Monday, July 12, 2010

Maaf Hari Ini Tak Pergi Pejabat.-Anak pitam.!

Van Persie Malaysia.Peminat Belanda nombor wahid.Sanggup tunggu pukul 2.30 pagi.Tetapi selalu tv tengok Van Persie.

Maaf pagi ini tidak pergi pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen.Kita membawa anak ke Pusat Kesihatan Taiping,Jalan Tupai,Taiping.

Anak kita yang minat sangat pasukan Belanda,pitam sewaktu perhimpunan pagi di sekolah kebangsaan.Kita diberitahu pihak sekolah,lalu kita bersama isteri membawanya ke Poliklinik.

Alhamdulillah ,tidak mempunyai masalah dari sudut kesihatan.Kita bergurau dengan anak,takkan Belanda sudah kalah,pitam pula.Anak kita yang minat Van Persie penyerang Belanda hanya tersenyum.

Dan kita juga berterusan kena ejek budak sekolah kerana Sepanyol menang.Budak sekolah kita majoritinya penyokong Sepanyol nombor wahid.

Maaf, kita tak dapat bantu Pusat Khidmat hari ini.Kita jumpa esok dekat pejabat.

No comments:

Post a Comment