Friday, July 23, 2010

Jom kita bersama Nizar pada 25 Julai ini ,bukan jauh Bukit Gantang ja!

DS Nizar akan bertemu rakyat dalam Bukit Gantang,Ahad ini.DS Nizar dijadual menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Pegawai Khas beliau Zainuddin Hamzah di Masjid Nurul Hidayah Sungai Bemban,Kuala Trong.

Seterusnya bertemu rakyat pada sebelah petang.DS Nizar dijangka ke Program Futsal DPPK Bukit Gantang,di Gelanggang Futsal Bukit Gantang pada 5.30 petang.

Buat sementara ini program yang disusun untuk Nizar ,kuliah Maghrib di Dun Changkat Jering dan Ceramah Isu Semasa di Dun Trong pada pukul 9.30 malam.

Bagi orang muda kita boleh bertemu DS Nizar di Gelanggang Futsal,Bukit Gantang.Di samping kita menyaksikan perlawanan persahabatan antara Team DS Nizar bersama Team Dewan Pemuda Pas Bukit Gantang.

No comments:

Post a Comment