Sunday, July 4, 2010

Apa yang perlu kita buat untuk ke Putra Jaya?

Kita tidak boleh lagi berlengah.Untuk ke Putrajaya kita perlu terus melangkah.Langkah kita tersusun dan berstrategik.

Antara lain kita perlu mempunyai cawangan di setiap daerah mengundi,kita juga perlu mempunyai cawangan di setiap saluran,akhirnya disetiap lokaliti kita sudah mempunyai cawangan .

Di samping itu juga kita mempunyai dana sebanyak RM5000.00 bagi setiap daerah mengundi.Kita juga telah mempunyai pejabat dan pusat tarbiyah untuk aktiviti masyarakat.

Pendaftaran pengundi baru muda berjalan lancar .Setiap bulan pengundi baru dapat didaftarkan.Jika perlu buka pusat pendaftaran pengundi di setiap waktu Solat Jumaat,di masjid.

Bagi petugas pilihanraya ,setiap kursus sewajarnya diikuti.Kita kena belajar melalui pertandingan bolasepak Piala Dunia 2010.

Bagaimana Brazil selesa dengan mendahului 1 kosong,akhirnya Samba mereka menjadi sumbang.Begitu juga Argentina ,Maradona bangga untuk berbogel jika Jerman ditewaskan.Namun Maradona menutup anunya kerana malu.

Lihat Ghana ,hampir memenangi perlawanan dengan Uruguay,kelicikan pemain pertahanan Uruguay di saat akhir menampan bola dengan tangan,menyebabkan Ghana terpaksa menunggu lagi untuk Piala Dunia 2014.

Justeru itu kita mesti dalam keadaan bersedia dan tersedia untuk menghadapi BN yang punya strategis akhir .Tuntasnya silap langkah kita menggigit jari pada PRU 13.

No comments:

Post a Comment