Saturday, July 24, 2010

Pemukiman PAS Perak di Cameron Highland-Tentukan Hala Tuju PRU 13.

Pimpinan Pas Perak kini berada di Tanah Tinggi Cameron,Pahang untuk bermukim selama dua hari tiga malam.

Retreat Pas Perak dijangka membincangkan strategik PAS Perak dalam menawan 21 kerusi DUN yang diperuntukkan kepada PAS.

Kita mengharapkan juga PAS Perak dapat mencari jalan bagaimana berlawan dengan jentera UMNO untuk kita menyakinkan orang Melayu khususnya terus bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

Pemukiman yang berlangsung di Tanah Tinggi Cameron itu mungkin memberi peluang pimpinan untuk memanaskan sesi perbincangan.Hasilnya nanti ,insyaAllah amat bernilai.

Kita mengharapkan retreat selama dua hari tiga malam bermula 23 Julai tu memberi suntikan kepada pimpinan PAS Perak untuk menjuarai isu rakyat.

Selamat berkampung pimpinan PAS Perak.

No comments:

Post a Comment