Thursday, July 22, 2010

Muhyiddin Yassin gagal KPI di bawah 40

Catatan ringkas ini menunjukkan bahawa Muhyiddin gagal dalam mengurus Kementerian Pelajaran .

Isu pertama cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR,ini memberi peluang kepada kerajaan untuk tidak lagi memberi biasiswa kecil persekutuan kepada para pelajar miskin.Biasiswa tidak perlu diberi kepada keluarga miskin,kerana dengan peperiksaan awam mansuh,buku rujukan tidak perlu dibeli dan kelas tambahan tidak perlu dikuti.

Kini biasiswa kecil persekutuan dipotong separuh.Bilangan rakyat miskin layak mendapat biasiswa semakin sempit.

Kedua meminta pihak syarikat membantu sekolah menjayakan kokorikulum.Bagi sekolah yang berguru besar UMNO ,selalunya mereka mengharapkan duit poket kerajaan untuk menjayakan aktiviti pelajar.Syarikat-syarikat pun tidak berminat kerana komisyen.Jadi akhir nya seorang pelajar satu jenis sukan ,sekadar retorika sahaja.

Ketiga guru-guru dibenarkan bertugas di negeri masing-masing khususnya Semenanjung dengan Malaysia Timur.Semuanya guru itu mendapat elaun wilayah .Jadi dengan balik ke kampung ,kerajaan jimat banyak duit.Kerajaan pun kembali ke zaman tiada lagi integrasi kaum.

Hadiah Perkhidmatan Cemerlang untuk para guru ,kini sedang diberitahu kepada mereka yang layak.Hampir dua bulan lewat.Teman guru memberitahu kepada kita,sijil atau wang RM1000.00 belum tahu bila boleh dapat.Teman itu memberitahu ,pihak pejabat meminta beliau bersabar.

Belum lagi penempatan para guru lulusan IPTA.Masih banyak yang belum diberi "Posting".Banyak lagi ,belum isu pasir.

Kegagalan beliau membantu Kerajaan Selangor untuk menangkap dan mendakwa pencuri pasir.Beliau tidak tahu Sistem Kerajaan Persekutuan ataupun Federalisme.Baik sahaja jadi Menteri UMNO untuk orang UMNO,macam Tok Mufti Harussani Tok Mufti orang Melayu.

No comments:

Post a Comment