Thursday, July 22, 2010

Vanidah Imran dan Rashidi Ishak Jadikanlah Lakonan Sebagai Ibadah.


Manisnya jika Vee bertudung dan Rashidi mendapat seorang isteri soleha.Moga-moga Vee terbuka untuk bertudung dalam drama 8 Bulan dan dalam kehidupan sebenar.Bukannya lakonan semata-mata.gambar:mstar.


Vanidah Imran (Vee) dan Rashidi Ishak (Shidi) pasangan suami isteri mengakui teruja apabila digandingkan buat pertama kali sebagai suami isteri di dalam satu drama.


Mereka pernah bersatu dalam beberapa drama seperti Buih-buih Cinta dan filem Setem sebelum ini tetapi tidak pernah memegang watak sebagai suami isteri.

Kini hajat mereka untuk berlakon dalam filem atau drama bertajuk 8 Bulan terbitan Red Communications ini membolehkan mereka menunjukkan bakat sebenar.Kini mereka bolehlah bepegangan tangan kerana tidak batal air sembahyang.


Vee cukup berbangga dengan tawatan lakonan itu.Dengan ini dapat memenuhi hajat peminat yang selama ini meminta mereka melakonkan watak suami isteri.


"Malangnya tiada tawaran yang benar-benar mahukan kami berlakon sebagai pasangan suami isteri sehinggalah Red Communications menawarkan watak untuk drama 8 Bulan ini," kata Vee dalam Mstar hari ini.


Namun kita ingin memberi sedikit pandangan,agar Rashidi meminta isterinya menutup aurat.Alangkah beruntungnya Vee mempunyai suami yang tahu batas aurat.Apa sudi kira Rashidi memberi nasihat kepada Vee supaya mengikut seperti wanita "MUSLIMAH".Mungkin juga Rashidi boleh meminta Vee,kita kena berubah kembali kepada pakaian menutup aurat.Kita juga ingin menjadikan kerja lakonan sebagai satu ibadah.



Jika tidak boleh secara sukarela,Rashidi boleh meminta Vee secara lembut untuk berubah.Mungkin bulan Syaaban dan bulan Ramadhan ini titik tolak untuk berubah.Jangan khuatir jika berubah tidak menjejaskan UMNO pasti tidak mendapat tentangan media arus perdana .Buat masa ini tidak perlu menonjol kita menyokong Pakatan Rakyat.

gambar dan berita: sumber mstar.

No comments:

Post a Comment