Friday, July 16, 2010

Penduduk Cina Kuala Sapetang Diugut Secara Lembut.

Seorang penduduk menunjukkan janji Zambry semasa PRK Bukit Gantang 2009,mereka tidak akan dipindahkan.Mereka dijanjikan tempat duduk berlesen TOL dan dijanjikan geran hak milik 99 tahun.Kini mereka diugut dalam lembut.Notis pindah dan buka rumah pula diberi kepada kaum ibu yang sedang memasak.
DS Nizar bersama YB Tai Sing Ng menunjukkan lokasi penempatan penduduk yang diminta mengosongkan rumah mereka dalam tempoh 30 hari sehingga 5 Ogos 2010.Dianggarkan 11 keluarga menerima notis minta merobohkan bangunan rumah mereka.Notis pula tidak diberi salinan dekat PTG Ipoh.
DS Nizar menerangkan kepada penduduk Kg Baru,Kuala Sapetang satu jawatankuasa bertindak akan dibentuk di peringkat Parlimen dan DUN.


Satu bukti MCA,Gerakan atau UMNO menolong rakyat berdasarkan kepentingan politik.Wakil Rakyat Gerakan sebelum ini langsung tidak membantu penduduk menyelesaikan masalah mereka.Bagi wakil rakyat BN mereka tidak mahu rakyat merdeka jiwa.Mereka mahu rakyat terus diugut untuk terus bergantung dengan mereka,Jadi rakyat terus diperkudakan untuk mendapat kuasa.
gambar dan berita sumber blog ahli parlimen.

No comments:

Post a Comment