mampuih pi la.

Kita buat perbandingan diantara Pas dan Umno…kerana dalam PRK Permatang Pasir ini, Umno dan Pas yang memimpin kempen dan strategi. Yang lain hanya membantu.

Jentera

Umno

Umno menggunakan sepenuhnya jentera-jentera kerajaan malah buat pertama kalinya, tentera turut dikerah untuk melakukan program-program untuk membantu Umno. Belum pernah berlaku dimana tentera terlibat dalam pilihanraya membantu BN, tetapi apabila ajensi-ajensi kerajaan lain gagal membantu, tentera terpaksa digunakan. Dalam pilihanraya akan datang, bukan sahaja anggota tentera akan digunakan, malah seramai 5,000 anggota Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) telah diagih-agihkan bagi setiap DUN untuk memastikan kemenangan BN.

Umno mempunyai wang untuk dibelanjakan. Walaupun jentera Pemuda Umno Nampak tidak bermaya, tetapi mereka mampu menggerakkan petugas-petugas dengan imbuhan kewangan. Malah mereka mampu membayar Mat Rempit untuk melakukan kekacauan pada hari mengundi.
Wanita dan Puteri Umno patut diberi kredit kerana kegigihan mereka.

Tapi apa nak buat… kesilapan memilih calon menyebabkan mereka patah semangat. Isteri pertama Rohaizat sendiri turut turun berkempen pada dua hari pertama, tetapi apabila kes isteri kedua meletup, isteri pertama pun tak nampak muka.

Wanita Umno masuk kekampung-kampung ketika orang-orang Pas sibuk kepentas ceramah. Sekurang-kurangnya, usaha wanita dan Puteri Umno ini berjaya mengekang orang-orang atas pagar dari beralih kepada Pas.

Pas

Jentera Pas kawasan kaput. Pas Permatang Pauh hanya pandai bercakap tapi tak tau mengatur kerja. Jadual ceramah masih belum tersedia walaupun selepas hari Penamaan Calon. Di Permatang Pauh, Lim Kit Siang dijemput untuk berucap, tapi bila sampai…tak boleh bercakap kerana namanya tak ada dalam permit. Chegu Bard diminta berceramah, tapi bila pergi ketapak ceramah, tak ada orang.

Cuma apabila jentera pilihanraya diambil alih oleh Pas Pusat, baru nampak koordinasi diantara parti. Sebelum itu, koordinasi diantara Pas dan PKR cukup lemah. Kita pun tahu macam mana perangai Pas Permatang Pauh. Sekurang-kurangnya menjadi pengajaran kepada mereka.

Sebelum PRK Penanti, Pas Permatang Pauh menuntut supaya Penanti diberikan kepada Pas. Bila tak dapat, depa boikot. Sehinggakan bila tiba hari mengundi, ramai yang tak mahu mengundi. Bila kena kat Permatang Pasir, baru tahu malu.

Calon

Umno

Umno memang cari nahas bila memilih Rohaizat sebagai calon. Tapi jangan seronok sangat mengatakan Umno bodoh, tak tau pilih calon. Mungkin ada rahsia tersendiri, mengapa mereka memilih calon yang bermasalah. Mungkin Umno sengaja memilih Rohaizat untuk dijadikan kambing hitam.

Rohaizat sudah out pada hari pertama lagi. Umno sepatutnya menyuruh Rohaizat menarik diri, dari membiarkan dirinya menjadi punching bag Pakatan. Tak tau apa yang akan terjadi kepada Rohaizat selepas ini. Nak balik rumah isteri tua, takut. Nak balik rumah isteri muda..malu. Mungkin lepas ini dia kena daftar dalam Adult Friend Finders pulak.

Pas

Calon Pas bernasib baik, macam Dr. Mansor di Penanti. Tak ada isu peribadi yang boleh digunakan oleh Umno. Walaupun ada propaganda yang dilakukan oleh Umno, tapi mereka gagal membuktikannya. Tidak macam apa yang berlaku terhadap Rohaizat. Sekali dia nafi, sepuluh bukti keluar.

Isu

Umno

Aku percaya, Rohaizat sengaja dipilih, walaupun Umno tahu latarbelakangnya, kerana mahukan Rohaizat dijadikan kambing hitam untuk mengalih pandangan daripada isu-isu nasional. Isu Altantuya dan Rampasan Kuasa di Perak tenggelam. Nama Najib menjadi bersih, tidak lagi menjadi bahan kutukan. Semuanya tertumpu kepada Rohaizat. Najib sendiri tidak turun berkempen, kerana tidak mahu isu Altantuya timbul kembali.

