Monday, July 19, 2010

Tamsil: BN Macam Perompak umpama Perompak Menyamun Awal Pagi

DS Nizar baru-baru ini pada 16 Julai menziarah Pak Jalil ,pesara Telekom yang rumahnya dimasuki perompak.Anggaran kehilangan barang RM 20 ribu.Rompakan atau pecah rumah itu berlangsung pada perlawanan akhir bolasepak Piala Dunia.Menurut isteri Pak Jalil mereka tinggal berdua sahaja.Perompak masuk mengikut pintu depan tanpa merosakkan pintu.Hanya menyedari rumah dimasuki perompak sewaktu untuk menunaikan solat subuh,lebih kurang pukul lima pagi pada 12 Julai.

Pak Jalil tinggal berdekatan Kg Jelapang,Taman Kota Jaya,Simpang.Pak Jalil mengalami strok dan menurut kata isteri beliau,"mereka bersyukur tiada diapa-apakan perompak".

Nizar melahirkan perasaan simpati dan empati semoga pihak polis dapat menyiasat seterusnya dapat menangkap perompak itu.

Penduduk pun memberi tamsil BN umpama perompak ,menaikkan harga barang pada waktu rakyat sedang tidur lena.

1 comment:

  1. terima kaseh kpd DSN kerana sudi singgah menziarah keluarga saya di kampung jelapang..

    ReplyDelete