Wednesday, July 14, 2010

Hajat Allahyarham Imam Surau Taman Mewah Untuk DS Nizar jadi Khatib belum boleh ditunaikan.

YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar turut hadir membantu mengurus jenazah Allahyarham Imam Ghani Abu Yamin di bilik mayat,hospital Taiping pada awal pagi tadi.
Ustaz Nordin Jaafar menatap wajah terakhir seorang Imam Surau Taman Mewah yang hingga akhir hayatnya masih menjadi imam Surau Diri Jumaat.

Kita mengenali Allahyarham Ghani Abu Yamin,Imam Surau Diri Jumaat agak rapat sejak menjadi salah seorang anggota Pasukan Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Kita sering diminta arwah Imam Ghani untuk menyusun jadual DS Nizar bertazkirah di surau beliau.

Terakhir rasanya bulan Mei lalu,melalui Solat Maghrib bersama Nizar.Namun satu hajat besar yang belum boleh ditunaikan oleh pihak Sekretariat Parlimen untuk DS Nizar menjadi Khatib Solat Jumaat.Kita memberi janji lisan ,kena menuggu giliran .Tetapi takdir Allah s.w.t menjemput arwah dahulu,tanpa sempat mendengar DS Nizar menyampaikan Khutbah Jumaat.

Kita diberitahu sehingga akhir hayat Imam Ghani masih terus menjadi Imam Surau dan masih sempat mendengar kuliah Ustaz Idris Ismail.

Arwah disahkan meninggal oleh pihak doktor Hosital Taiping sebaik sampai di Wad Kecemasan selepas isyak malam tadi.Arwah berumur 48 tahun ,bekas tentera. Alfatihah untuk pejuang masyarakat.

No comments:

Post a Comment