Tidak banyak isu-isu nasional yang ditimbulkan. Walaupun pada awalnya, Umno cuba membawa isu Anwar pengkhianat, tetapi dapat dipatahkan seawall malam penamaan calon. Pada malam sebelum penamaan calon, Anwar berucap di Permatang Pauh tentang skandal Muhyidin Yassin yang menjual tanah dan pasir kepada Singapura. Begitu juga pertemuan Zahid Hamidi dengan Menteri Israel. Semuanya menyebabkan Umno ketiadaan isu. Sebaliknya terpaksa bertahan kerana serangan terhadap Rohaizat.

MCA dan Gerakan gagal membantu Umno menarik pengundi Cina. BN masih lagi memainkan isu perkauman dan pembangunan untuk menarik undi menyebabkan mereka nampak bodoh. Mungkin mereka ingat, pengundi Permatang Pasir masih bodoh macam orang Umno.

Dalam ceramah di Kg. Cross Street, Mukhriz berceramah tentang jalan yang becak dan ada rumah yang masih lagi tidak mempunyai bekalan air. Nampak sangat bodohnya Mukhriz. Selama 51 tahun Umno memerintah, mengapa tak buat?

Pas

Umno memberikan bola tanggung kepada Pas terutama dalam isu skandal Rohaizat dan kematian Beng Hock. Pas hanya perlu smash.
Kesepakatan pemimpin Pakatan Rakyat berkempen memberikan kesan besar kepada kemenangan Pas. Anwar dan Guan Eng berkampung di Permatang Pasir untuk memastikan kemenangan calon Pas. Isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh Umno dapat dipatahkan dengan baik.

Imej/persepsi

Umno/BN

Nampak sangat berlaku pergeseran dikalangan BN. Pada hari penamaan calon lagi, tidak ada pemimpin-pemimpin ternama dari BN yang hadir. Begitu juga semasa berkempen. Yang datang hanyalah pemimpin cokia dari Umno.

Imej Umno sebagai gangster semakin terserlah yang menyebabkan ramai orang sudah tidak berminat dengan mereka. Orang-orang Cina juga semakin meluat dengan Umno dan contoh terbaik ialah di Kg. Cross Street dan Samagagah. Walaupun mereka menghadiri program-program Umno, tetapi hakikatnya, mereka hanya mahu menunjuk muka. Undi bagi Pas.

Pas.

Gandingan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat diatas satu pentas memberikan imej yang baik. Pada hari penamaan calon lagi, semua pemimpin tertinggi PR hadir. Ini memberikan imej yang cukup baik. Walaupun terdapat banyak pergeseran yang berlaku, namun ‘unity show’ yang dibuat cukup untuk meyakinkan rakyat bahawa Pakatan mampu memerintah negara. Ronnie Liu datang dan bergurau dengan pemimpin Pas yang lain, cuma Hasan Ali yang tak nampak muka.

PRK Permatang Pasir juga menunjukkan kematangan kepimpinan. Kalau dalam PRK Penanti yang lalu, cuma Nik Aziz saja yang turun membantu, sedangkan Hj. Hadi langsung tak nampak muka, tetapi dalam PRK Permatang Pasir, semuanya allright. Tak ada isu boikot memboikot macam yang dilakukan oleh Pas Permatang Pauh.

Kesimpulan

Kemenangan Permatang Pasir adalah kemenangan rakyat. Ketika ditanya oleh Chegu Bard semasa dalam kereta kerumah Din Binjai, aku kata Pas boleh menang dengan 4000-5000 undi. Chegu Bard kata tinggi sangat. Pas sendiri menjangkakan kemenangan dibawah 2000 undi.

Banyak ceramah-ceramah yang dibuat mendapat sambutan yang kurang memuaskan. Di Samagagah, kehadiran pengundi Cina keceramah Pas sangat rendah. Malah di Kg. Cross Street, kehadiran mereka keceramah BN lebih ramai dari yang datang keceramah Pas. Malam tu aku kurangkan jangkaan aku kepada 3,000-4000 undi.

Apabila tiba hari mengundi, lagi membosankan. Pondok-pondok panas sudah tidak lagi dibenarkan, menjadikan plihanraya ini hilang kemeriahan. Kereta mengangkut pengundi pula tak banyak kelihatan kerana hanya kereta yang mempunyai sticker SPR dibenarkan mengangkut pengundi. Dan apabila kereta-kereta ini kebanyakannya kereta BN, aku mula rasa risau. Aku kurangkan jangkaan kepada 2000-3,000. Pas pula menjangkakan majoriti diantara 1,000-2,000.

Bila keputusan keluar, semua salah.

