Tuesday, July 6, 2010

Lihat apa yang tersirat kata-kata Nazri Aziz- Pakatan Rakyat akan kalah jika PRU tergempar.

Mengadakan pilihan raya esok ataupun dalam tempoh setahun mirip tindakan bunuh diri,”kata Nazri Aziz.

Kita kena melihat kata-kata yang tersirat atau apa disebalik ucapan Nazri Aziz.Bagi kita jika PRU tergempar dilaksanakan ,PR akan kalah.

Pakatan Rakyat belum bersedia.Pengundi muda masih ramai belum didaftarkan.Bagi Pas khususnya sokongan Melayu di kawasan DUN majoriti Melayu masih jauh.Bagi Dun yang mempunyai kawasan Felda atau Felcra , Pas masih tidak berupaya untuk mendaftar undi baru.Difahamkan terdapat PPS Penolong Pendaftar Sementara SPR yang mewakili Parti Pas masih tidak bekerja semaksimum mungkin.

Bagi kita PAS khususnya mesti melihat di 21 kerusi DUN yang pernah mereka bertanding.Mereka perlu melihat pertambahan cawangan dan ahli .Kita kini kaya dengan isu tetapi kita tidak kaya dengan pendaftaran pengundi muda.Rakyat berketurunan Melayu tidak berminat untuk mendaftar sebagai pengundi ,ini merugikan BN dan tidak semestinya memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat.

Kita masih belum melihat Pakatan Rakyat,khususnya PAS mendekati rakyat secara maksimum jika PRU sekarang.Bagi BN mereka mempunyai jentera parti dan jentera kerajaan.

Kerajaan PR di beberapa negeri,.maklumat kerajaan itu belum sampai ke tangan rakyat di negeri Kerajaan Pembangkang BN.Urusetia Penerangan Kerajaan PR perlu menyelaraskan siri penerangan dengan fakta agar segala kelebihan dan keistimewaan Kerajaan Negeri PR diketahui rakyat Malaysia.

Buat masa ini PRU tergempar belum membolehkan PR menang kerana kita sebenarnya belum bersedia seratus peratus.

1 comment: