Wednesday, July 14, 2010

Pasir :Liciknya Kerajaan Selangor?

Menteri yang mungkin digugurkan dalam PRU 13 Datuk Seri Noh Omar mula melakonkan watak sebenar. Noh Omar mendakwa kerajaan negeri Selangor berniat mengelak menyediakan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) ketika memohon kelulusan untuk mengorek pasir di kawasan berhampiran taman rekreasi Paya Indah Wetlands, Dengkil, Sepang.

Jadi Noh mesti mengaum garang untuk beliau menjadi Menteri Besar selepas PRU 13 ?

Undang -undang menjelaskan mana-mana kawasan yang yang ingin diteroka untuk sebarang industri dan aktiviti perlu memenuhi syarat menyediakan Laporan EIA,jika melebihi 50 hektar.

Menurut Akta pengurusan alam sekitar kawasan yang keluasannya melebihi 50 hektar wajib menyediakan laporan EIA sebelum Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan.


"Bagaimanapun, permohonan oleh kerajaan negeri ialah kira-kira 48 hektar tetapi kalau kita lihat kawasan yang diteroka lebih daripada 50 hektar. Ia adalah untuk mengelak mereka daripada kena sediakan laporan EIA," katanya Noh Omar.


Jelas UMNO tidak mampu untuk mengakui kelemahan akta yang mereka luluskan dalam parlimen.Kita pun hairan kenapa perlu tunggu 50 hektar baru perlu laporan EIA.Apa tujuan Ahli Parlimen BN merangka undang-undang yang merugikan flora dan fauna kita.


Mungkinkah kerana Pasir di Selangor bukan milik syarikat UMNO,Noh cuba memburukkan anak syarikat kerajaan Selangor KSSB itu.


Tan sri Khalid Ibrahim menyatakan sistem pengurusan sedia ada yang diamalkan dalam syarikat itu telah berjaya meningkatkan pendapatan daripada pasir daripada RM2.9 juta (2007) kepada RM6.3 juta (2008), RM5.4 juta (2009) dan RM10.3 juta (sebelum cukai pada 2010 setakat Jun).

Lihat 2007 di bawah Khir Toyo pendapatan pasir RM2.9 juta.Sedangkan pemerintahan Pakatan Rakyat baru dua tahun sudah mendapat RM 10.3 juta.


Noh politiklah secara profesional,bukannya zaman baru merdeka.?

3 comments:

  1. Saya rasa hal ini bukan hal politik yang mutlak.. Jika mahu dikatakan hal politik, lebih baik semua tak payah berpolitik. Kalau UMNO bangkitkan isu dikatakan politik, bila PR bangkitkan isu, dikatakan apa pulak?

    Hal politik ni tak akan selesai sebab akhir zaman akan hadir pemimpin yang tidak layak tetapi dilantik jadi pemimpin.. Tanda-tandanya banyak dah berlaku sekarang.. Masa kiamat itu hampir tiba..

    Kalau BN buat kerja, PR bangkit isu.. Kalau PR buat kerja, BN pula buat isu.. Sapa yang betul sapa yang salah sebenarnya ni? Akhirnya orang Melayu-Islam juga yang rugi.. Orng Cina (non-muslim) yang untung belaka.. (Mereka bertepuk tangan melihat kemusnahan Islam)

    ReplyDelete
  2. Dan yang meluluskan puncak bukit untuk perjudian di bawah pemerintahan siapa ya...? Maka sekali lagi sejak dahulu Cina masih lagi untung dalam kelam mahupun terang... Melayu dah lama rugi, tanah orang kampung dah lama tergadai lantaran alasan pembangunan, itu semua sebelum PR wujud... Malah kebanyakkan ahli PR hari ini dari kalangan UMNO pada awalnya. Mengutuk PR samalah juga mengutuk UMNO kembali kerana kebanyakkannya lahir dari produk UMNO, mak bapak mereka juga UMNO...

    Siapa yg edit gambar fitnah Lim tengah sembelih lembu sedangkan Nizar yang mukanya macam kecinaan yg sembelih lembu itu, nasib baik kepala lembu tak dijaja melata negeri...

    Melayu perlu bergandingan sesama sendiri dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, tukar semua pemimpin yg bermuka muka yg ada sekarang... "Bersatu kita bersama dengan setia berganding bahu..."

    ReplyDelete
  3. Islam tidak musnah, yang musnah adalah peradaban sesuatu bangsa, maruah sesuatu bangsa yang tidak mengamal ajaran Islam dengan ikhlas.

    Islam kekal selama-lamanya...

    ReplyDelete