Dalam PRK Permatang Pasir ini, isu utama ialah personaliti dan kewibaan calon. Umno cuba mencemarkan karektor Anwar dengan isu pengkhianat, tapi memakan diri. Sebaliknya Pakatan berjaya mencemarkan personaliti Muhyidin dan Zahid Hamidi.

Rohaizat pula membenarkan dirinya menjadi bahan ketawa sehinggakan digunakan sepenuhnya oleh Pas. Pas menggunakan sepenuh peluang untuk membunuh karektor Rohaizat dan berjaya.
Ada sapa-sapa nak jadi calon dalam pilihanraya akan datang? Ingat baik-baik. Sesiapa saja yang mempunyai rekod buruk, jangan ingat boleh disorok atau ditutup dengan tudung saji. Ada saja yang akan membuka tudung tersebut, terutamanya bloggers, kerana bloggers mempunyai hidung yang lebih baik dari anjing kastam.

Baik BN atau Pakatan, personaliti calon menjadi kriteria penting untuk menentukan kemenangan. Rakyat, terutamanya pengundi baru melihat kedua-dua Pakatan dan BN, sama saja. Baik dari segi taktik atau strategi. Kalau dulu, Pakatan yang lantang bercakap tentang pengundi hantu, tapi dalam PRK ini, Umno yang bercakap tentang pengundi hantu.

Pelik, mengapa kali ini tak ada sesiapa pun dari Pakatan yang bising tentang pengundi hantu! Sebabnya, dulu pengundi hantu mengundi Umno, sekarang mengundi Pas.

Sudah tidak banyak bezanya diantara politik BN dan Pakatan. Kekuatan jentera belum tentu menjamin kejayaan. Dari segi isu, baik BN atau Pakatan, masing-masing sudah ada skandal yang boleh dieksploit. Yang membezakan mereka ialah keperibadian calon

Mat Saman Kati,PerakExpress.com

Kerajaan Zamri itu Haram-Ustaz Kamarudin Awang Bashir

Tazkirah Ramadhan di Masjid Lama Taiping,disampaikan oleh Ustaz Kamaruddin Awang Bashir amat menarik.

Terdapat dua perkara menarik:

Jikalau kita mengaji ilmu tauhid,ilmu tauhid secara lebih luas ,kita pasti menyatakan Kerajaan Zamri ,merupakan Kerajaan Haram.Kerajaan Sah,kerajaan DS Nizar Jamaluddin.Tetapi kumpulan mereka hanya mengambil syiar.Contoh Adun Batu Kurau,jikalau berceramah hanya menceritakan syiar tidak syariat."Adun Batu Kurau,jikalau jumpa kita,Ustaz tegurlah saya jika tak betul!"ujar Ustaz Kamarudin."Tetapi ,satu pun tak nak ikut"tambah Ustaz Kamaruddin Awang Bashir. Adun Batu Kurau ,Kapten (B) Najmuddin Elias AlHafiz.

Ustaz Kamaruddin juga menerangkan Tok Mufti Perak,apabila diberitahu Mufti Pulau Pinang menyatakan dibolehkan orang Islam baca AlQuran."Tok Mufti Perak ,cakap, ikut apa yang dicakap Datuk Mufti Pulau Pinang"kata Ustaz Kamaruddin lagi.

Di sini jikalau kita berjumpa Tok Mufti Perak, kita katakan kita sudah rujuk dengan semua Mufti di Malaysia. Apa yang kita dapati Tok Mufti Perak,bukannya rujuk Kitab,main cakap ikut politik.

Ustaz Salleh Man dijangka Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang

PULAU PINANG, 26 Ogos -Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir yang baru dipilih Mohd Salleh Man dijangka dilantik sebagai Presiden Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pelantikan itu dipersetujui mesyuarat Exco Rabu.

Beliau berkata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri Abdul Malik Abul Kassim akan memohon perkenaan Yang di-Pertuan Agong dan Gabenor Pulau Pinang mengenai pelantikan itu.

Jawatan itu kini disandang oleh ADUN Permatang Berangan Shahbudin Yahya, yang tempoh perkhidmatannya akan tamat Disember ini.

Mengenai pilihan raya kecil Permatang Pasir, Lim berkata Mohd Salleh masih mampu mengekalkan 65 peratus undi, peratus yang sama diperoleh oleh Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada pilihan raya umum tahun lepas berdasarkan pada jumlah pengundi yang mengundi.

"Secara amnya tidak banyak perubahan dalam undi majoriti berdasarkan jumlah pengundi ialah 73.1 peratus berbanding 82.57 peratus pada tahun lepas," kata beliau.

Pada pilihan raya kecil DUN itu semalam, PAS mengekalkan kerusi itu setelah Mohd Salleh, 52 menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman, 38 dengan 4,551 undi.

Menyentuh sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri, Lim berkata sambutan diadakan secara sederhana dan tempoh masa bagi acara yang diadakan tidak lama disebabkan merebaknya virus Influenza A(H1N1).

"Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos tetapi secara sederhana kerana acara perarakan yang diadakan setiap tahun dibatalkan," kata beliau.

Katanya sambutan itu hanyalah perhimpunan kecil kerana keutamaan ialah pada keselamatan orang ramai dan mencegah merebaknya virus tersebut.



-- BERNAMA

Sivakumar Speaker Kerajaan Pimpinan Nizar Saman Setiausaha Kerajaan Negeri Perak


IPOH, 26 Ogos -- Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tronoh V.Sivakumar Rabu memfailkan saman terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim untuk menuntut ganti rugi, ganti rugi teruk dan ganti rugi contoh.

Writ saman itu yang difailkan melalui Tetuan Chan & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini tengah hari tadi, meminta defendan mengemukakan maklum balas dalam tempoh lapan hari dari tarikh ia difailkan.

Dalam writ saman itu, Sivakumar yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) turut memohon injuksi untuk menghalang defendan atau ejen atau pekerja Abdul Rahman daripada menafikannya daripada memasuki dan menggunakan Dewan Negeri atau menghalang plaintif daripada menggunakan pejabat dan menjalankan tugasnya sebagai Speaker DUN.

Beliau turut memohon injuksi untuk mencegah sebarang penyalahgunaan, campur tangan atau pencerobohan daripada pihak defendan atau ejen atau pekerja Abdul Rahman.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Sivakumar mendakwa Setiausaha Kerajaan Negeri itu atau pekerja atau ejennya telah menghalang beliau dan anggota DUN daripada menghadiri dan memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac lepas.

Beliau juga mendakwa tindakan defendan menafikan aksesnya ke Dewan Negeri adalah tidak mematuhi undang-undang dan tindakan itu adalah tidak berperlembagaan.

Sivakumar turut mendakwa tindakan defendan bersifat dengki dan bertujuan menyakiti plaintif di mana defendan berpihak kepada Datuk R.Ganesan sebagai Speaker dan menafikan hak plaintif sebagai Speaker yang sah.

ADUN Tronoh itu turut mendakwa defendan sedar atau mengetahui bahawa sebagai kakitangan kerajaan, defendan tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan atau menceroboh urusan Dewan Undangan sebagai majlis menggubal undang-undang dan tindakan defendan atau pekerja atau ejennya akan menyakiti plaintif.

Sivakumar mendakwa akibat tindakan salah atau penyalahgunaan kuasa defendan, plaintif dilucutkan suatu tempat untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri dan dihalang daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Speaker DUN yang sah.

Dalam butiran penyalahgunaan, Sivakumar mendakwa Abdul Rahman sepatutnya sedar dan tahu bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam hal ehwal Dewan Undangan.

Bekas Speaker itu juga mendakwa defendan menunjukkan sifat berat sebelah dengan memihak kepada Barisan Nasional (BN) sejak 7 Feb lepas selain gagal untuk menjauhkan diri daripada parti politik.

Defendan juga didakwa mengarahkan polis untuk menghalang persidangan Dewan Undangan Negeri dan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selain gagal menjalankan tugasnya selaras dengan perintah-perintah am.

Sivakumar juga mendakwa defendan telah bertindak di luar bidang kuasa dan tanggungjawabnya sebagai kakitangan kerajaan dan tidak boleh menuntut perlindungan di bawah Akta Prosiding Kerajaan 1956.

Dalam writ saman itu, Sivakumar mendakwa mengalami mengalami kejutan, kerugian dan kerosakan selain menanggung penghinaan serta perasaan malu di khalayak awam, akibat tindakan Abdul Rahman itu.

Beliau turut menuntut kos dan relief yang difikirkan adil dan saksama oleh mahkamah.

BERNAMA


Tuesday, August 25, 2009

Kelab Dato'Seri Nizar atau NC kini muncul:terbuka untuk semua

Apabila pergi di saat akhir Permatang Pasir ,banyak ilmu yang boleh dikongsi bersama.Banyak bahan kempen mempunyai aura Hj Nizar.Pergi bersama van Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang,sudah membawa imej Hj Nizar.Lambaian perkara biasa ,rakyat tidak kira kecil,besar,tua melambai mesra.Sapa mesra tidak kira Melayu,Cina dan India.Itulah Hj Nizar.,mungkinkah Pas dapat melahirkan Nizar 1,Nizar 2 atau Nizar 3 untuk memimpin Malaysia.

