Sunday, July 25, 2010

Sepetang Bersama Nizar bertemu anak yatim-moga-moga Allah s.w.t mengampuni kita.

Hari ini 25 Julai , 6 petang tadi YB Ahli Parlimen Bukit Gantang DS Hj Nizar bersama Mutiara Infaq telah meraikan dua orang anak yatim piatu.Program diadakan dirumah sewa keluarga Allahyarham Roslan Jebong Kiri,Matang.

Adik Nurul Natasya Erren bt Roslan dan adiknya Nazirul Al-Hafis bin Roslan yang bersekolah di Sekolah Bistari Darul Mulkan masing-masing di darjah 6 dan 4.NGO Islam itu dan DS Nizar mengambil peluang untuk bertemu kedua anak yatim piatu untuyk menghulurkan sedikit sumbangan.

YB DS Nizar ,bersama Hj Zulkifli Md Lazim Pengerusi Kumpulan Hospital Bersalin muslimah merangkap Penasihat Mutiara Infaq-Badan Komiti Anak-anak Yatim telah mengambil masa lebih setengah jam untuk beramah mesra dengan kanak-kanak itu.

Kedua dua anak yatim menghidap penyakit yang memerlukan rawatan berkala tinggal bersama nenek mereka.

Kedua-dua ibu bapa mereka telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu kerana penyakit.

Atas dasar prihatin YB Hj Nizar melalui Pusat Khidmat beliau akan cuba membantu dan menyelesaikan urusan bil Air yang tertunggak dan bekalan air telah dipotong kerumah itu.

YB Nizar bersama Nurul Natasya anak sulung Allahyarham Roslan

DS Nizar bersama anak yatim .

DS Nizar,Ustaz Nordin dan Hj Zulkifli Mat Lazim menyampaikan sumbangan kepada adik
Nasrul..
.
Selesai program sumbangan,YB DS Nizar menaiki Motor ke Gerai Kopi berdekatan di Matang Road.

Team Muslimat Pusat Khidmat PAS bergambar bersama DS Nizar dan anak-anak yatim

sumber berita:blog ahli parlimen

No comments:

Post a Comment