Monday, July 5, 2010

Keputusan UMNO Keputusan Kabinet. -MCA kuda tunggangan UMNO?

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang tidak duduk dalam Kabinet Najib melahirkan kebimbangannya bahawa keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membenarkan Majlis Tertinggi Umno menolak cadangan memberikan lesen judi sukan akan menjadi sebagai satu 'precedent' yang bahaya. Jelas Chua Soi Lek bukan Presiden parti yang perlu dihormati.

Namun begitu sebaliknnya baik Timbalan Presiden atau Naib Presiden atau Setiausaha Agung MCA yang duduk dalam Kabinet Najib diam membisu.

Jadi tidak hairanlah Chua Soi Lek , menyatakan sewajarnya, keputusan ditentukan oleh jemaah menteri dan bukannnya Umno kerana ia menimbulkan tanggapan bahawa parti komponen BN yang lain di bawah telunjuk Umno.Benar kata DS Nizar dalam tugasannya di Bukit Gantang ,MCA atau MIC hanya kuda tunggangan UMNO.

“Kami berasa kecewa...Ia sepatutnya diputuskan pada peringkat kabinet, supaya semua pihak komponen dapat memberikan pandangan mereka,” kata Chua pada sesi wawancara khas dengan beberapa media utama di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, seperti yang dilaporkan hari ini.

No comments:

Post a Comment