Thursday, July 22, 2010

Tok Mufti dikritik Pengerusi Masjid kerana menjadi Mufti untuk orang Melayu.

Karenah Tok Mufti yang menjadi Mufti orang Melayu Perak menghiris hati umat Islam Perak.Tok Mufti kini menjadi jurucakap UMNO ,bukan jurubicara orang Islam untuk menegakkan keadilan dan menolak kebatilan.

Tok Mufti Perak seolah-olah diberi skrip mengikut UMNO.Tok Mufti kini lebih Melayu daripada Zainudddin Mydin.Sembang beliau sembang orang politik.Kita pun tak nampak usaha beliau untuk membela masyarakat Melayu yang duduk di universiti serenti.Kita pun tidak melihat langkah beliau menangani anak luar nikah.

Tok Mufti Harussani suka menangguk di air keruh.Jadi beliau tidak nampak kezaliman UMNO ataupun UMNO yang semakin nazak.Lantas Harussani perlu dipapah untuk memberi UMNO terus bernafas.

Di sinilah Pengerusi Masjid dalam negeri Perak semakin meluat dan benci dengan Tok Mufti Harussani .Benci mereka bukan kepalang,kerana Harussani selalunya bercakap bohong.Mereka memberi hujah,Tok Mufti bukan maksum.Selalunya mereka yang bercakap tidak berbohong mereka itulah yang berbohong.Seperti mereka menuduh orang lain kentut sebenarnya mereka yang melepaskan gas "kentut".

1 comment: