Thursday, July 22, 2010

Jaga-jaga David Teoh Jangan Jadi Lim Guan Eng Khuatir Mereka Main Isu Melayu

David Teoh seorang pengeluar filem menempelak Pimpinan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan menganggap mereka sebagai kurang ajar kerana membelakangkan ahli dalam membuat sebarang keputusan.


David berkata, dia berasa amat sedih apabila presiden persatuan itu, Ahmad Puad Onah dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PFM yang lain cuba “main kotor” untuk menyingkirkannya bersama Ahmad Idham sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).


“Saya berasa amat kecewa dan sedih dengan permainan kotor mereka. Sebagai ahli persatuan FDM, saya tidak dipanggil untuk terlibat dalam setiap keputusan yang hendak mereka lakukan,” kata David lagi.


David tuan punya pengeluar filem terkenal membidas Ahmad Puad yang seolah bermain kotor,kerana membantah perlantikan beliau bersama Ahmad Idham dalam Lembaga Pengarah Finas.


Kita menunggu sahaja siapa yang memulakan sikap perkauman sempit untuk membidas David Teoh yang mengeluarkan kenyataan pimpinan PFM sebagai kurang ajar.


Minta-minta Perkasa atau Nasionalis Melayu tidak melenting dengan David Teoh sebagaimana mereka marah dengan YAB Lim Guan Eng yang ingin menjaga kerajaan Pakatan Rakyat daripada pegawai PRO-Umno di Pulau Pinang.


David Teoh bersikap bijak apabila mencadangkan Pengarah Ahmad Idham sebagai calon Ketua Pengarah Finas.Mungkin beliau tahu jika orang politik khususnya ahli UMNO menjadi Ketua Pengarah Finas,Filem Melayu tidak ke mana?

No comments:

Post a Comment