Sunday, July 18, 2010

Rupanya Terdapat Peneroka Felda Yang Berani


Ustaz Misbahul Munir,Setiausaha Pas Perak,dan YB Husein Din menyampaikan sedikit sumbangan kepada penduduk di DUN Kubu Gajah.

Kita bersama YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar,Sdr Fadhil Idris Setiausaha Kawasan pergi ke Dun Kubu Gajah untuk mengikuti prorgram Pas Untuk Semua.

Apa yang menarik terdapat tiga daerah mengundi atau Unit Peti Undi yang terlibat.Satu Bagan Baru,kedua Felda Ijok dan Rancangan Tanah Belia Pondok Tanjung.

Apa yang kita ingin ulas ,walaupun kedua-dua tanah rancangan itu di bawah pengaruh UMNO dan kerajaan BN terdapat kumpulan peneroka yang berani untuk menyusun program di Kawasan Pengaruh Felda itu.Kita semua tahu tanah rancangan talian hayat BN.

Sepatutnya kita malu ,kawasan kita atau kampung kita yang tidak menerima tekanan seperti peneroka Felda,kita langsung tidak mahu menyantuni rakyat.

Kita terus mengecap mereka sukar didekati.Kita cepat putus asa,sehingga kawasan kita dianggap tepu untuk pendaftaran pengundi muda.

Tahniah dan syabas kepada masyarakat peneroka khususnya Felda Ijok,Parlimen Larut yang berani menerima tekanan sebelum ini dan semasa program (klik)Pas Untuk Semua dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment