Saturday, July 10, 2010

Samy Velu Syok Sendiri-dapat atasi rekod Dr Mahathir.

Pertama tahniah Samy Velu dapat menjadi Ketua MIC selama 32 tahun.Pengekalan jawatan Samy Velu untuk tempoh lama menyebabkan masyarakat keturunan India semakin jauh dengan MIC dan BN.

Samy Vellu dibenci oleh generasi muda,pergilah ke sekolah dan universiti semuanya tidak mahu dilabelkan penyokong kuat Samy Velu dan MIC.

MIC di bawah Samy Velu menyebabkan masyarakat India terus tertinggal.Lihatlah Penjara Simpang Renggam,Johor siapakah paling banyak penghuninya?Begitu juga kewujudan kumpulan samseng India,apa Samy telah buat untuk membantu mereka.

Pergilah sekolah majoriti India atau perkampungan masyarakat India masih banyak masyarakat tertinggal.Kemiskinan masih jelas terbukti ,walaupun 53 tahun merdeka di bawah BN.

Sewaktu Najib mengumumkan pelajar SPM 9A + semuanya dapat biasiswa JPA.Samy Velu dan perwakilan MIC bertepuk tangan.Terfikirkah mereka yang selalu dapat cemerlang anak-anak orang berada,di mana mereka mendapat pendidikan kelas tuisyen dan akses internet.Anak-anak estet masih jauh ketinggalan.Kemudian mereka jangan lupa selepas ini Perkasa pula mungkin buat laporan polis bercanggah dengan perlembagaan Fasal 152 dan Fasal 151.


No comments:

Post a Comment