Sunday, July 18, 2010

Sedikit Lucah-Bersama UMNO

Malam kelmarin kita mengikuti YDP Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar ke Sungai Tinggi Dun Trong untuk meraikan kehadiran Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim Tuan Man berada di Sungai Tinggi berceramah di Perkarangan Markaz Pas itu.Kita tertarik satu ucapan yang jika kita silap dengar berkenaan ,bagaimana kita bersama UMNO.

Apa yang kita faham sewaktu siang kita berlawan dan berhujah dengan UMNO tetapi kita pada waktu malam berpeluk dan bercium dengan UMNO.Kita boleh sebantal dengan UMNO sehingga melahirkan zuriat.Malam-malam dalam bilik kita bersama UMNO,bergesel hidung dan main-main.

Namun kita gagal menarik isteri kita atau suami kita menyokong perjuangan Islam.Kita gagal mendaftar kaum keluarga rapat kita sebagai pengundi.Cula kita di Bilik Gerakan,isteri atau suami kita penyokong tegar UMNO,walaupun waktu malam kita seronok bersama .

Jadi kita seharusnya menjadikan kaum keluarga khususnya isteri atau suami sebagai medium dakwah kita.Kita jangan seronok hanya waktu malam sahaja dikamar tidur,sedangkan kita seorang diri bersama perjuangan Islam .

No comments:

Post a Comment