Bertemu dengan seorang Peguam,Tuan Amin ,daripada Tanjung Malim berkongsi idea dan harapan."Orang muda KL minta ditubuhkan Kelab Nizar"ujar Peguam Amin.

Apabila mengikuti program Hj Nizar jika kelapangan ,beliau ibarat selebriti.Bergambar kenangan sudah perkara wajib untuk rakyat.Hj Nizar mesra rakyat dan imejnya setanding DSAI.

Saat itu, kini blog sisibukit akan mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Nizar Jamaludin atau NC.Jikalau Kelab Anwar Ibrahim(AIC) telah wujud kenapa tidak Kelab Nizar.Penyertaan terbuka untuk rakyat Malaysia,tidak kira umur dan wilayah.

Namun sebagai perintis blog sisibukit akan bekerjasama dengan Ketua Penerangan Kawasan Bukit Gantang untuk cuba berusaha menghidupkan Kelab Nizar.Selepas itu biarlah Kelab Nizar atau NC terus hidup merubah landskap politik Malaysia.

Objektif antara lain untuk menterjemahkan kehendak rakyat melalui watak Hj Nizar yang merubah landskap Malaysia,mencetus politik baru Malaysia.Melahirkan gagasan Pakatan Rakyat.

Sebarang respon bolehlah email ke alamat sisibukit@yahoo.com atau telefon o5-8483950

APA kata DS ANWAR tentang Permatang Pasir.

25 Ogos 2009—

Saya panjatkan rasa syukur di atas kemenangan Pakatan Rakyat di Pilihanraya Kecil Permatang Pasir. Berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan umno-bn yang memecahbelahkan.

Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihanraya kecil, yang tetap bersabar mengharungi kepayahan pada bulan ramadhan ini. Kepada YB Haji Salleh Man tahniah di atas kejayaan ini dan tunaikanlah amanah dan mandat yang diberikan rakyat.

Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata, menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, hasrat bergelora mahukan Perubahan dan masa depan Pakatan Rakyat yang pasti gemilang.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Dari Bukit Gantang:UMNO Benam Dalam Pasir

N11 Permatang Pasir

Keputusan tidak rasmi:

PAS : 9616
BN : 4941
MAJORITI : 4675
JUMLAH UNDI ROSAK : 43

PengundianTamat, Pas Menang

Tuesday, August 25, 2009

Terbaru Dari Permatang Pasir



[kemaskini] Keputusan tidak rasmi Pas mendapat 7,217 manakala UBN mendapat 3,204. Majoriti 4,013?

PROSES pengundian pilihan raya kecil Permatang Pauh telah pun tamat. Semua pusat membuang undi telah ditutup kira-kira 40 minit tadi. Kini pengiraan undi di pusat-pusat pengundi sedang dilakukan sebelum peti undi dibawa ke pusat penjumlahan undi.

Keputusan tidak rasmi dijangka akan diketahui sekitar jam 6:30 petang, manakala keputusan ramsi dari SPR jam 8:00 malam.

Sebanyak 73.1% pengundi telah keluar mengundi iaini kira-kira 14,832 pengundi. Ternyata peratus ini meleset daripada sasaran SPR yang mensasarkan 80%.

Peratus ini dikira sedarhana. Berdasarkan fakta biasa dalam pilihan raya kecil peratus ini memberi kelebihan kepada Pas.

Dalam pemerhatian bebas dijangka Pas menguasai antara 55% hingga 60% dari jumlah berkenaan. Sekiranya andaian ini tepat bermakna Pas dilihat akan memenangi pilihan raya ini dengan majoriti sekitar 3,000 undi.

Berdasarkan fakta itu Pas mengaut lebih 9,000 undi manakala UBN sekitar 5,500 undi.

Dalam pada itu satu perkembangan tidak memberangsangkan Pas menurut maklumat dari salah seorang pemimpin tertinggi Pas peratus keluar mengundi di kawasan Cina agak lembab. Katanya situasi ini boleh membantutkan Pas untuk menang dengan majorii besar. [*** 5:45 pm 25/08/09] sumber mso

Monday, August 24, 2009

Ringkas 4 PRK N11-Pas masih mendahului

2.18 petang : Ramalan dari seorang pensyarah yang tidak ingin di paparkan namanya, PAS dijangka akan menang dengan majoriti kurang sedikit daripada sebelum ini sekitar 4000 undi.

2.02 petang : Calon kini masih lagi berehat di Kg Pelek dan dijangka bergerak ke Kubang Semang dalam pukul 2.30 petang. Ini merupakan pusingan kedua beliau melawat Pusat mengundi selepas melawat semua 8 pusat mengundi tadi.

