Wednesday, July 21, 2010

UMNO cipta isu semua orang tahu,pimpinan kitapula jangan cepat melatah.

Tahniah YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa Timbalan Presiden kita yang menasihat pemimpin dan ahli parti itu supaya jangan terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan oleh media arus perdana berhubung isu perpaduan PAS-Umno.


Contohnya isu Ketua Pemuda kita dikatakan mengeluarkan kenyataan dalam Utusan Malaysia hari ini,semuanya dipetik melalui blog Ketua Pemuda.Utusan sememangnya pakar dalam strategik .Lantas kita sepatutnya akur dengan nasihat Timbalan Presiden kita itu.


"Kebelakangan ini, isu kerjasama antara PAS dan Umno kembali dipaparkan oleh media media arus Perdana sehingga mengelirukan sebahagian ahli PAS dan masyarakat Malaysia umumnya."ujar Ustaz Nasharudin lagi.

"Malah, pihak media telah mendapat beberapa pandangan daripada pemimpin PAS di peringkat pusat, negeri dan kawasan berhubung perkara ini," kata YB Ustaz Nasharudin dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi kita , perlu rasanya menumpukan usaha menyantuni masyarakat.Dalam menyantuni masyarakat kita mencari pengundi muda.

Buat kata Timbalan Presiden kita,tambahkan ahli ,banyakkan cawangan dan mantapkan organisasi.

Jikalau mereka bertanya kepada kita,ceramah besar atau ceramah perdana yang hadir majoriti orang PAS dan Pakatan Rakyat.Kita perlu memikirkan ceramah kelompok,di kedai kopi,serambi masjid atau surau.Program kita berterusan tidak kerana terdapat program Pas Untuk Semua baru kita menggerak jentera operasi.

Dalam pada itu ,kita tidak meninggalkan masjid atau surau kariah kita semata-mata untuk mendengar khatib jemputan di masjid kelolaan orang kita.

Kita perhatikan sebahagian kecil cawangan hanya menunggu wakil rakyat membuat aktiviti masyarakat.Baru-baru ini apabila kita pergi solat jenazah,ahli Pas Cawangan pun kurang.Mereka mengharap pimpinan PAS Kawasan yang hadir bersolat jenazah.

Apabila kita tidak menunjukkan teladan yang baik,masyarakat pun mungkin menuduh kita bertemu mereka hanya musim pilihanraya.

No comments:

Post a Comment