Friday, July 23, 2010

Posmen Naik Gaji Harga Setem Pun Naik Harga Minyak Pun Naik.

Tahniah para posmen perjuangan selama 18 tahun untuk menuntut kenaikan gaji berhasil.Hal ini kerana pengstrukturan semula gaji itu membolehkan mereka menikmati skala gaji yang sama dengan kakitangan kerajaan yang lain.


Buat kata Rais Yatim 9000 anggota posmen rupanya hidup di bawah paras kemiskinan.Anggota posmen itu menerima kanaikan gaji 11 peratus.


Kenaikan gaji mereka serentak dengan kenaikan harga stem 30 sen kepada 60 sen.Kenaikan seratus peratus sedangkan kenaikan gaji 11 peratus.


Pada bulan April lepas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan penyusunan semula tangga gaji dan elaun posmen serta kerani pos agar selaras dengan penjawat awam lain, berkuatkuasa Julai.


Jika dikira pilihanraya umum ,telah berlangsung 4 kali.Mungkinkah mereka sewaktu itu mengundi BN.18 tahun BN memerintah, anggota Posmen mereka lupakan.


Posmen mula diingati oleh kerajaan BN dengan menaikan harga bahan api,minyak,gas,dan gula baru-baru ini.


Dengan inflasi tinggi,kos hidup tinggi,kuantiti barang yang boleh dinikmati anggota Posmen seolah-olah sama seperti mereka bergaji lama.


Itupun 100 anggota posmen masih sanggup mengucapkan terima kasih kepada Najib.?

1 comment:

  1. Yess... masih banyak lagi rakyat malaysia yang hidup dalam kategori miskin tegar.... ;-(

    ReplyDelete