Sunday, July 4, 2010

Ustaz Ibrahim ditahan di bawah Undang-undang Darurat Mesir.

Ustaz Ibrahim atau nama sebenarnya Muhammad Zulkifly bin Mohd Zakaria kini telah ditahan selama 18 hari.

Ketua Penerangan Dewan Ulama' Pas Perak itu diberitakan ditahan di bawah Undang-undang Darurat Mesir. Peringkat awal ini Ustaz Ibrahim itu akan dtahan selama sebulan dan dijangka dibebaskan pada 13 Julai ini. Namun bergantung kepada siasatan pihak Mesir.

Menurut A.kohillan Pillay ,Timbalan Menteri Luar ,rakyat Malaysia itu ditahan di bawah Undang-undang Darurat yang boleh menahan mana-mana individu tanpa pendakwaan untuk siasatan berhubung kegiatan pengganas atau pengedaran dadah.

Kohilan juga menyatakan Ustaz Ibrahim tidak diketahui di mana beliau ditahan dan masih diperlukan untuk siasatan lanjut.

Sehubungan dengan itu Kohilan juga menjelaskan Wisma Putra tetap memantau perkembangan Pelajar Sarjana Syariah,Universiti Zamalek,Kaherah.

No comments:

Post a Comment