Thursday, July 22, 2010

Biar Betul Zambry Keadaan Kita Tidak Berduit Boleh Pergi Bandung.

Satu SMS memberitahu kita Zambry MB Mahkamah bersama rombogan pegawai tadbir agama beserta beberapa exco akan "makan angin " ke Bandung dan Jakarta Indonesia.

Rombongan seramai 25 orang dakwa sumber SMS itu.Kebanyakan Pegawai Agama Daerah dan pegawai Jabatan Agama ikut serta dakwa SMS yang diterima.

Buat apa ke Bandung,kita pun tak tahu.Dalam keadaan menyuruh rakyat berjimat,pegawai Kerajaan Pentadbiran BN boleh pula melancong.Jikalau pergi Serambi Madinah ,Acheh mungkin boleh diterima kerana boleh belajar bagaimana negeri aotonomi Acheh mengurus rakyat.

Bandung kaya dengan gadis-gadis cantik,pusat beli-belah dan pelbagai lagi.Kita khuatir terlalu banyak melihat" macam-macam " ,takut PTA pula seperti pegawai UMNO serupa Tok Mufti.

Sepatutnya Zambry memikirkan pejabat agama daerah,masih tidak mempunyai Pegawai Tadbir Agama di beberapa daerah.Fikirkan keperluan masyarakat Islam tempatan,bukannya merancang untuk melawat Bandung selama lima hari bermula 23 Julai ini.Kemudian bantu rakyat dengan memberi kail bukannya ikan.

Lagi satu Zambry patut fikir keadaan rakyatnya di Perak,masih banyak perlu dibantu.Bukan hanya membantu rakyat kerana Zambry "mai" tempat mereka.

No comments:

Post a Comment