Sunday, July 18, 2010

Tok Mufti Harussani Usahlah Berbohong lagi?

Kita tertarik dengan cerita Tok Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang bersungguh-sunguh menyakinkan orang ramai terdapat pemimpin PAS bertemu untuk membincangkan penyatuan UMNO-PAS .Beliau seolah berbangga untuk menipu orang .

Buat kata YB Khalil beliau tahu siapa yang bertemu Harussani dan tujuan mereka.(Baca). Tok Mufti Harussani janganlah bercakap untuk menyedapkan pemerintah.Dahulu Tok Mufti menyatakan ramai orang Melayu murtad,bukan sedikit tapi ratusan ribu.Namun sampai kini tidak boleh mengemukakan bukti.

Tok Mufti Harusani tidak perlu untuk kita bersatu dengan PAS untuk menguatkan Melayu dan Islam.Jika berniat murni Tok Mufti boleh menjadi penasihat yang baik kepada DYMM Sultan.Begitu juga Tok Mufti boleh menasihatkan PM Najib guna ruang yang ada dalam Perlembagaan Malaysia.Khususnya Agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Begitu juga boleh gunakan Fasal 151,152,153 perlembagaan persekutuan untuk menolong orang Melayu.Jangan guna otak untuk menakutkan orang Melayu bahawa PRU 13 ,UMNO kehilangan kuasa kerana memberi sokongan kepada PAS

No comments:

Post a Comment