Monday, July 26, 2010

Saman Ekor Mansuh Jika Pakatan Rakyat Jadi Kerajaan-DS Nizar

DS Nizar dalam pertemuan dengan penduduk baru-baru ini menyatakan harapan beliau agar kerajaan baru Pakatan Rakyat memansuhkan saman ekor.Bagi Nizar hasil negara banyak , boleh meringankan kehidupan rakyat.Kembalikan hasil khazanah negara ,dengan rakyat mendapat kebajikan.Bukannya mendapat pendapatan melalui saman ekor.

Bagi DS Nizar saman ekor menzalimi rakyat.Mereka belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah.Beliau juga berasa sedih kerana terdapat penduduk dalam Parlimen Bukit Gantang tidak dapat membaharui cukai jalan semata-mata mempunyai saman ekor.

DS Nizar memberi analisisnya paling kurang setiap keluarga mempunyai 3 atau 4 saman ekor.Saman yang perlu dijelaskan RM300.00. Apa yang kita dengar melalui DS Nizar,kerajaan berjaya mengumpul 2 bilion ringgit hasil saman ekor.

Menurut Nizar saman ekor bukan merupakan satu tindakan yang berkesan dalam menangani masalah kemalangan jalan raya.Kerajaan sepatutnya memikir kaedah yang lebih murni untuk mendidik rakyat.


No comments:

Post a Comment