Saturday, July 31, 2010

RM 5 untuk iringi Menteri?

Kita kelmarin balik kampung untuk bertemu emak yang membuat kenduri sambut puasa.Apa yang menarik seorang anak kemanakan menceritakan dia dapat RM15.00 jadi ketua iringi konvoi Husni Hanadzlah,Menteri Kewangan

Anak kemanakan itu itu memberitahu lagi terdapat 300 orang muda bermotosikal yang mengiringi Husni Ahli Parlimen Tambun itu melawat kawasan .

Tugas mereka pakai baju t tertera Pemuda UMNO Tambun dan menjerit memberi sokongan kepada Husni Hanazdlah.

Mereka ini bukan ahli pemuda Umno Tambun,tetapi seronok-seronok kerana ingatkan dapatpun paling kurang RM50.00.

Tetapi selesai program,dapat RM5.00 seorang.Mereka punya marah dan maki YB Husni sehingga membakar bendera UMNO dan BN dakwa anak kemanakan lagi.

No comments:

Post a Comment