Friday, July 23, 2010

UMNO bakal hilang kerusi Trong dalam Parlimen Bukit Gantang.

UMNO Bukit Gantang kini memberi tumpuan di DUN Trong,,kerana harapan mereka di Dun Changkat Jering dan Kuala Sapetang kelihatan seperti amat sukar.

Lantas mereka melakukan program atas nama Juara Rakyat.Semuanya menggunakan agensi kerajaan pada 14 Julai dan 15 Julai lalu.Mereka bertemu pengundi Melayu,India dan Cina.

Namun begitu masyarakat DUN Trong akan melakukan undi protes pada, PRU 13 kerana selama 12 penggal UMNO menjadi wakil rakyat pengundi Trong, masih terdapat rakyat yang miskin dan masih tidak terdapat sebuah bandar baru yang lengkap .Bank pun tidak boleh ditemui di Pekan Trong.Wakil rakyat pula asyik menambah kereta,cuma tidak menambah isteri dakwa satu sumber.

Jadi melihat kemerosotan sokongan orang Melayu di DUN Trong,terpaksa UMNO Bukit Gantang memanggil Zambry MB Mahkamah bermesra bersama rakyat pada 14 Julai lalu.

Zambry pula membuat sedikit kesilapan,menghina Imam Ahli UMNO,kerana berbapa angkat Imam PAS.Punya banyak tokoh-tokoh UMNO ,perjuangan mereka tidak dihargai.

UMNO bakal hilang kerusi DUN Trong,jika kita PAS terus bekerja semaksima boleh.UMNO hanya kuat di Dun Trong kerana agensi kerajaan negeri banyak membantu.

UMNO pun berpuak-puak,kerana kuasa Osman Jailu mengatasi kuasa YB Rosli Husein,Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.

No comments:

Post a Comment