Saturday, July 31, 2010

Menteri: Pemuda Umno usah berkokok

Memang benar apa yang dikata Menteri Pengajian Tinggi,Khaled Nordin,Pemuda UMNO jangan berkokok di luar sahaja.Jika mempunyai idea dan cadangan kemukakan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi.(rujuk)

Khairy Jamaluddin mesti berani,terdapat Menteri Kabinet yang menjadi Ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden ditipu hidup-hidup oleh Ling Leong Sik.

Khairy sepatutnya usah bergaduh hujah dengan Ibrahim Ali,orang kuat Perkasa. Menghabiskan boras sahaja.

Lebih baik hujah membela rakyat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO,bertambah pula menteri yang jadi Ahli Mesyuarat bodoh,mudah ditipu.?Siapa yang menipu Ling Leong Sik.

Lagi satu Khairy usahlah menipu diri sendiri,menghentam Pakatan Rakyat khususnya DS Anwar Ibrahim.Khairy sepatutnya bekerjasama dengan PR membela rakyat.Isu perkauman usah ditimbulkan.Jelaskan kepada rakyat UMNOlah yang mengkhianat orang Melayu.

Mana rakyat diutamakan,sedang harga barang naik.Kalau setakat isu pasir di Selangor riuh -rendah , lebih baik bantulah Khalid Ibrahim dengan menasihat kerajaan Selangor jangan menghampiri rasuah.Kelak diazab api neraka!

RM 5 untuk iringi Menteri?

Kita kelmarin balik kampung untuk bertemu emak yang membuat kenduri sambut puasa.Apa yang menarik seorang anak kemanakan menceritakan dia dapat RM15.00 jadi ketua iringi konvoi Husni Hanadzlah,Menteri Kewangan

Anak kemanakan itu itu memberitahu lagi terdapat 300 orang muda bermotosikal yang mengiringi Husni Ahli Parlimen Tambun itu melawat kawasan .

Tugas mereka pakai baju t tertera Pemuda UMNO Tambun dan menjerit memberi sokongan kepada Husni Hanazdlah.

Mereka ini bukan ahli pemuda Umno Tambun,tetapi seronok-seronok kerana ingatkan dapatpun paling kurang RM50.00.

Tetapi selesai program,dapat RM5.00 seorang.Mereka punya marah dan maki YB Husni sehingga membakar bendera UMNO dan BN dakwa anak kemanakan lagi.

90 peratus Rogol Orang Melayu-Itu Bukti Umno Gagal

Kita membaca petikan laman portal secara purata setiap tahun sejak lima tahun kebelakangan ini, sebanyak 1,800 kes rogol dilaporkan di negara ini dengan 90 peratus daripadanya membabitkan golongan Melayu.


Menurut Kamal Afandi Hashim berkata meskipun 90 peratus daripadanya merupakan golongan Melayu tetapi ia tidak harus dipandang negatif kerana ia menunjukkan sikap keterbukaan golongan itu yang berani tampil melaporkan kes rogol yang berlaku terhadap diri mereka.


Namun bagi kita ,selagi UMNO memerintah Malaysia ,selagi itulah masalah sosial orang Melayu tidak dapat dicegah.


Kita lihat penyalahgunaan dadah,UMNO masih gagal.Orang Melayu yang menagih bertambah.Pintu sempadan masih bolos.Dadah masih boleh diedar.


Marilah kita bersama-sama bekerja keras untuk memenangkan Pakatan Rakyat.Dengan pemerintahan Pakatan Rakyat di Malaysia,insyaAllah kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia lebih terjamin.


Ayuh,kita cari pengundi muda untuk mengundi Pakatan Rakyat.

Friday, July 30, 2010

Ling Leong Sik Tipu Kerajaan Pergi Mahkamahpun Tangan Tak Bergari.

Ling Leong Sik diringi isteri dan anak datang ke Mahkamah untuk didakwa atas menipu Jemaah Menteri .Tersenyum macam tidak ada apa.Tanganpun tidak bergari . Gambar Rohaizat Md Darus- The Star.


Beberapa orang penduduk yang mengenali kita memberitahu Ling Leong Sik yang dituduh menipu kerajaan tidak pun bergari apabila di bawa ke Mahkamah.


Jika curi telur ayam,curi beberapa tin susu dekat Pasaraya atau pecah masuk rumah orang siap tangan bergari apabila dibawa ke Mahkamah untuk didakwa.


Mereka juga memberitahu kita nilai penipuan Ling Leong Sik bernilai juta ringgit .Perdana Menteri dan Menteri-menteri ditipu hidup-hidup.



Itu bezanya,orang biasa atau ikan bilis yang belum didapati bersalah oleh mahkamah ,dibawa ke Mahkamah tangan mesti bergari.Orang besar ,siap tersenyum dan berbangga tidak perlu bergari tangan.

Dua Ceramah Malam Esok- Zambry dan Nizar pilihan siapa.

Esok 1 Ogos terdapat dua ceramah.Satu anjuran UMNO dan Kerajaan BN Perak di Pekan Bukit Gantang. Zambry Kadir akan dijangka berceramah dalam program mereka.Program mereka Rapat 1 Malaysia.

Ceramah anjuran PKR bertempat di Pejabat PKR Taman Molek Simpang pada 1 Ogos ini menampilkan DS Nizar dan Dato' Zaid Ibrahim.

Kita akan melihat sambutan rakyat terhadap dua ceramah ini.Satu tempat mempunyai agensi kerajaan membantu UMNO.Satu tempat lagi di Perkarangan Pejabat PKR Cabang Bukit Gantang.Kita akan melihat sambutan rakyat.

Siapakah MB yang masih popular dalam kalangan rakyat. UMNO mahu melihat tanda aras sokongan rakyat terhadap mereka.

Jom penyokong Pakatan Rakyat kita mendengar Ceramah MB Rakyat DS Nizar esok 1 Ogos.Kita turun ramai-ramai beri sokongan.

Kasihan Pak Cik Ini Kena Saman Ekor

Kereta yang dipandu laju WAM 6376,tetapi kereta kancil yang kena menjadi mangsa kezaliman"ISA kedua" tidak boleh diperbaharui cukai jalan kerana penama kereta tidak membayar saman ekor.
Hj Haris di hadapan kereta kancil beliau,kereta kancil ini atas nama anak beliau.Beliau terpaksa membayar saman anaknya .

Kasihan Hj Haris ini,jadi mangsa saman ekor.Anak beliau yang memandu laju,kereta pula atas nama anak,kereta beliau yang guna tetapi apabila ingin baharu cukai jalan tak boleh.

Beliau terpaksa menjelaskan RM300.oo untuk membolehkan beliau dapat"rood tax".Anak beliau yang makan nangka beliau yang kena getah.

Kita diberitahu jikalau dekat England tiada saman ekor.Jika ada polis trafik pun bersopan,melakukan operasi secara terang dan nampak oleh pengguna jalanraya.Bukan seperti di Malaysia secara sembunyi,dalam semak,bawah jambatan ,celah tiang dan atas bukit.Sudah ada niat mencari untung atas angin.

Kilang kereta nasional pula tak pula buat had laju meter 80 satu kolometer sejam untuk kereta nasional.

UMNO ingat perintah Negeri Perak Macam Duit Emak Bapak Dia.

Sidang DUN Perak 3 Ogos ini dijangka menarik.Harapan kita Adun Pakatan Rakyat terus mempertahankan hak mereka sebagai wakil rakyat yang dipilih rakyat.


Penyalahgunaan duit rakyat perlu ditentang dan dibongkar.UMNO pimpinan Zambry ingat memerintah Perak seperti duit Emak Bapak dia.


Zambry juga sebelum ini menggunakan wang kerajaan dengan menyumbang sebanyak RM50,000 kepada bahagian-bahagian MCA di Perak.


Jika MCA dapat duit ,kita yakin imbuhan sama turut diberikan kepada Umno di negeri itu secara rahsia, akhirnya semua kaum kerabat BN Perak dapat.Jika tidak sudah tentu mereka riuh sekampung.


Mengujudkan beberapa jawatan baru di dalam pentadbiran negeri seperti perlantikan tiga penasihat kerajaan dan seorang pegawai penerangannya sebagai satu tindakan membazir wang rakyat.Negeri Perak mempunyai pelbagai agensi,agensi itu boleh mengurus dan membantu rakyat.


Dengan kerajaan negeri terpaksa memperuntukkan gaji dan faedah-faedah lain kepada mereka.Lebih baik rasanya kita mengguna wang yang dikeluarkan itu untuk menjaga kebajikan rakyat.


Selain itu, tindakan Zambry "syok sendiri" meletakkan poster dan iklan mempromosi diri beliau sendiri di seluruh negeri satu lagi pembaziran.Semua ini untuk kroni mereka yang membuka syarikat pengiklanan.

Kita yakin wakil rakyat kita akan berhujah untuk rakyat,mengapa perlu usul bajet tambahan RM 80 juta di bawa dalam sidang kali ini.Kenapa tidak tunggu sidang DUN akan datang untuk membentang Bajet 2011.

Cerita Budak Sekolah Kabinet Malaysia Kabinet Bodoh.


Budak sekolah memberitahu kita,Kabinet BN betul-betul Kabinet orang bodoh.Semua Menteri kena tipu hidup-hidup.

Seorang penduduk Tionghua beritahu kita, Anugerah Tun menyebabkan Ling Liong Sik tidak akan disiasat berhubung aset yang beliau miliki.

Menurut seorang penduduk Kampung Air Kuning ,Changkat Jering.Tindakan dakwa Ling Leong Sik sebaik sahaja Najib PM satu Malaysia bercuti ke luar negara.Akhirnya lepas begitu sahaja.Lihat Eric Chia dan Kasitah Gadam bicara dan dakwa bagai nak rak sebelum PRU 12,tetapi akhirnya tiada bukti untuk dihukum.Mereka didapati tidak bersalah oleh mahkamah.


Kini Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri

Bekas presiden MCA itu didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.


Ling juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.


Ling yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun yang sama.


Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Manakala pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan iaitu penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Sekali lagi kita boleh melihat sejarah.Adakah sejarah berulang lagi?


Betul-betul hebatnya Malaysia sebab Jemaah Menteri kena tipu.Yang menipu pula mendapat anugerah TUN.

Ingatan Nizar Jangan Makan Harta Anak Yatim

DS Nizar dalam ucapannya semasa majlis sumbangan untuk anak yatim piatu Nazirul Al-Hafiq dan Nurul Natasya Ezreen meminta kita tidak mendustakan Allah s.w.t dengan memakan harta anak yatim.

DS Nizar menjelaskan lagi adalah celaka bagi mereka yang tidak pedulikan nasib anak-anak yatim.Nizar menegaskan dengan berada bersama anak-anak yatim insyaAllah ,Allah s.w.t mengampuni dosa-dosa medreka.Apabila bersama anak yatim kita hendaklah mengusap ubun-ubun mereka seperti sunnah nabi.

Thursday, July 29, 2010

Perkasa Suaranya- Vendor Boikot Untuk Edar

Pihak vendor tidak berani mengedarkan akhbar suara perkasa .Mereka boikot bukan kerana marahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) .


Kebanyakan Vendor teman-teman kita orang India dan orang Tionghua.Jadi mereka tahu tidak perlu mengedar akhbar suara perkasa yang berbau perkauman.

Mereka tau tidak sesuai dengan 1 Malaysia.Mereka tahu mengapa mahu menolong suara perkasa yang merosakkan keharmonian perpaduan kaum.

"Setakat ini kita belum dapat lagi maklumat (berapa naskhah terjual)," kata Daud Ibrahim ketika ditanya tentang sambutan terhadap akhbar itu Suara Perkasa yang sukar ditemui di kedai-kedai.

Dalam edisi sulungnya sebelum ini, akhbar itu bermula 'garang' dengan tajuk muka depannya berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA" - tindakan yang mengundang amaran keras daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bagi Vendor lebih baik membantu akhbar Pakatan Rakyat yang lebih berwibawa dan bertanggungjawab.

Kasihan Perkasa suaranya diboikot Vendor Akhbar untuk dijual.

Jadual Berbuka Puasa dari Nizar-Minat ambil di Pusat Khidmat


YB Hamidah Osman Exco Perak Beri Rakyat Beras Hancur 15 %?

Kita mendapat maklumat Ketua Penerangan Batu Gajah,YB Hamidah Osman Exco Perempuan Kerajaan Mahkamah memberi bantuan rakyat miskin dalam Dun Sg Rapat,Parlimen Gopeng.

Seronoknya orang miskin tetapi akhirnya mereka pun tak sudi menerimanya.Penduduk yang mempunyai maruah tadi menolak pemberian kepada mereka.

Dikatakan YB Hamidah Osman,orang kesayangan Zambry Kadir itu menghina penduduk miskin dengan memberi bantuan beras hancur 15 pratus.

Jadi orang kampung tadi menyindir Hamidah,setakat beras hancur mereka pun tak ingin.Mereka pun makan beras hancur 5 peratus.Dakwa mereka Hamidah Osman punya kedekut,kedekut tahi hidung masin.

Bantu rakyat guna duit rakyat,tetapi bantu pula beri beras hancur 15 peratus bersubsidi.

PRU Semakin Dekat UMNO Gempur Bukit Gantang.

UMNO Bukit Gantang menggunakan agensi kerajaan untuk menggempur Bukit Gantang.Program yang bermula 31 Julai hingga 1 Ogos ini di Dataran Pekan Bukit Gantang.

Dijangka 45 buah agensi kerajaan mengambil bahagian untuk menarik orang ramai datang.Program Rapat 1 Malaysia itu peringkat Perak itu kononnya untuk meraikan bulan kemerdekaan.

UMNO ingin melihat sambutan rakyat khususnya untuk menguji pengaruh mereka dalam kalangan orang Melayu.Jika berjaya ini satu isyarat kepada BN dan Najib untuk mengadakan pilihanraya umum.

Parlimen Bukit Gantang merupakan tanda aras untuk UMNO Perak.Mereka ingin menguji sokongan orang Melayu.

Bagi kita yang telah menetap di sini,kita tahu pengaruh Pakatan Rakyat cukup tinggi .UMNO terpaksa menggunakan pelbagai agensi kerajaan untuk memenangi hati rakyat.Umno tahu rakyat Bukit Gantang tidak bersama mereka. Mereka hanya berharap dengan UMNO kerana ada kuasa.Hilang kuasa UMNO tidak berbafas lagi di Bukit Gantang,insyaAllah.

Heboh Kuda Tunggangan Osman Jailu Ingin Masuk Pas

Kita dikhabarkan teman-teman Dun Changkat Jering terdapat anggota pengkhianat yang menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ingin menjadi ahli PAS.

Individu itu bercadang menjadi ahli UMNO di sebuah cawangan dalam Dun Changkat Jering tetapi ditolak UMNO Cawangan itu.Jadi pilihan dia hanya PAS,sebab ahli PKR dan UMNO memang membenci beliau.

Namun Pas Bukit Gantang ,pada pandangan kita tidak akan menerima pengkhianat yang menjatuhkan sebuah kerajaan sah rakyat di Perak.Dosa orang suruhan Osman itu tetap diingati.

Pimpinan UMNO cawangan yang mengenali kita ,memberitahu "budak suruhan Osman " itu bermasalah ,jika UMNO cawangan terima dia menjadi ahli UMNO cawangan itu akan mati.Ahli-ahli UMNO akan boikot.

Kita diminta pandangan,kita memberitahu kita akan menentang kemasukan budak Osman Jailu menjadi Ahli Pas kerana beliau memang bermasalah.Mana mungkin bersekongkol dengan Osman Jailu menjatuhkan kerajaan rakyat.

Bagi Osman Jailu,sepah perlu dibuang,kerana madu sudah didapati.Bagi budak Osman itu,kepentingannya untuk mendapat hadiah dan habuan Osman Jailu,tetapi kini Osman tidak percaya dengan dia lagi.Untuk menyelamatkan diri pilihan dia hanya PAS.

Kita pun melihat budak Osman yang bercita-cita hendak menjadi Ahli Pas itu keseorangan.

Sementara itu seorang teman memberitahu kita Budak Suruhan Osman Jailu itu mungkin diupah untuk menjadi Ahli Pas untuk merosakkan hubungan Pakatan Rakyat Bukit Gantang. Mereka juga menegaskan untuk merosakkan PAS Bukit Gantang.

Wednesday, July 28, 2010

Semasa DS Nizar Jadi Menteri Besar Mereka Juga Buat Macam Lim Guan Eng.

Kasihan dan kita bersimpati dengan YAB Lim Guan Eng kerana masih lagi terdapat pegawai kerajaan yang tidak memberi kerjasama kepada beliau.

Dahalu DS Nizar juga begitu terdapat Pegawai Kanan Kerajaan tidak memberi kerjasama kepada beliau semasa menjadi Menteri Besar.Malah orang kecil di Pejabat SUK juga lebih sudu dari pada kuah.

Kita lihat satu contoh bagaimana menurut YAB Lim Guan Eng , kos untuk merobohkan gerbang Taman Botanik gerbang condong itu menelan belanja sebanyak RM90,000 manakala kos untuk membinanya pula menelan belanja RM150,000.

Justeru itu kata YAB Lim Guan Eng , keseluruhannya, sejumlah RM240,000 wang pembayar cukai telah dibelanjakan ke atas satu projek yang tidak membawa manfaat kepada rakyat.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini, Lim berkata, oleh kerana projek itu adalah projek persekutuan, SDO melalui pegawainya Nik Ali Nik Mat Yunus adalah pihak yang bertanggungjawab menjawab semua soalan itu .Walaupun Nik Ali menafikan pejabat SDO terlibat dalam mengendalikan projek berkenaan.

Kini Nik Ali mengulangi perbuatan Pegawai Kanan di Pulau Pinang seperti mana pemerintahan awal Kerajaan PAS Kelantan tahun 1990 Pegawai Kanan tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan Pilihan Rakyat.


Minum Kedai Orang UMNO.

Kita baru-baru ini minum di Kedai Orang UMNO.Kita pergi ke Kedai Orang UMNO itu menggunakan kereta Pick Up Pusat Khidmat Ahli Parlimen,sudah tentulah terdapat gambar DS Nizar.

Sebagai petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen,kita kadang-kadang berehat dan berhenti minum di mana-mana gerai yang berdekatan dengan tujuan kita.Namun begitu jika kita minum di kedai atau warung orang UMNO kita akan ditegur.Sehingga kita sudah disyaki rapat dengan Orang UMNO itu.

Baru minum sahaja,deringan telefon akan berbunyi.Kita seperti biasa memberitahu kita bertugas dengan Sekretariat Parlimen ,bertemu masyarakat .Imej yang kita bawa mendekati masyarakat bukan setakat musim pilihanraya sahaja.

Begitu juga apabila kita melawat anak yatim bersama DS Nizar baru-baru ini ,kita juga diberitahu keluarga mereka menyokong UMNO dan mempunyai masalah.Tergamak orang kampung memberitahu DS Nizar ,tetapi DS Nizar tetap bersedia membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Justeru itu kita berasa simpati dengan Dato' Hasan Ali yang menerima ujian dan dihentam banyak pihak sekadar bertemu Tok Mufti selaku Exco Kerajaan Selangor.

Bersabarlah Dato'Hasan Ali ,Tok Guru Nik Aziz lagi hebat ujian yang dihadapi.

Tuesday, July 27, 2010

Bersyukur kita anak Major Dzulkafli Ahmad selamat.

SELAMAT...Nurulfatin Farhanah Dzulkafli (kanan) dan kakaknya, Siti Haida terselamat apabila kereta keluarga mereka dilarikan tiga lelaki yang tidak dikenali di Kuala Kangsar, Perak semalam. Turut hadir ibu mereka, Fauziah Shafie (kiri) yang sedang bercakap dengan saudara terdekat berhubung insiden malang yang menimpa keluarganya. Foto THE STAR Oleh: RASLAN BAHAROM .


Kita menerima SMS Setiausaha Kawasan memberitahu terdapat orang yang melarikan kereta Mejor Dzulkafli.Dlam SMS itu kereta bernombor AHA 8968 bewarna hitam dilarikan perompak.


Tiga orang perompak itu melarikan kereta itu bersama dua orang anaknya.Alhamdulillah telah anak beliau dijumpai di Lenggong .Kereta pula ditemui di Kelantan.


Bagi pihak PAS Kawasan kita menyampaikan perasaan simpati dan empati kepada Major Dzulkafli Ahmad.


Major Dzulkefli yang bertugas di Kuala Lumpur berkata ketika kejadian, beliau dan isterinya meninggalkan kedua-dua anaknya itu di dalam kereta dengan enjin masih hidup, untuk mengambil gambar di sebuah kedai di Jalan Sagor.


Apabila kembali, beliau melihat tiga lelaki meluru masuk dengan pantas ke dalam keretanya dan melarikan kenderaan itu ke arah Gerik, katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Cikgu Din, Janganlah Sembunyi-Sembunyi Lagi Jadi Orang Kuat Nizar

Ek-ele menulis dalam blognya Cikgu Din,Jangan Sembunyi-sembunyi Lagi Jadi Orang Kuat Nizar.

Maaf Ek Ele ,silap orang kut, kita sudah tidak mengajar lagi.Kita mengajar rakyat celik politik.Namun begitu tahniah kepada para guru boleh berpolitik.Ek-ele kita diberitahu seorang blogger yang hebat.

Seorang teman guru menghantar SMS, selepas ini kita lawan UMNO sampai masuk kubur,guru itu DG 48.

Kita lawan UMNO bukan lawan kerajaan,pesan teman itu lagi.Kebetulan kita meminta teman itu untuk menjadi penceramah.Ceramah pula ceramah berkelompok.Beliau bertambah semangat untuk bertemu masyarakat.

Berikut disiarkan tulisan Ek-ele,terima kasih ek -ele sekurang-kurang buat iklan blog kita.

Kitapun tidak terkejar pelayar blog ek.ele yang semakin banyak.

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik.

Jadi bolehlah selepas ini guru-guru bloger tidak perlu lagi menyembunyikan identiti masing-masing dalam berblog. Sebelum ini semua takut-takut lalu menyembunyikan identiti mereka. Bukannya takut apa, takut kena tukar sekolah. Maklumlah sekolah 'lani' sudah dikira bagus. Amacam Cikgu Din, SisiBukit. Cikgu Din, janganlah sembunyi-sembunyi lagi jadi orang kuat Nizar.

Janganlah pula ada guru-guru DG48 tidak mahu melangkah ke DG52, kerana ingin terus terlibat dalam politik seperti yang dibenarkan. Kalau dah 'masyuk' banyak, oklah. Umnolah tu. Kalau dah 'masyuk' banyak-banyak letak jawatan. Kita ni... kalau dah DG52 pun, kita hentam semacam...

Apa-apa pun kita berblog secara elok. Tak ada pun yang menyalahi peraturan. Harap-harap begitulah sepanjang masa.

Monday, July 26, 2010

Nizar tetap di sanubari rakyat-Sambutan Pengunjung Ekspo.

Kita diminta pihak menganjur Ekspo Usahawan Bumiputra untuk mendapat ruang masa DS Nizar ke Program Kemuncak Ekspo di Perkarangan Letak Kereta Giant.Jadi kita memberitahu DS Nizar bersedia untuk menyerikan majlis mereka.

Sebaik selesai DS Nizar berceramah di Bat Hampar,DUN Trong.DS Nizar dan rombongan bergerak ke Pasaraya Giant. Kita sampai lebih kurang 12.30 malam.


Ekspo Usahawan Bumiputra yang telah diadakan selama 10 hari dan malam terakhirnya pada 25 Julai ,dimana telah diadakan cabutan bertuah,hadiah utamanya sebuah kereta Iswara Aeroback.

Pihak penganjur telah memberikan penghormatan kepada YB DS Nizar hadir sebagai tetamu Istimewa untuk menyampaikan Hadiah Utama kepada pemenang.


DS Nizar bersama penganjur meraikan pemenang hadiah kedua.

Ribuan pengunjung hadir dalam majlis itu,teruja dengan kehadiran DS Nizar sebagai Tetamu Istimewa bila diumumkan oleh pengacara Majlis.


DS Nizar menyampaikan kunci kereta Proton Saga Pemenang Hadiah Utama...

DS Nizar , dan Hj Zulkifli Mat Lazim ,Pemenang bergambar disamping kereta yang dimenangi.Turut kelihatan Ustaz Nordin Jaafar.

berita dan gambar sumber blog parlimen.

Saman Ekor Mansuh Jika Pakatan Rakyat Jadi Kerajaan-DS Nizar

DS Nizar dalam pertemuan dengan penduduk baru-baru ini menyatakan harapan beliau agar kerajaan baru Pakatan Rakyat memansuhkan saman ekor.Bagi Nizar hasil negara banyak , boleh meringankan kehidupan rakyat.Kembalikan hasil khazanah negara ,dengan rakyat mendapat kebajikan.Bukannya mendapat pendapatan melalui saman ekor.

Bagi DS Nizar saman ekor menzalimi rakyat.Mereka belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah.Beliau juga berasa sedih kerana terdapat penduduk dalam Parlimen Bukit Gantang tidak dapat membaharui cukai jalan semata-mata mempunyai saman ekor.

DS Nizar memberi analisisnya paling kurang setiap keluarga mempunyai 3 atau 4 saman ekor.Saman yang perlu dijelaskan RM300.00. Apa yang kita dengar melalui DS Nizar,kerajaan berjaya mengumpul 2 bilion ringgit hasil saman ekor.

Menurut Nizar saman ekor bukan merupakan satu tindakan yang berkesan dalam menangani masalah kemalangan jalan raya.Kerajaan sepatutnya memikir kaedah yang lebih murni untuk mendidik rakyat.


Penduduk Panas Dengan Najib-Tanda Protes

Penduduk ramai yang tidak berbaju,menurut teman-teman yang bersama DS Nizar pada hari itu,Penduduk panas tanda Protes Pemerintahan BN yang zalim.

DS Nizar meminta penduduk Sg Rotan ,tidak kira orang Melayu ,India atau Cina terus menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU 13.
Kebanyakan tidak berbaju kerana panas hati dengan Najib yang menzalimi rakyat

DS Nizar bertemu masyarakat Tionghua Sg Rotan,Trong.DS Nizar memberi sedikit penjelasan berkaitan kenaikan harga barang.Beliau memberitahu kesan kenaikan harga menyebabkan kos hidup rakyat semakin tinggi.

DS Nizar menyelar Kerajaan Najib yang mengumumkan kenaikan harga barang setelah Sidang Parlimen ditangguhkan.

sumber berita dan gambar :blog ahli parlimen.

Nizar ziarah penduduk-Bersabarlah dan berzikirlah


Kelmarin lebih kurang tiga petang kita menemani DS Nizar menziarah penduduk Kg Batu 26,Batu Hampar,Jln Beruas dalam Dun Trong.

Pak Long gelaran yang sering dipanggil DS Nizar jika bertemu penduduk sudah agak lama terlantar sakit.

DS Nizar menasihat keluarga Pak Long supaya bersabar dan dengan ini sebagai satu ibadah menjaga orang sakit.Kepada Pak Long meminta selalu berzikir mengingati Allah s.w.t,jangan sangat melayani bisikan atau gangguan syaitan.

InsyaAllah dengan kita selalu mengikuti DS Nizar bertemu penduduk,kita juga menjadi lebih bersabar dan mensyukuri nikmat Allah s.w.t.

Namun apa yang kita kesalkan,penduduk Kampung BT 26,Batu Hampar ini masih belum memiliki geran hak milik,malah diminta mengosongkan tempat duduk mereka yang telah mereka terokai semenjak 53 tahun lalu.

Keluarga yang DS Nizar ziarah ini juga masih tidak bergeran dan masih dalam hak milik tanah TOL.

Ikut Nizar bersama pemuda-Pesan Nizar jangan lupa solat.

Kita kelmarin mengikuti DS Nizar bersama YDP Kawasan Ustaz Nordin Jaafar bertemu penduduk dalam Parlimen Bukit Gantang.

Menyusun Program DS Nizar memerlukan kesabaran cukup tinggi.Masyarakat ingin bertemu dan berbual mesra bersama Nizar.Tak susun mereka kecil hati dan kita yang "kena".

Selalunya semua penduduk ingin sentuhan terbaik DS Nizar.Kita yang duduk dalam Team sekretariat Parlimen berterima kasih kepada YDP Ustaz Nordin Jaafar yang masih memberi kepercayaan kepada kita untuk membantu PAS Kawasan Bukit Gantang.

Tarikh akan datang 31 Julai ini.Kita jumpa Nizar nanti.

Baru-baru ini 25 Julai bersama Orang Muda Geng Kita di Gelanggang Futsal Bukit Gantang.Mengikut rancangan awal perasmian penutup pukul 5.30 petang.Tetapi kerana masalah teknikal perasmian penutup pada pukul 4.45 petang.



DS Nizar menyampaikan hadiah kepada pemenang.Berbaju kuning,YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar.

DS Nizar bergambar kenangan dengan pasukan Naib Johan.Turut Kelihatan YDP Ustaz Nordin Jaafar dan KP Idriz Zakaria.

DS Nizar berucap antara lain meminta para pemain supaya tidak melupakan solat.

DS Nizar sedang menunggu tiupan wisel Refri untuk memulakan sepakmula perlawanan persahabatan Pemuda Kawasan bertemu TeaM DS Nizar,pasukan kami kalah 3-1.

berita dan gambar:blog ahli parlimen

Sunday, July 25, 2010

Sepetang Bersama Nizar bertemu anak yatim-moga-moga Allah s.w.t mengampuni kita.

Hari ini 25 Julai , 6 petang tadi YB Ahli Parlimen Bukit Gantang DS Hj Nizar bersama Mutiara Infaq telah meraikan dua orang anak yatim piatu.Program diadakan dirumah sewa keluarga Allahyarham Roslan Jebong Kiri,Matang.

Adik Nurul Natasya Erren bt Roslan dan adiknya Nazirul Al-Hafis bin Roslan yang bersekolah di Sekolah Bistari Darul Mulkan masing-masing di darjah 6 dan 4.NGO Islam itu dan DS Nizar mengambil peluang untuk bertemu kedua anak yatim piatu untuyk menghulurkan sedikit sumbangan.

YB DS Nizar ,bersama Hj Zulkifli Md Lazim Pengerusi Kumpulan Hospital Bersalin muslimah merangkap Penasihat Mutiara Infaq-Badan Komiti Anak-anak Yatim telah mengambil masa lebih setengah jam untuk beramah mesra dengan kanak-kanak itu.

Kedua dua anak yatim menghidap penyakit yang memerlukan rawatan berkala tinggal bersama nenek mereka.

Kedua-dua ibu bapa mereka telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu kerana penyakit.

Atas dasar prihatin YB Hj Nizar melalui Pusat Khidmat beliau akan cuba membantu dan menyelesaikan urusan bil Air yang tertunggak dan bekalan air telah dipotong kerumah itu.

YB Nizar bersama Nurul Natasya anak sulung Allahyarham Roslan

DS Nizar bersama anak yatim .

DS Nizar,Ustaz Nordin dan Hj Zulkifli Mat Lazim menyampaikan sumbangan kepada adik
Nasrul..
.
Selesai program sumbangan,YB DS Nizar menaiki Motor ke Gerai Kopi berdekatan di Matang Road.

Team Muslimat Pusat Khidmat PAS bergambar bersama DS Nizar dan anak-anak yatim

sumber berita:blog ahli parlimen

Jom kita dengar ceramah Nizar malam ini 25 Julai.

Jom kita pergi mendengar ceramah daripada DS Nizar Jamaluddin malam ini.DS Nizar akan menyampaikan beberapa pesanan kepada kita.

DS Nizar didadual berceramah bersama YDP Kawasan Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar.

Jangan lupa malam ini 9.45 malam DS Nizar di BT 26,Batu Hampar.,Jalan Beruas.

Mai tau,SB pun nak mai dengar ,tak kan kita tak mahu dengar.

Saturday, July 24, 2010

TPM umpama Burung Kakak Tua

Kita menbaca apa yang tersirat ucapan Muhyiddin Yassin .Kita memberi tafsiran sebaliknya.

Ssatu keadaan yang begitu teruk. BN cekap, membela rakyat dan boleh membuat apa saja untuk menentukan rakyat hidup dengan selesa.Tetapi kita menjual telaga minyak,demam denggi semakin meningkat,belum lagi anak luar nikah dan jumlah penagih dadah Melayu semakin meningkat."

Tetapi sebenarnya BN hanya bercakap, cakap mereka tidak serupa bikin, cakap pihak pembangkang tak serupa bikin. BN pandai berkata-kata seperti burung kakak tua...kita boleh menyanyi tapi kita tidak tahu apa yang BN buat.

BN khususnya UMNO ,tahu Selangor denyut nadi rakyat.Gagal mengambil alih Selangor,harapan Muhyiddin Yassin hendak menjadi Perdana Menteri,jauh panggang dari api.

Justeru itu mereka menggunakan apa sahaja cara untuk memfitnah PR Selangor.DS Anwar Ibrahim dijadikan medium untuk menggagalkan momentum rakyat menyokong Pakatan Rakyat.

Pemukiman PAS Perak di Cameron Highland-Tentukan Hala Tuju PRU 13.

Pimpinan Pas Perak kini berada di Tanah Tinggi Cameron,Pahang untuk bermukim selama dua hari tiga malam.

Retreat Pas Perak dijangka membincangkan strategik PAS Perak dalam menawan 21 kerusi DUN yang diperuntukkan kepada PAS.

Kita mengharapkan juga PAS Perak dapat mencari jalan bagaimana berlawan dengan jentera UMNO untuk kita menyakinkan orang Melayu khususnya terus bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

Pemukiman yang berlangsung di Tanah Tinggi Cameron itu mungkin memberi peluang pimpinan untuk memanaskan sesi perbincangan.Hasilnya nanti ,insyaAllah amat bernilai.

Kita mengharapkan retreat selama dua hari tiga malam bermula 23 Julai tu memberi suntikan kepada pimpinan PAS Perak untuk menjuarai isu rakyat.

Selamat berkampung pimpinan PAS Perak.

PLKN wujud, kes buang bayi dan anak luar nikah makin banyak?

Kewujudan PLKN sejak tahun 2003 kelihatan tidak memberi kesan kepada anak muda.Kes pembuangan bayi dan anak luar nikah pula semakin meningkat seolah-olah seperti bencana negara.

Setiap tahun kerajaan membazirkan RM 500 juta untuk program PLKN. Apa yang kita diberitahu program ini disertai banyak remaja yang bermasalah ,merekalah yang lebih berani untuk merempit apabila tamat tempoh PLKN.

Tempoh tiga bulan untuk membangkitkan patriotisme pemuda-pemudi menjadi tidak berkesan.Tiga bulan mana mungkin membentuk semangat nilai positif diri pelatih.Jika PLKN ditubuh untuk membentuk semangat integrasi kaum,nampak benar selama 11 tahun mereka di bangku persekolahan Kementerian Pelajaran tidak berjaya merubah golongan muda.

Program PLKN menguntungkan mereka yang rapat dengan pemerintah.Syarikat pembekal makanan,pembekal pakaian seragam,pengusaha pengangkutan dan kontraktor membina tapak kem dan selenggaraan kem.

Alangkah baik peruntukan RM500 juta itu diberi kepada persatuan beruniform seperti Kadet Pertahanan Awam,Kadet Remaja Sekolah,Pasukan Pengakap,Pasukan Bulan Sabit Merah,Pasukan Pandu Puteri,St John Ambulans dan Pasukan Kadet Polis .

Sudah tentu ,Unit Uniform itu mampu membina jati diri pelajar dan mengatur pelbagai program mendidik generasi muda dengan mempunyai peruntukan atau dana daripada kerajaan.

Kita rasa PLKN perlu dimansuhkan,kerana kita tidak melihat objektif PLKN ini telah tercapai .

Friday, July 23, 2010

Posmen Naik Gaji Harga Setem Pun Naik Harga Minyak Pun Naik.

Tahniah para posmen perjuangan selama 18 tahun untuk menuntut kenaikan gaji berhasil.Hal ini kerana pengstrukturan semula gaji itu membolehkan mereka menikmati skala gaji yang sama dengan kakitangan kerajaan yang lain.


Buat kata Rais Yatim 9000 anggota posmen rupanya hidup di bawah paras kemiskinan.Anggota posmen itu menerima kanaikan gaji 11 peratus.


Kenaikan gaji mereka serentak dengan kenaikan harga stem 30 sen kepada 60 sen.Kenaikan seratus peratus sedangkan kenaikan gaji 11 peratus.


Pada bulan April lepas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan penyusunan semula tangga gaji dan elaun posmen serta kerani pos agar selaras dengan penjawat awam lain, berkuatkuasa Julai.


Jika dikira pilihanraya umum ,telah berlangsung 4 kali.Mungkinkah mereka sewaktu itu mengundi BN.18 tahun BN memerintah, anggota Posmen mereka lupakan.


Posmen mula diingati oleh kerajaan BN dengan menaikan harga bahan api,minyak,gas,dan gula baru-baru ini.


Dengan inflasi tinggi,kos hidup tinggi,kuantiti barang yang boleh dinikmati anggota Posmen seolah-olah sama seperti mereka bergaji lama.


Itupun 100 anggota posmen masih sanggup mengucapkan terima kasih kepada Najib.?

UMNO bakal hilang kerusi Trong dalam Parlimen Bukit Gantang.