1.54 petang : Peratus keluar mengundi sebanyak 53% daripada 20 290 orang


1.42 petang : Proses pembuangan undi di Tanah Liat berjalan lancar. Perayu undi PAS masih bersemangat melakukan tugas. Kereta seorang wartawan Te@m.IT Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya dicalar oleh seorang petugas puteri UMNO.


1.36 petang : Seramai 9307 orang telah keluar mengundi mewakili 44.54% daripada keseluruhan jumlah pengundi

Ringkas 3:Dari Sumber Team Parlimen Bukit Gantang

Menurut teman dari team Bukit Gantang,BN telah hampir terbenam dalam pasir.Jumlah culaan setakat ini Ustaz Salleh Man sedang mendahului calon BN.Peratus keluar mengundi setakat 42 peratus,bukan menakutkan kerana jumlah pengundi yang bekerja masih belum keluar mengundi.Menurut teman lagi mengesah apa yang dicakapkan Cikgu Bard AMK. Umno akan cuba cetuskan suasana tidak sihat seperti berkonvoi motosikal untuk menunjukkan PAS menang secara agresif dan kasar.Petugas Pas sedang berusaha membawa pengundi untuk mengundi.Petugas menggunakan Nombor Satu untuk Ustaz Salleh Man.

Ringkas 2..PRK Permatang Pasir:Jentera Pas perlu kerah petugas ambil pengundi

SEBERANG PRAI: Hanya sekitar 41 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil kerusi DUN Permatang Pasir setakat tengah hari.

Bagaimanapun paras itu lebih rendah daripada 50 peratus yang dijangkakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Cuma 41 peratus yang telah keluar mengundi setakat tengah hari. Tidak tahu apa sebabnya, mungkin lebih ramai akan keluar mengundi antara 12 tengah hari dan 2 petang," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Proses pengundian sedang berlangsung dengan lancar di sebalik kawalan polis yang ketat dan penguatkuasaan peraturan-peraturan baru.

Tinjauan mendapati kesesakan tidak seteruk dijangkakan sebelum ini.

Tetapi ketegangan membabitkan penyokong-penyokong parti yang bertanding tercetus khususnya di kawasan pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Penanti - di Kubang Semang.

Seramai 20,290 orang layak mengundi.

mStar.

Ringkas 1.PRK Permatang Pasir ;Umno kata mereka KALAH 3600

1.Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah keluar mengundi sehingga jam 9 pagi tadi ialah 14.6 peratus atau 2,566 orang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz melawat pusat pengundian di SRJK (C) Lay Keow dan berpuashati dengan perjalanan pengundian setakat ini.Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran di sembilan pusat mengundi dibuka di lapan pusat pengundian mulai jam 8 pagi ini.

Sementara itu menurut sumber dari UMNO, BN akan kalah 3600 majoriti,mereka beranggapan kerana 3600 merupakan pengundi yang tidak dikenali. Khairy Jamaluddin menyatakan Pengundi Hantu. Dalam satu ceramah Ketua AMK PKR Sdr Samsul menyatakan hantu semuanya mengundi PR.

RINGKAS: Terkenang Ceramah bersama Allahyarham Hj Roslan Saharum PRK Permatang Pauh

1.Terkenang kami berceramah bersama Hj Roslan Shaharum Ahli Parlimen Bukit Gantang di satu POS dalam Parlimen Permatang Pauh. Kami pergi ke Permatang Pauh untuk membantu PKR dalam memenangkan DS Anwar Ibrahim .

Bersama kami Basher Ahmad,penulis dan Hj Roslan Shaharum.Penulis menjadi pengerusi ceramah dan penceramah serta Hj Roslan sebagai penceramah utama.Lebih kurang sejam kami di situ,difahamkan pos itu kubu kuat UMNO.Sayang ,penulis tidak ingat nama tempat itu.

2. Petang ini ,24 Ogos penulis akan pergi ke Permatang Pasir bersama sahabat-sahabat Jabatan Pilihanraya Kawasan Bukit Gantang.Mungkin secebis tenaga dan keringat dibulan Ramadhan dapat membantu Ustaz Salleh Man.Jumpa kita di N11 bersama van Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Sunday, August 23, 2009

Permatang Pasir:Perihal pimpinan Umno, salah laku berleluasa

Ditulis oleh Te@M I.T
SUNDAY, 23 AUGUST 2009 19:13

PERMATANG PASIR, 24 Ogos - "Mengapa beliau (khairy) tidak melaporkan kes itu kepada SPRM dan polis sekiranya beliau ada bukti PAS memindahkan pengundi hantu seperti yang dia dakwa?" soal Shamsul membangkitkan persoalan tentang dakwaan Khairy ketika berceramah di Pentas Antarabangsa, Permatang Pasir semalam.

