Friday, July 9, 2010

DS Nizar di program pemukiman PAS Pusat.


DS Nizar kini bersama pimpinan PAS memulakan sesi pemukiman selama tiga hari di Port Dickson bagi membincangkan persediaan dan merangka strategi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.Pemukiman itu bermula Jumaat hingga Ahad ini.


Menurut Setiausaha Agung kita seperti dilaporkan dalam media,Datuk Mustafa Ali menjelaskan pemukiman itu bertujuan membincangkan bagaimana menarik lebih ramai pengundi di kawasan luar bandar dan kawasan majoriti penduduk Melayu menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.


Retreat itu dihadiri oleh semua pemimpin utama parti termasuk Mursyidul Am PAS, Tok Guru Abdul Aziz Nik Mat dan kesemua ahli Majlis Syura.


Justeru itu DS Nizar tidak dapat memenuhi beberapa program di Bukit Gantang kerana DS Nizar terlibat dalam pemukiman atau program berkampung itu.Kita yakin dengan pengalaman DS Nizar sewaktu mengurus Perak sebagai Menteri Besar,program sumbang saran itu amat berguna untuk Pakatan Rakyat bersedia untuk PRU 13.


Pemukiman itu penting dalam kita menarik pengundi muda yang menyokong Pakatan rakyat untuk mendaftar sebagai pengundi dalam PRU 13.


Dengan sumber maklumat agak lambat berkembang di luar bandar kerana kekangan akses internet.Kita mengharapkan program pemukiman pimpinan PAS ini dapat memikirkan modus operandi untuk mendekati penduduk Melayu agar bermaklumat ,seterusnya terus menolak UMNO dalam PRU 13.


Bagi kita di Bukit Gantang Selamat Bermukim DS Nizar dan Pimpinan Pas.Setakat ini kita yakin PAS sudah bersedia untuk menghadapi PRU 13.

No comments:

Post a Comment