UMNO Bukit Gantang kini memberi tumpuan di DUN Trong,,kerana harapan mereka di Dun Changkat Jering dan Kuala Sapetang kelihatan seperti amat sukar.

Lantas mereka melakukan program atas nama Juara Rakyat.Semuanya menggunakan agensi kerajaan pada 14 Julai dan 15 Julai lalu.Mereka bertemu pengundi Melayu,India dan Cina.

Namun begitu masyarakat DUN Trong akan melakukan undi protes pada, PRU 13 kerana selama 12 penggal UMNO menjadi wakil rakyat pengundi Trong, masih terdapat rakyat yang miskin dan masih tidak terdapat sebuah bandar baru yang lengkap .Bank pun tidak boleh ditemui di Pekan Trong.Wakil rakyat pula asyik menambah kereta,cuma tidak menambah isteri dakwa satu sumber.

Jadi melihat kemerosotan sokongan orang Melayu di DUN Trong,terpaksa UMNO Bukit Gantang memanggil Zambry MB Mahkamah bermesra bersama rakyat pada 14 Julai lalu.

Zambry pula membuat sedikit kesilapan,menghina Imam Ahli UMNO,kerana berbapa angkat Imam PAS.Punya banyak tokoh-tokoh UMNO ,perjuangan mereka tidak dihargai.

UMNO bakal hilang kerusi DUN Trong,jika kita PAS terus bekerja semaksima boleh.UMNO hanya kuat di Dun Trong kerana agensi kerajaan negeri banyak membantu.

UMNO pun berpuak-puak,kerana kuasa Osman Jailu mengatasi kuasa YB Rosli Husein,Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.

Jom kita bersama Nizar pada 25 Julai ini ,bukan jauh Bukit Gantang ja!

DS Nizar akan bertemu rakyat dalam Bukit Gantang,Ahad ini.DS Nizar dijadual menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Pegawai Khas beliau Zainuddin Hamzah di Masjid Nurul Hidayah Sungai Bemban,Kuala Trong.

Seterusnya bertemu rakyat pada sebelah petang.DS Nizar dijangka ke Program Futsal DPPK Bukit Gantang,di Gelanggang Futsal Bukit Gantang pada 5.30 petang.

Buat sementara ini program yang disusun untuk Nizar ,kuliah Maghrib di Dun Changkat Jering dan Ceramah Isu Semasa di Dun Trong pada pukul 9.30 malam.

Bagi orang muda kita boleh bertemu DS Nizar di Gelanggang Futsal,Bukit Gantang.Di samping kita menyaksikan perlawanan persahabatan antara Team DS Nizar bersama Team Dewan Pemuda Pas Bukit Gantang.

DS Nizar programnya selalu ditanya SB?

Semasa kita menjadi sebahagian Pasukan Sekretariat Ahli Parlimen Bukit Gantang Allahyarham Hj Roslan Shaharum,kita langsung tidak ditanya pihak berkenaan khususnya SB pergerakan Allahyarham.

Tetapi apabila kita membantu Pasukan Sekretariat Ahli Parlimen di bawah DS Nizar,pergerakan DS Nizar menjadi minat pihak berkenaan.

Seringkali bertanya aktiviti DS Nizar di Bukit Gantang.Kadang-kadang soalan bentuk perangkap dan kita biasanya meminta mereka bertanya YDP Bukit Gantang,Ketua Kita Ustaz Nordin Jaafar.

Kita tahu mereka menjalankan tugas, kita juga menjalankan tugas parti dan membantu pihak Sekretariat mengurus DS Nizar bertemu rakyat.

Setakat hari ini perkembangan amat menarik ,orang Melayu khususnya dalam Parlimen Bukit Gantang masih bersama kita.Walaupun UMNO membuat fitnah tentang Nizar,isu Melayu,penduduk di sini tidak termakan.Mereka tahu siapa yang jual Kilang Simen Perak Hanjong,Padang Rengas ,mereka juga tahu siapa yang hadiah pulau Pangkor Laut dekat Vincent Tan,Mereka juga tahu tanah Malay Reserve dekat Segari yang belum berganti.

Terima kasih kepada agensi kerajaan masih terus bersikap profesional meringgankan beban kerja Ahli Parlimen.

Thursday, July 22, 2010

Jaga-jaga David Teoh Jangan Jadi Lim Guan Eng Khuatir Mereka Main Isu Melayu

David Teoh seorang pengeluar filem menempelak Pimpinan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan menganggap mereka sebagai kurang ajar kerana membelakangkan ahli dalam membuat sebarang keputusan.


David berkata, dia berasa amat sedih apabila presiden persatuan itu, Ahmad Puad Onah dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PFM yang lain cuba “main kotor” untuk menyingkirkannya bersama Ahmad Idham sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).


“Saya berasa amat kecewa dan sedih dengan permainan kotor mereka. Sebagai ahli persatuan FDM, saya tidak dipanggil untuk terlibat dalam setiap keputusan yang hendak mereka lakukan,” kata David lagi.


David tuan punya pengeluar filem terkenal membidas Ahmad Puad yang seolah bermain kotor,kerana membantah perlantikan beliau bersama Ahmad Idham dalam Lembaga Pengarah Finas.


Kita menunggu sahaja siapa yang memulakan sikap perkauman sempit untuk membidas David Teoh yang mengeluarkan kenyataan pimpinan PFM sebagai kurang ajar.


Minta-minta Perkasa atau Nasionalis Melayu tidak melenting dengan David Teoh sebagaimana mereka marah dengan YAB Lim Guan Eng yang ingin menjaga kerajaan Pakatan Rakyat daripada pegawai PRO-Umno di Pulau Pinang.


David Teoh bersikap bijak apabila mencadangkan Pengarah Ahmad Idham sebagai calon Ketua Pengarah Finas.Mungkin beliau tahu jika orang politik khususnya ahli UMNO menjadi Ketua Pengarah Finas,Filem Melayu tidak ke mana?

Vanidah Imran dan Rashidi Ishak Jadikanlah Lakonan Sebagai Ibadah.


Manisnya jika Vee bertudung dan Rashidi mendapat seorang isteri soleha.Moga-moga Vee terbuka untuk bertudung dalam drama 8 Bulan dan dalam kehidupan sebenar.Bukannya lakonan semata-mata.gambar:mstar.


Vanidah Imran (Vee) dan Rashidi Ishak (Shidi) pasangan suami isteri mengakui teruja apabila digandingkan buat pertama kali sebagai suami isteri di dalam satu drama.


Mereka pernah bersatu dalam beberapa drama seperti Buih-buih Cinta dan filem Setem sebelum ini tetapi tidak pernah memegang watak sebagai suami isteri.

Kini hajat mereka untuk berlakon dalam filem atau drama bertajuk 8 Bulan terbitan Red Communications ini membolehkan mereka menunjukkan bakat sebenar.Kini mereka bolehlah bepegangan tangan kerana tidak batal air sembahyang.


Vee cukup berbangga dengan tawatan lakonan itu.Dengan ini dapat memenuhi hajat peminat yang selama ini meminta mereka melakonkan watak suami isteri.


"Malangnya tiada tawaran yang benar-benar mahukan kami berlakon sebagai pasangan suami isteri sehinggalah Red Communications menawarkan watak untuk drama 8 Bulan ini," kata Vee dalam Mstar hari ini.


Namun kita ingin memberi sedikit pandangan,agar Rashidi meminta isterinya menutup aurat.Alangkah beruntungnya Vee mempunyai suami yang tahu batas aurat.Apa sudi kira Rashidi memberi nasihat kepada Vee supaya mengikut seperti wanita "MUSLIMAH".Mungkin juga Rashidi boleh meminta Vee,kita kena berubah kembali kepada pakaian menutup aurat.Kita juga ingin menjadikan kerja lakonan sebagai satu ibadah.



Jika tidak boleh secara sukarela,Rashidi boleh meminta Vee secara lembut untuk berubah.Mungkin bulan Syaaban dan bulan Ramadhan ini titik tolak untuk berubah.Jangan khuatir jika berubah tidak menjejaskan UMNO pasti tidak mendapat tentangan media arus perdana .Buat masa ini tidak perlu menonjol kita menyokong Pakatan Rakyat.

gambar dan berita: sumber mstar.

Muhyiddin Yassin gagal KPI di bawah 40

Catatan ringkas ini menunjukkan bahawa Muhyiddin gagal dalam mengurus Kementerian Pelajaran .

Isu pertama cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR,ini memberi peluang kepada kerajaan untuk tidak lagi memberi biasiswa kecil persekutuan kepada para pelajar miskin.Biasiswa tidak perlu diberi kepada keluarga miskin,kerana dengan peperiksaan awam mansuh,buku rujukan tidak perlu dibeli dan kelas tambahan tidak perlu dikuti.

Kini biasiswa kecil persekutuan dipotong separuh.Bilangan rakyat miskin layak mendapat biasiswa semakin sempit.

Kedua meminta pihak syarikat membantu sekolah menjayakan kokorikulum.Bagi sekolah yang berguru besar UMNO ,selalunya mereka mengharapkan duit poket kerajaan untuk menjayakan aktiviti pelajar.Syarikat-syarikat pun tidak berminat kerana komisyen.Jadi akhir nya seorang pelajar satu jenis sukan ,sekadar retorika sahaja.

Ketiga guru-guru dibenarkan bertugas di negeri masing-masing khususnya Semenanjung dengan Malaysia Timur.Semuanya guru itu mendapat elaun wilayah .Jadi dengan balik ke kampung ,kerajaan jimat banyak duit.Kerajaan pun kembali ke zaman tiada lagi integrasi kaum.