"Mengapa tak berjumpa sendiri dengan SPR dan perbetulkan? kita dah lama buat laporan tapi tiada tindakan dari Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Mungkin sebab beliau tak ada jawatan dalam kerajaan, sebab itu beliau cuma mampu bersuara diluar," sindir Shamsul terhadap Khairy Jamaluddin.

Dalam kempen pilhan raya kecil Permatang Pasir isu pengundi hantu dimainkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk menyerang PAS. Beliau mendakwa kononnya ada pegawai SPR dan JPN khianat apabila membantu PAS memindahkan pengundi ke kawasan Permatang Pasir.

Muhyidin Pengkhianat bangsa

Selain itu, isu "Anwar pengkhianat bangsa" telah di reka oleh UMNO untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat di Permatang Pasir. Sejumlah ratusan ahli UMNO dimaklumkan bersama-sama dengan Timbalan Presiden UMNO tiba-tiba berkumpul di Johor sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Shamsul Iskandar menjelaskan sebenarnya Muhyidin Yassin lah pengkhianat bangsa yang sebenar apabila memajak tanah kepada Singapura ketika menjadi Menteri Besar Johor dan menggunakan helikopter Nuri untuk kepentingan parti.

Ketua Angkatan Muda Keadilan itu menjelaskan bahawa beliau telah menghantar 2 laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Johor mengenai salah laku Muhyidin.

Laporan pertama ialah berkenaan dengan penyalahgunaan helikopter Nuri untuk kepentingan parti UMNO. Muhyiddin telah menggunakan helikopter tersebut untuk merasmikan mesyuarat UMNO bahagian di Kudat dan Penampang.

Shamsul berkata, perbuatan Muhyiddin menggunakan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia untuk tujuan peribadi nyata satu kesalahan dan melanggar undang-undang.

Kes ini mirip dengan kes Bekas ketua Polis Sabah, Datuk Ramli Yusoff yang dituduh menggunakan helikopter polis bagi meninjau kawasan yang tidak berkaitan dengan tugas beliau sebagai seorang polis.

Kedua berkenaan dengan dakwaan Ibrahim Ali bahawa Muhyiddin Yassin pernah menggadaikan tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.

Pada tahun 1981, ketika semasa Muhyiddin menjadi Menteri Besar dikatakan bahawa beliau telah memajak tanah di kawasan Sungai Lingu, Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar berharga 350 juta kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun.

Kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi dan merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar. Menurut Shamsul SPRM juga mesti menyiasat ke mana duit RM350 juta itu.

Pilih calon yang amanah, tolak calon khianat

Shamsul yang juga pengamal undang-undang itu turut menyeru rakyat di Permatang Pasir agar memilih dan mengundi calon PAS, Ustaz Salleh Man yang bersifat soleh dan amanah, dan menolak calon BN yang telah berbuat khianat pada orang lain.

Beliau berkata, "kalau Robinhood merompak duit pemimpin untuk diberikan kepada rakyat miskin, dia (Robinhood) di angkat oleh rakyat sebagai hero," ujarnya mengundang tawa mereka yang hadir dalam majlis tersebut.

Tetapi sebaliknya orang yang merompak duit rakyat miskin telah diangkat oleh pemimpin UMNO sebagai hero, tambah Shamsul.

"Apabila Ku Li (Tengku Razaleigh) mempersoalkan adakah UMNO sudah tiada calon yang paling baik? saya nak kata pada Ku Li orang yang paling baik dalam UMNO mencuri RM 161 000 sementara sejahat-jahat orang yang curi berjuta-juta ringgit," tambahnya.

Pandang sisi dari Bukit Gantang: Pimpinan PR perlu pantau wakil rakyat

Sekali lagi kita mengambil contoh Adun lompat Osman Jailu.Kita tidak menceritakan ketua Adun lompat Jamaluddin,kerana kenal Jamaludin sebagai "salesman" peralatan sains.Jamaludin pernah menjual peralatan sains di sekolah .Tidak lebih dari itu,tetapi dari mulut DS Nizar ,kedua-dua exco semasa mesyuarat exco pun senyap,tak pernah kemuka idea untuk membantu rakyat.

Menurut DS Nizar, ketua mereka Adun Behrang,Jamaludin. Osman Jailu saya kenal sangat semasa kempen PRU 12 dan apabila menyusun jadual Allahyarham Hj Roslan Shaharum.

