Wednesday, July 21, 2010

PRU 13 Najib tanding Dun dan Parlimen kerana tidak yakin jadi PM.?

Kita diberitahu YDP Bukit Gantang , Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu beliau di Pahang hanya dua kerusi PAS bertanding tidak ada wilayah Tanah Rancangan Felda.Justeru itu kita pun faham kedudukan PR di Pahang.

Jadi kita pun beranggapan Pahang negeri selamat buat BN dan UMNO.Peluang PAS atau PKR untuk menang banyak kerusi jika tidak kena gayanya ,akan tinggal kenangan Hari Ini Dalam Sejarah.Kita diberitahu hampir 20 kerusi di Pahang ,UMNO tidak mampu dikalahkan ,umpama kukuhnya Gunung Tahan.

Di sinilah congak Najib menurut orang kampung,Najib bertanding DUN di kerusi selamat dalam Parlimen Pekan.Dato' Najib dijangka kekal di kerusi Parlimen Pekan kerana Undi Pos.Bagi Najib menurut orang kampung, beliau tetap mahu menjadi ketua.Walaupun sekadar Menteri Besar Pahang.

Dengan keputusan PRU 13 insyaAllah UMNO ditalkinkan. Kita berperdana menteri daripada Pakatan Rakyat .Jikalau tidak DS Anwar Ibrahim ,insyaAllah Tok Guru Haji Hadi.Najib hanya berpeluang menjadi Menteri Besar Pahang kerana negeri lain termasuk Johor ,izin tuhan dikuasai pentadbirannya oleh kita, Pakatan Rakyat.

Kini Najib sudah mula ketakutan kehilangan Putrajaya dan Tok Mufti Harusani diberi tugas .Paling kurang kerusi Menteri Besar Pahang selamat untuk beliau.


No comments:

Post a Comment