Hadiah Perkhidmatan Cemerlang untuk para guru ,kini sedang diberitahu kepada mereka yang layak.Hampir dua bulan lewat.Teman guru memberitahu kepada kita,sijil atau wang RM1000.00 belum tahu bila boleh dapat.Teman itu memberitahu ,pihak pejabat meminta beliau bersabar.

Belum lagi penempatan para guru lulusan IPTA.Masih banyak yang belum diberi "Posting".Banyak lagi ,belum isu pasir.

Kegagalan beliau membantu Kerajaan Selangor untuk menangkap dan mendakwa pencuri pasir.Beliau tidak tahu Sistem Kerajaan Persekutuan ataupun Federalisme.Baik sahaja jadi Menteri UMNO untuk orang UMNO,macam Tok Mufti Harussani Tok Mufti orang Melayu.

Biar Betul Zambry Keadaan Kita Tidak Berduit Boleh Pergi Bandung.

Satu SMS memberitahu kita Zambry MB Mahkamah bersama rombogan pegawai tadbir agama beserta beberapa exco akan "makan angin " ke Bandung dan Jakarta Indonesia.

Rombongan seramai 25 orang dakwa sumber SMS itu.Kebanyakan Pegawai Agama Daerah dan pegawai Jabatan Agama ikut serta dakwa SMS yang diterima.

Buat apa ke Bandung,kita pun tak tahu.Dalam keadaan menyuruh rakyat berjimat,pegawai Kerajaan Pentadbiran BN boleh pula melancong.Jikalau pergi Serambi Madinah ,Acheh mungkin boleh diterima kerana boleh belajar bagaimana negeri aotonomi Acheh mengurus rakyat.

Bandung kaya dengan gadis-gadis cantik,pusat beli-belah dan pelbagai lagi.Kita khuatir terlalu banyak melihat" macam-macam " ,takut PTA pula seperti pegawai UMNO serupa Tok Mufti.

Sepatutnya Zambry memikirkan pejabat agama daerah,masih tidak mempunyai Pegawai Tadbir Agama di beberapa daerah.Fikirkan keperluan masyarakat Islam tempatan,bukannya merancang untuk melawat Bandung selama lima hari bermula 23 Julai ini.Kemudian bantu rakyat dengan memberi kail bukannya ikan.

Lagi satu Zambry patut fikir keadaan rakyatnya di Perak,masih banyak perlu dibantu.Bukan hanya membantu rakyat kerana Zambry "mai" tempat mereka.

Tok Mufti dikritik Pengerusi Masjid kerana menjadi Mufti untuk orang Melayu.

Karenah Tok Mufti yang menjadi Mufti orang Melayu Perak menghiris hati umat Islam Perak.Tok Mufti kini menjadi jurucakap UMNO ,bukan jurubicara orang Islam untuk menegakkan keadilan dan menolak kebatilan.

Tok Mufti Perak seolah-olah diberi skrip mengikut UMNO.Tok Mufti kini lebih Melayu daripada Zainudddin Mydin.Sembang beliau sembang orang politik.Kita pun tak nampak usaha beliau untuk membela masyarakat Melayu yang duduk di universiti serenti.Kita pun tidak melihat langkah beliau menangani anak luar nikah.

Tok Mufti Harussani suka menangguk di air keruh.Jadi beliau tidak nampak kezaliman UMNO ataupun UMNO yang semakin nazak.Lantas Harussani perlu dipapah untuk memberi UMNO terus bernafas.

Di sinilah Pengerusi Masjid dalam negeri Perak semakin meluat dan benci dengan Tok Mufti Harussani .Benci mereka bukan kepalang,kerana Harussani selalunya bercakap bohong.Mereka memberi hujah,Tok Mufti bukan maksum.Selalunya mereka yang bercakap tidak berbohong mereka itulah yang berbohong.Seperti mereka menuduh orang lain kentut sebenarnya mereka yang melepaskan gas "kentut".

Wednesday, July 21, 2010

PRU 13 Najib tanding Dun dan Parlimen kerana tidak yakin jadi PM.?

Kita diberitahu YDP Bukit Gantang , Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu beliau di Pahang hanya dua kerusi PAS bertanding tidak ada wilayah Tanah Rancangan Felda.Justeru itu kita pun faham kedudukan PR di Pahang.

Jadi kita pun beranggapan Pahang negeri selamat buat BN dan UMNO.Peluang PAS atau PKR untuk menang banyak kerusi jika tidak kena gayanya ,akan tinggal kenangan Hari Ini Dalam Sejarah.Kita diberitahu hampir 20 kerusi di Pahang ,UMNO tidak mampu dikalahkan ,umpama kukuhnya Gunung Tahan.

Di sinilah congak Najib menurut orang kampung,Najib bertanding DUN di kerusi selamat dalam Parlimen Pekan.Dato' Najib dijangka kekal di kerusi Parlimen Pekan kerana Undi Pos.Bagi Najib menurut orang kampung, beliau tetap mahu menjadi ketua.Walaupun sekadar Menteri Besar Pahang.

Dengan keputusan PRU 13 insyaAllah UMNO ditalkinkan. Kita berperdana menteri daripada Pakatan Rakyat .Jikalau tidak DS Anwar Ibrahim ,insyaAllah Tok Guru Haji Hadi.Najib hanya berpeluang menjadi Menteri Besar Pahang kerana negeri lain termasuk Johor ,izin tuhan dikuasai pentadbirannya oleh kita, Pakatan Rakyat.

Kini Najib sudah mula ketakutan kehilangan Putrajaya dan Tok Mufti Harusani diberi tugas .Paling kurang kerusi Menteri Besar Pahang selamat untuk beliau.


UMNO cipta isu semua orang tahu,pimpinan kitapula jangan cepat melatah.

Tahniah YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa Timbalan Presiden kita yang menasihat pemimpin dan ahli parti itu supaya jangan terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan oleh media arus perdana berhubung isu perpaduan PAS-Umno.


Contohnya isu Ketua Pemuda kita dikatakan mengeluarkan kenyataan dalam Utusan Malaysia hari ini,semuanya dipetik melalui blog Ketua Pemuda.Utusan sememangnya pakar dalam strategik .Lantas kita sepatutnya akur dengan nasihat Timbalan Presiden kita itu.


"Kebelakangan ini, isu kerjasama antara PAS dan Umno kembali dipaparkan oleh media media arus Perdana sehingga mengelirukan sebahagian ahli PAS dan masyarakat Malaysia umumnya."ujar Ustaz Nasharudin lagi.

"Malah, pihak media telah mendapat beberapa pandangan daripada pemimpin PAS di peringkat pusat, negeri dan kawasan berhubung perkara ini," kata YB Ustaz Nasharudin dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi kita , perlu rasanya menumpukan usaha menyantuni masyarakat.Dalam menyantuni masyarakat kita mencari pengundi muda.

Buat kata Timbalan Presiden kita,tambahkan ahli ,banyakkan cawangan dan mantapkan organisasi.

Jikalau mereka bertanya kepada kita,ceramah besar atau ceramah perdana yang hadir majoriti orang PAS dan Pakatan Rakyat.Kita perlu memikirkan ceramah kelompok,di kedai kopi,serambi masjid atau surau.Program kita berterusan tidak kerana terdapat program Pas Untuk Semua baru kita menggerak jentera operasi.

Dalam pada itu ,kita tidak meninggalkan masjid atau surau kariah kita semata-mata untuk mendengar khatib jemputan di masjid kelolaan orang kita.

Kita perhatikan sebahagian kecil cawangan hanya menunggu wakil rakyat membuat aktiviti masyarakat.Baru-baru ini apabila kita pergi solat jenazah,ahli Pas Cawangan pun kurang.Mereka mengharap pimpinan PAS Kawasan yang hadir bersolat jenazah.

Apabila kita tidak menunjukkan teladan yang baik,masyarakat pun mungkin menuduh kita bertemu mereka hanya musim pilihanraya.

Tuesday, July 20, 2010

Betulkah Harussani Pernah Bertugas Di Cawangan Khas?

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob meminta pimpinan berwaspada dengan rancangan 'pasukan khas' yang ditubuhkan Umno untuk membangkitkan semula isu perpaduan PAS dengan parti perkauman Melayu itu..Kita juga mengharapkan YB Salahuddin akan menegaskannya pada mesyuarat ahlijawatankuasa PAS nanti.


"Awas pada satu kewujudan pasukan khas yang dicipta oleh Umno untuk memecahbelahkan PAS," ujar Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, malam tadi.


Menurut YB Salahuddin Ayob pengakuan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kononnya ada pemimpin tertinggi PAS bertemu dengannya untuk menyatukan PAS dengan Umno juga dipercayai sebahagian daripada rancangan pasukan khas tersebut.


"Ini adalah konspirasi rapi yang mungkin memaksa Harussani berbohong, mungkin juga ada dalang pasukan khas ini," kata Salahuddin.


Rancangan pasukan khas tersebut, katanya lagi, turut bertujuan mewujudkan kesangsian dalam Pakatan Rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.


"Rancangan ini memang untuk pecah belahkan PAS dan wujudkan kesangsian dalam Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya umum depan," tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian seperti dilaporkan.


Kemudian kita pula dikhabarkan Tok Mufti pernah bertugas di Cawangan Khas seawal beliau berkhidmat dengan kerajaan.Justeru itu pandangan YB Salahudin Ayob perlu diberi perhatian.


Kita juga mengharapkan YB Khalil Idham Lim ,mendedahkan siapa yang bertemu Tok Mufti itu dan perbincangan mereka.Kita tidak mahu hajat untuk Pakatan Rakyat pergi ke Putrajaya tersekat setakat Kajang sahaja.


Nampaknya BN melalui pelbagai individu akan cuba memecah-belah perpaduan Ahli PAS ,kerana PAS parti yang bersedia untuk menggantikan UMNO.


Tok Mufti Harussani Ini Bukti Pengkhianatan UMNO Ke atas Orang Melayu

Kita membantu untuk menjawab apabila Tok Mufti Harussani diberi peluang untuk memperlekeh hubungan kita dalam Pakatan Rakyat.Kita pun boleh bertanya berapa banyak orang memeluk Islam kerana tingkahlaku Tok Mufti sepanjang menjadi Mufti Perak.?

Tok Mufti ini antara pengkhianatan UMNO kenapa dari dulu kita tidak memberi undi kepada UMNO atau BN.

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.


2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan- usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Tok Mufti Dah Biasa Menipu?



"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal" kata Tan Siri Harussani seperti dilaporkan.

Beliau mengulas pandangan dua Naib Presiden YB Mahfuz Omar dan YB Salahuddin Ayob yang mendakwa Tok Mufti berbohong dan membuat fitnah.

Kita ingin mengimbau kembali lewat tahun 2007 Tok Mufti pernah menyatakan terdapat 250,000 orang Melayu Islam telah murtad.Perkara ini banyak dilaporkan dan kita sendiri mendengar beliau menyatakan perkara yang sama pada tahun 2007 ,di Masjid Hanafi,Taiping.

Namun sampai sekarang tidak dikemukakan bukti untuk Jakim atau Pejabat Agama Islam mengambil langkah menyelamatkan orang Melayu itu.

Tuduhan murtad ini berniat jahat apabila tidak dikemukakan bukti.Apabila tidak mempunyai bukti ini satu pembohongan.Jelas pada kali ini Tok Mufti perasan ,yang beliau Mufti Melayu bukan Mufti untuk orang Islam.Jadi bohong beliau bukan sebarang bohong,sudah tentu terdapat mereka yang menyusun skrip itu.

Zambry Ngelabah Program Tak Dapat Sambutan.

Kita diminta menulis berkenaan Zambry MB Mahkamah yang telah berkampung di Sungai Kerang dalam Dun Trong.

Seorang penduduk sanggup bertemu kita sewaktu ceramah di Sungai Tinggi baru-baru ini,semata-mata hendak bercerita sambutan rakyat dengan Zambry.

"Cikgu tau tak Qiamulail baru-baru ini di Masjid Permatang Raja,banyak sejadah dan tiang"kata seorang Pak Cik.Masjid Permatang Raja terletak dalam DUN Trong dan berwakil rakyat Rosli Husein.

Kita baru tahu sahaja setelah Pak Cik itu menjelaskannya.Rupanya Qiamulail di Masjid Permatang Raja tidak mendapat sambutan penduduk tempatan.Menenuhi masjid pagi itu pada 15 Julai hanya orang kanan Zambry dan beberapa orang penduduk yang rajin ke masjid.Kita diberitahu orang UMNO pun memboikot.Mungkin juga mereka boikot Zambry kerana berbapa angkat Imam Ahli Pas.Zambry menidakkan kemampuan Imam UMNO.

Lagi satu orang Melayu UMNO marah semasa jamuan makan bersama rakyat,nilai makanan orang Melayu satu kepala RM4.00 sedang orang Cina RM 20.00 satu kepala.Zambry betul-betul buat rakyat kampung marah.

Bertambah marah pegawai kerajaan datang membantu rakyat semasa Zambry datang,Zambry tak datang,jumpa rakyat pun tak mahu.Penduduk Sg Kerang kini menyedari UMNO hanya membantu rakyat bermusim dan kroni pula.

Zambry ngelabah PAS dan Pakatan Rakyat semakin menghampiri Putrajaya.Jadi akhir hayat Tok Mufti Harussani perlu dikerah.

Monday, July 19, 2010

Mansuh UPSR:Kesatuan Guru Biar Betul Buatlah Kajian Dulu

Rata-rata kesatuan guru yang menghadiri perbincangan meja bulat yang pertama mengenai pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) hari ini, bersetuju dengan cadangan kerajaan itu.

Berita itu kita petik melalui media internet,kita hairan kesatuan guru memberi sokongan bersyarat tanpa meminta berbincang dengan para guru ataupun soal selidik.

Kita tahu mereka pegawai kerajaan,selalunya mana berani berhadapan dengan Menteri walaupun tak betul pandangan mereka.

Dahulu isu PPSMI mana ada kesatuan menentang,semuanya angguk setuju kerana itu arahan kerajaan walaupun bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.Kini jelas orang Melayu jauh tertinggal,mana ada lagi kebanyakan sekolah terdapat pelajar Melayu 9 A+ atau semua A.

Banyak lagi kesatuan guru tidak bela guru.Contoh para guru perlu datang pada setiap Sabtu untuk aktiviti kokurikulum ,tidak kira minggu .Walhal JPA sudah memberi cuti kepada kakitangan kerajaan untuk bercuti setiap Sabtu .

Banyak lagilah ,contoh kesatuan guru angguk-angguk,contoh mana ada guru Bahasa Melayu dapat elaun khas.Tak tolong pun para guru yang mengajar Bahasa Melayu.

Kesatuan guru ,buatlah kaji selidik untuk mansuhkan UPSR atau PMR jangan berdasarkan otak kemetot?

Tamsil: BN Macam Perompak umpama Perompak Menyamun Awal Pagi

DS Nizar baru-baru ini pada 16 Julai menziarah Pak Jalil ,pesara Telekom yang rumahnya dimasuki perompak.Anggaran kehilangan barang RM 20 ribu.Rompakan atau pecah rumah itu berlangsung pada perlawanan akhir bolasepak Piala Dunia.Menurut isteri Pak Jalil mereka tinggal berdua sahaja.Perompak masuk mengikut pintu depan tanpa merosakkan pintu.Hanya menyedari rumah dimasuki perompak sewaktu untuk menunaikan solat subuh,lebih kurang pukul lima pagi pada 12 Julai.

Pak Jalil tinggal berdekatan Kg Jelapang,Taman Kota Jaya,Simpang.Pak Jalil mengalami strok dan menurut kata isteri beliau,"mereka bersyukur tiada diapa-apakan perompak".

Nizar melahirkan perasaan simpati dan empati semoga pihak polis dapat menyiasat seterusnya dapat menangkap perompak itu.

Penduduk pun memberi tamsil BN umpama perompak ,menaikkan harga barang pada waktu rakyat sedang tidur lena.

Tamsil: Usah Dera Kami Budak Sekolah

Gambar ihsan,menunjukkan seorang budak berlakon memesin rumput.Budak ini seolah-olah menyindir Kerajaan BN jangan mendera rakyat dengan menaikkan harga asas bahan api.

Budak ini memberi satu tamsil kepada UMNO,usah menzalimi rakyat jika ingin terus berkuasa.Jika budak ini bekerja untuk memotong rumput,sudah tentu terdapat juak-juak UMNO riuh sekampung.Tetapi ini semata-mata lakonan . Najib bukan berasal daripada keluarga susah,beliau tidak tahu denyut nadi rakyat.

Harta negara tidak dikembalikan kepada rakyat,hasilnya duit kita macam duit zaman Jepun.Duit banyak untuk mendapatkan jumlah yang cukup untuk makan-minum.

gambar:sumber blog ahli parlimen.

Sunday, July 18, 2010

Sedikit Kasar: Tok Mufti Tengok Paha Pembantu Rumah

Maaf kita dikhabarkan teman-teman yang mendakwa seorang Tok Mufti mempunyai pembantu rumah dari negara jiran.

Jika betul seperti didakwa teman-teman itu Tok Mufti itu selalu melihat betis dan paha "Amah " itu setiap hari.Amah itu membantu isteri beliau memasak,membasuh dan mengemas rumah.

Setiap pagi Amah yang berpaha gebu akan menghidangkan teh,begitu juga untuk makan tengah hari dan makan malam.Pendek kata teman-teman mendakwa lagi ,hendak tidur tengok paha amah,bangun tidur pun tengok paha amah.

Teman-teman pun memberitahu kita lagi sebab itu Tok Mufti benak hati dan selalu bercakap bohong.Lidahnya bicara sebagai jurucakap UMNO.

Kita sempat berpesan supaya mengemukakan gambar sebagai bahan bukti untuk ditunjukkan kepada anak cucu pada suatu masa nanti,bahawa apabila selalu melihat aurat bukan mahram kita pun sering suka berbohong!

Sedikit Lucah-Bersama UMNO

Malam kelmarin kita mengikuti YDP Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar ke Sungai Tinggi Dun Trong untuk meraikan kehadiran Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim Tuan Man berada di Sungai Tinggi berceramah di Perkarangan Markaz Pas itu.Kita tertarik satu ucapan yang jika kita silap dengar berkenaan ,bagaimana kita bersama UMNO.

Apa yang kita faham sewaktu siang kita berlawan dan berhujah dengan UMNO tetapi kita pada waktu malam berpeluk dan bercium dengan UMNO.Kita boleh sebantal dengan UMNO sehingga melahirkan zuriat.Malam-malam dalam bilik kita bersama UMNO,bergesel hidung dan main-main.

