Monday, July 26, 2010

Nizar tetap di sanubari rakyat-Sambutan Pengunjung Ekspo.

Kita diminta pihak menganjur Ekspo Usahawan Bumiputra untuk mendapat ruang masa DS Nizar ke Program Kemuncak Ekspo di Perkarangan Letak Kereta Giant.Jadi kita memberitahu DS Nizar bersedia untuk menyerikan majlis mereka.

Sebaik selesai DS Nizar berceramah di Bat Hampar,DUN Trong.DS Nizar dan rombongan bergerak ke Pasaraya Giant. Kita sampai lebih kurang 12.30 malam.


Ekspo Usahawan Bumiputra yang telah diadakan selama 10 hari dan malam terakhirnya pada 25 Julai ,dimana telah diadakan cabutan bertuah,hadiah utamanya sebuah kereta Iswara Aeroback.

Pihak penganjur telah memberikan penghormatan kepada YB DS Nizar hadir sebagai tetamu Istimewa untuk menyampaikan Hadiah Utama kepada pemenang.


DS Nizar bersama penganjur meraikan pemenang hadiah kedua.

Ribuan pengunjung hadir dalam majlis itu,teruja dengan kehadiran DS Nizar sebagai Tetamu Istimewa bila diumumkan oleh pengacara Majlis.


DS Nizar menyampaikan kunci kereta Proton Saga Pemenang Hadiah Utama...

DS Nizar , dan Hj Zulkifli Mat Lazim ,Pemenang bergambar disamping kereta yang dimenangi.Turut kelihatan Ustaz Nordin Jaafar.

berita dan gambar sumber blog parlimen.

No comments:

Post a Comment