Tuesday, July 6, 2010

"Tahniah The Oranje " mengalah pasukan Uruguay pemain licik.

The Oranje pasukan yang kita sokong pada peringkat ini.Berjaya mengalahkan Uruguay yang menang kerana menipu..Apabila budak sekolah memilih Uruguay ,kita memilih Belanda.Kita memilih Belanda kerana pasukan Uruguar menang kerana licik menipu Ghana.

'The Oranje' - Belanda melayakkan diri ke final Piala Dunia FIFA 2010 selepas menundukan Uruguay 3-2 di Stadium Green Point, awal pagi ini.

Ternyata permainan pantas dan hantaran yang tepat pasukan 'The Oranje' gagal ditandingi Uruguay bagi menempah tiket ke ke pusingan akhir.


Dalam perlawanan penuh dramatik awal pagi ini, dari hasil permainan 'total football' yang ditunjukkan - sejak dahulu lagi - pasukan dari Eropah itu berjaya menewaskan pasukan dari Amerika Latin Uruguay dengan kedudukan 3-2.

Gol pasukan Belanda dijaringkan oleh pemain pertahanan Giovanni van Bronckhorst pada minit ke-18, Wesley Scneijder (minit ke-70) dan Arjen Robben pada minit ke-73.

Manakala gol Uruguay dijaringkan oleh penyerangnya Diego Forlan pada minit ke-41 dan Maximiliano Pereira pada minit ke-91 waktu kecederaan. sumber malaysiakini.

No comments:

Post a Comment