Berdasar pengamatan kedua-dua Adun itu Osman atau Jamaludin tidak dipantau PKR Negeri.Osman Jailu langsung tidak dikawal-selia PKR Bukit Gantang.Osman dibiarkan bergerak sendiri .Osman mempunyai dua penasihat,Shamsul dan Mirza.Kedua-duanya pegawai yang selalu menolak permintaan orang kampung dan mungkir janji.Ada cakap-cakap mereka berdualah yang dapat habuan dulu.Contoh janji tidak ditunaikan kes mangsa banjir 17 Julai 08,khususnya Kampung Larut Ulu ,Air Kuning.

Dalam tulisan dahulu,kita sudah menyatakan Osman amat rapat dengan"SB" ,makan sekali dan boleh gelak ketawa.Kita semasa itu amat takut,Osman akan terperangkap.Tetapi kini menjadi hari ini dalam sejarah .Osman jikalau kita bertemu,seringkali bercakap tawaran-tawaran lumayan.Sehingga beliau pernah bercakap ditawarkan sehingga 60 juta ringgit.

Osman juga pernah mendakwa ada orang hendak bunuh dia.Lalu kita meminta membuat laporan polis. Isu itu terus senyap.

Apabila wakil rakyat tidak kerap turun ke kawasannya,kitalah antara kerap ditanya.Soalan untuk Osman,selalunya bila YB Osman hendak bersolat Jumat di masjid kami.Apabila tiba musim bulan Ramadhan,bila pula hendak berbuka bersama kami?Bukan untuk beri tazkirah.

Dahulu semasa penentuan calon dalam Parlimen Bukit Gantang.Kita menerangkan calon bukan kaki perempuan,bukan kaki karoeke,bukan kaki judi dan juga bukan rendah akhlaknya.Hj Ismail Yusuf bersetuju,calon kita bersih.Tetapi rupanya watak Osman serupa seperti dalam tentera.

Program kerohanian solat hajat,baca yasin dan munajat setelah menang tak pernah hadir.Muka Hj Ismail Yusof sahaja.

Kita mengharapkan Sekretariat Pakatan Rakyat(PR) perlu memantau wakil rakyat kita .Adun Kuala Sapetang Tai Sing Ng seringkali ditanya penduduk.Namun mukanya untuk melihat mereka yang ditimpa musibah pun tiada.Pegawai Khas hanya memberi tumpuan satu-satu kaum.Jangan,minta dijauhi Allah s.w.t Tai Sing Ng bukan Adun yang mudah dibeli.Kita mempunyai contoh,jarang-jarang bertemu rakyat,akhirnya Osman melompat bebas.

Adun PAS atau DAP juga perlu dipantau.Jangan sehingga rakyat memberi markah E baru hendak bekerja. Sasaran kita biarlah jauh pada PRU 13 rakyat memilih kita.

Bagi Pas jikalau bertanding pada PRU 13,kerusi Changkat Jering biarlah Pas bertanding.PKR pun membiarkan Changkat Jering,hanya PAS yang bergerak menyusun program.

EXCO Pakatan Kedah umum keluar parti, 2 Adun Selangor mungkin menyusul


Oleh Sam Ahmad

Kemaskini 6.20pm: ADUN Kulim juga dilaporkan sudah berada di Singapura dan dikatakan akan membuat pengumuman tidak lama lagi.

Sementara itu, dua lagi ADUN PKR di Selangor juga sudah tidak dapat dikesan sejak beberapa hari lalu. (MSK)

Nampaknya sekali lagi teori dari MSK hampir jadi kenyataan.

Dengan keluar Mohd Radzhi Salleh Adun kawasan Lunas hari ini daripada partinya PKR membuatkan teori Cubaan menjatuhkan kerajaan PR Kedah hampir lengkap.

Dalam artikel tersebut MSK menyatakan, “Najib merancang untuk menjatuhkan kerajaan PR Kedah dan Jamal adalah diantara balaci-balaci yang digunakannya. Dan tugas Jamal adalah untuk membuat hubungan dengan ADUN-ADUN PKR Kedah untuk melompat menjadi ADUN bebas tetapi menyokong Umno. Modus operandi mereka hampir sama dengan apa yang berlaku di Perak.

“Satu ADUN DAP sudah mengisytiharkan menjadi ADUN Bebas. Ini menjadikan komposisi ADUN diKedah ialah BN 14, Bebas 1 dan PR 21. Sekiranya BN berjaya menarik 4 lagi ADUN PKR untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong Umno, menjadikan BN 14, Bebas 5 dan PR 17. Dan dengan itu, apa yang berlaku di Perak…akan berulang di Kedah.”

Beliau menjadi calon bebas di Kedah, dan langkahnya ini menyaksikannya hilang jawatan sebagai exco bagi negeri Kedah.

Aug 23rd, 2009 | Sam Ahmad, perakexpress