Thursday, July 8, 2010

Mansuh UPSR,PMR kesan kepada kita.

Teman-teman guru tuisyen dan tuan punya pusat tuisyen mula mengeluh.Syarikat pencetak buku rujukan dan latihan mula mencongak sasaran.Nilai pelaburan mereka jutaan ringgit.

Jika sikap Muhyiddin Yasin masih ingin memansuhkan UPSR dan PMR ini menjejaskan 'periuk nasi' guru tuisyen sepenuh masa dan juga guru sambilan di pusat tuisyen yang berselerak seluruh Malaysia.

Pusat Tuisyen yang berdaftar sahaja 2,487 buah.Tidak termasuk yang tidak berdaftar akan terjejas.Kebanyakannya kepunyaan orang Melayu. Kita juga terasa tempias,kerana kita mempunyai murid untuk belajar tuisyen.

Perniagaan pendidikan atau pusat industri ini amat besar dan saling berkait.Pendapatan guru ,tuan punya bangunan,pengilang dan pencetak serta kedai buku semuanya akan terjejas teruk.

Sudahlah rakyat Malaysia tidak berminat untuk membaca,pemansuhan peperiksaan awam ini akan menjejaskan bilangan rakyat Malaysia membaca buku.

Muhyiddin dan penasihat TPM itu berfikirlah secara rasional,kemungkinan stok buku rujukan yang bertimbun dan tidak laku,jika UPSR dan PMR dimansuhkan segera kerana otak "beku"Muyhiddin.

Para guru yang mengajar kelas tuisyen mempunyai sebanyak 202,327 pelajar termasuk UPSR,PMR,SPM dan STPM,pada tahun 2008.

Kita pun berasa hairan ,sistem pendidikan kita dianggap gagal,sedangkan sekian lama kita sudah melahirkan pelajar cemerlang dan berkualiti selama ini.Mungkin anak Najib,Muhyiddin ,Hishamudin dan menteri yang tidak berada dalam arus pendidikan perdana Malaysia.

No comments:

Post a Comment