Wednesday, July 28, 2010

Semasa DS Nizar Jadi Menteri Besar Mereka Juga Buat Macam Lim Guan Eng.

Kasihan dan kita bersimpati dengan YAB Lim Guan Eng kerana masih lagi terdapat pegawai kerajaan yang tidak memberi kerjasama kepada beliau.

Dahalu DS Nizar juga begitu terdapat Pegawai Kanan Kerajaan tidak memberi kerjasama kepada beliau semasa menjadi Menteri Besar.Malah orang kecil di Pejabat SUK juga lebih sudu dari pada kuah.

Kita lihat satu contoh bagaimana menurut YAB Lim Guan Eng , kos untuk merobohkan gerbang Taman Botanik gerbang condong itu menelan belanja sebanyak RM90,000 manakala kos untuk membinanya pula menelan belanja RM150,000.

Justeru itu kata YAB Lim Guan Eng , keseluruhannya, sejumlah RM240,000 wang pembayar cukai telah dibelanjakan ke atas satu projek yang tidak membawa manfaat kepada rakyat.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini, Lim berkata, oleh kerana projek itu adalah projek persekutuan, SDO melalui pegawainya Nik Ali Nik Mat Yunus adalah pihak yang bertanggungjawab menjawab semua soalan itu .Walaupun Nik Ali menafikan pejabat SDO terlibat dalam mengendalikan projek berkenaan.

Kini Nik Ali mengulangi perbuatan Pegawai Kanan di Pulau Pinang seperti mana pemerintahan awal Kerajaan PAS Kelantan tahun 1990 Pegawai Kanan tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan Pilihan Rakyat.


No comments:

Post a Comment