Wednesday, July 7, 2010

Ugutan buat rakyat,tiada lesen tol atau geran tanah jika sokong Pakatan?



Kita mendapat maklumat sebanyak 15 buah rumah yang mempunyai penghuni di Kg Baru Kuala Sepetang telah mendapat notis untuk membuka atau meruntuh rumah mereka.Notis bertarikh 6 Julai itu meminta mereka membuka binaan rumah mereka dalam tempoh 30 hari.Jika engkar mereka boleh didenda sehingga RM 10,000.

Keluarga yang menerima Notis mengosongkan rumah dan kawasan yang telah mereka duduki sejak lebih dari 40 tahun .Mereka juga membayar sewa Lesen Tol sebelum ini selama beberapa tahun ,cuma dinafikan pembahruan Lesen Tol bermula tahun ini dengan alasan kawasan berkenan telah diluluskan kepada sekolah bersebelahan.

Seorang Wakil Penduduk yang ditemui, Lee Han Ping,memberitahu telah tinggal dikawasan itu lebih 50 tahun dan telah membayar lesen TOL ini. Cuma bermula 2007 barulah lesen Tol tidak diterima sehingga sekarang 2010.

Penduduk memberitahu kononnya petempatan mereka telah digazetkan kawasan sekolah.Padahal menurut Lee Han Ping Sekolah hanya terdapat kemudian .

"Kita olang telah menetap di sini sebelum ada sekolah,ini sekolah memang dah besar,kita pun tak tahu apa sebab kawasan ini dia orang mau ambil,"kata Lee."Lagi pun budak ada kila-kila 150 olang saja."kata Lee lagi.


Pelan menunjukkan lokasi rumah penduduk yang telah diberi notis.Seorang "nyonya" memberitahu kita ,"ini Kuala Sapetang ,BN punya wakil". "Ini 2008 dan Prk 2009 ,BN sudah kalah ma!,dia manyak malah. "11 kali PRU ini gomen ,tak dak kacau kita olang."kata seorang Apek pula.

Kita diberitahu teman-teman kebanyakan mereka yang menerima notis buka rumah kerana kononnya telah menyokong DS Nizar pada PRK 2009,sebenarnya memberi undi kepada BN.

Tetapi kononnya mereka BN dianggap peka dengan hasrat rakyat,akan memberi lesen tol dan akhirnya geran tanah pada PRU 13.

BN dikatakan akan dianggap pembela rakyat pelbagai kaum. Inilah politik BN .

No comments:

Post a Comment