Tuesday, July 13, 2010

Saman Ekor bercanggah dengan undang-undang- DS Nizar.

Pengerusi Pakatan Rakyat Perak merangkap Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyatakan beliau akan membangkitkan isu saman ekor dalam Dewan Rakyat kerana telah menimbulkan banyak masalah kepada orang ramai.


Mungkin dalam sesi soalan tambahan ataupun dalam sidang akan datang DS Nizar akan membangkit Saman Ekor,buat kata YB Khalil,satu pukul curi dari pihak polis.(klik)


DS Nizar menjelaskan tindakan polis menguatkuasakan saman ekor bercanggah dengan undang-undang kerana pemilik kenderaan hanya boleh didakwa dan didapati bersalah di mahkamah dan bukannya diminta terus membayar saman.


"Pengeluaran saman itu agak samar... saya akan membawa perkara ini ke Dewan Rakyat dan minta ia diberhentikan serta-merta kerana ia satu penganiayaan," kata DS Nizar pada sidang akhbar di Pejabat Pakatan Rakyat ,Ipoh.

No comments:

Post a Comment