Namun kita gagal menarik isteri kita atau suami kita menyokong perjuangan Islam.Kita gagal mendaftar kaum keluarga rapat kita sebagai pengundi.Cula kita di Bilik Gerakan,isteri atau suami kita penyokong tegar UMNO,walaupun waktu malam kita seronok bersama .

Jadi kita seharusnya menjadikan kaum keluarga khususnya isteri atau suami sebagai medium dakwah kita.Kita jangan seronok hanya waktu malam sahaja dikamar tidur,sedangkan kita seorang diri bersama perjuangan Islam .

Bersabarlah Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor.

Tahniah dan syabas Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor yang berjaya menghadapi asakan UMNO .

Tuan hanya baru memerintah 2 tahun lebih sudah membawa banyak manfaat kepada rakyat Selangor.Dalam keadaan kerajaan persekutuan tidak memberi subsidi kepada rakyat .Tuan telah berjaya bersama teman-teman Pakatan Rakyat meringankan kehidupan rakyat.

Bersabarlah Tuan dengan karenah Umno pengkhianat rakyat Perak.Sampai anak cucu kami akan ingat zalimnya Najib dan UMNO.

Tuan bersabarlah dengan Pegawai Kerajaan Negeri,yang mereka kebanyakannya ahli UMNO,sukusakat mereka berketurunan Dato' ,mereka sudah mangli dengan rasuah dan habuan.Mereka bekerja bukan kerana asas perjuangan rakyat tetapi berkiblatkan UMNO.Pegawai Tuan yang menjadi Ahli UMNO inilah selalunya menggangu tugas Tuan untuk menjaga kebajikan rakyat.Bersabarlah Tuan dengan mereka.

Mungkin Tuan boleh menubuhkan Biro Tata Negeri yang mempunyai kurikulum berdasarkan dosa pahala.Pegawai Tuan yang menjadi api dalam sekam ini bolehlah diajarkan perkara asas dosa pahala dalam bekerja.

Bersabarlah Tuan dengan mereka,lihat kesabaran Tok Guru Nik Aziz mentadbir Kelantan.Letihnya Tok Guru kerana melawan jentera UMNO.

Waris Raja Ular Malaysia- Amjad Khan


AMJAD KHAN sudah melakukan lebih 1,500 kali pertunjukan ular di negara ini.



Amjad Khan kita pernah mengajarnya semasa Tingkatan Satu dan Dua.Pernah menangkap ular berdekatan Bilik Seni sekolah tempat kita mengajar.

Kita bukan ingin menumpang populariti beliau tetapi sekadar ingin menasihati beliau supaya terus tabah meneruskan kehidupan.Jadikan kemahiran menguasai kemahiran menjinak ular sebagai ibadah.Apa yang penting jangan lupa kita dengan Allah s.w.t.

Selamat berjuang Amjad Khan ,ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.




MATA bertentang mata. Kepala ular tedung selar itu mengembang, ligat memerhati gerak-geri tuannya yang seolah-olah membisikkan sesuatu.

Bagaikan mengerti, ular berbisa itu menerkam laju ke wajah lelaki yang berkulit hitam manis itu sebelum tangannya pantas menerpa badan licin haiwan itu.

Begitulah aksi seorang penjinak ular, Amjad Khan Ali Khan pada satu persembahan pelbagai spesies ular berbisa di Batu Feringghi, Pulau Pinang baru-baru ini.

Kebolehan anak kelahiran Taiping, Perak itu adakalanya mengejutkan penonton termasuk sekumpulan pelancong Arab.

Mendekati lelaki yang berbadan sasa itu, beliau ialah anak kepada Raja Ular Malaysia, Ali Khan Samsuddin, 48, yang maut akibat terkena patukan ular tedung selar ketika membuat persembahan 2006.

.

PENONTON dari Arab Saudi turut mengagumi kebolehan Amjad Khan.
berita dan gambar:kosmo online.

Rupanya Terdapat Peneroka Felda Yang Berani


Ustaz Misbahul Munir,Setiausaha Pas Perak,dan YB Husein Din menyampaikan sedikit sumbangan kepada penduduk di DUN Kubu Gajah.

Kita bersama YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar,Sdr Fadhil Idris Setiausaha Kawasan pergi ke Dun Kubu Gajah untuk mengikuti prorgram Pas Untuk Semua.

Apa yang menarik terdapat tiga daerah mengundi atau Unit Peti Undi yang terlibat.Satu Bagan Baru,kedua Felda Ijok dan Rancangan Tanah Belia Pondok Tanjung.

Apa yang kita ingin ulas ,walaupun kedua-dua tanah rancangan itu di bawah pengaruh UMNO dan kerajaan BN terdapat kumpulan peneroka yang berani untuk menyusun program di Kawasan Pengaruh Felda itu.Kita semua tahu tanah rancangan talian hayat BN.

Sepatutnya kita malu ,kawasan kita atau kampung kita yang tidak menerima tekanan seperti peneroka Felda,kita langsung tidak mahu menyantuni rakyat.

Kita terus mengecap mereka sukar didekati.Kita cepat putus asa,sehingga kawasan kita dianggap tepu untuk pendaftaran pengundi muda.

Tahniah dan syabas kepada masyarakat peneroka khususnya Felda Ijok,Parlimen Larut yang berani menerima tekanan sebelum ini dan semasa program (klik)Pas Untuk Semua dilaksanakan.

Tok Mufti Harussani Usahlah Berbohong lagi?

Kita tertarik dengan cerita Tok Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang bersungguh-sunguh menyakinkan orang ramai terdapat pemimpin PAS bertemu untuk membincangkan penyatuan UMNO-PAS .Beliau seolah berbangga untuk menipu orang .

Buat kata YB Khalil beliau tahu siapa yang bertemu Harussani dan tujuan mereka.(Baca). Tok Mufti Harussani janganlah bercakap untuk menyedapkan pemerintah.Dahulu Tok Mufti menyatakan ramai orang Melayu murtad,bukan sedikit tapi ratusan ribu.Namun sampai kini tidak boleh mengemukakan bukti.

Tok Mufti Harusani tidak perlu untuk kita bersatu dengan PAS untuk menguatkan Melayu dan Islam.Jika berniat murni Tok Mufti boleh menjadi penasihat yang baik kepada DYMM Sultan.Begitu juga Tok Mufti boleh menasihatkan PM Najib guna ruang yang ada dalam Perlembagaan Malaysia.Khususnya Agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Begitu juga boleh gunakan Fasal 151,152,153 perlembagaan persekutuan untuk menolong orang Melayu.Jangan guna otak untuk menakutkan orang Melayu bahawa PRU 13 ,UMNO kehilangan kuasa kerana memberi sokongan kepada PAS

Saturday, July 17, 2010

Maaf Maya Karin Kami Juga Bersedih



Pelakon Maya Karin,31, telah bercerai talak satu dengan Muhammad Ali,40, atau nama asalnya Steven David Shorthose.


Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain telah mengesahkan perceraian Maya Karin dangan Muhammad Ali selepas pasangan tersebut hadir di hadapannya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jumaat lalu.


Maya dan Muhammad Ali berkahwin dalam suasana romantis pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.


Majlis resepsi mereka diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 26 Ogos tahun yang sama.


Kami juga turut bersedih dengan Maya yang kini telah bertudung.Dalam keadaan bertudung Maya telah becerai dengan Muhammad Ali.


Kita mengharapkan bekas suami Maya akan terus mendalami agama Islam .Dengan cantuman dua nama besar dalam Sirah Nabi,nama sempena nabi Muhammad s.a.w dan Saidina Ali dapat memberi kekuatan kepada Muhammad Ali.Moga-moga dapat isteri soleha.Begitu Maya agar dapat juga bertemu jodoh dengan orang yang soleh dan beriman.


Maaf Maya kami juga bersedih yang amat sangat.Amat sedih kerana kerajaan seperti Penyamun Tarbus merompak pada waktu malam.Mengumumkan kenaikan harga minyak pada lewat 12.01 tengah malam.Waktu itu kami sedang nyenyak tidor.


Maaf Maya kami juga bersedih denganmu,tetapi kesedihan kami amat panjang.Kerajaan tidak mengumumkan kenaikan harga barang dalam persidangan parlimen baru -baru ini.


Maaf Maya kami juga turut bersedih ,keranamu tidak mempunyai zuriat untuk mendapat biasiswa kerana lulus sPM 9A+.Kami berbangga kerana SEORANG anak bangsa kami di SMK Matang dalam DUN Kuala Sapetang dapat biasiswa JPA.


Maaf Maya kami tidak bersamamu untuk mendengar berita perpisahan itu.Tetapi kami lagi bersedih dalam saat untuk menghadapi bulan Ramadhan Almubarak ,kerajaan memberi hadiah kepada kami"kenaikan harga barang"


Namun, mu Maya boleh berhujah di Mahkamah Syariah,kami, wakil rakyat kami DS Nizar tidak boleh berbahas untuk mengemukakan usul menolak kenaikan harga barang di Parlimen.


Maaf,Maya Karin kami juga bersedih.


Barang Naik- Seorang Pelajar SPM 9A+ Dapat Biasiswa.Bagusle tu...

Subsidi untuk barang terkawal telah dapat dikumpulkan sebanyak RM 750 juta.Banyak naik harga bahan api dan harga gula , dengan itu ramai penduduk Bukit Gantang dapat biasiswa.

Seorang teman di PPD menerangkan penduduk Bukit Gantang Melayu yang dapat hasil daripada kenaikan harga minyak ini hanya seorang sahaja.

Menurut teman tadi,hanya seorang pelajar Melayu dapat 9 A + ,itupun di SMK Matang. Pimpinan UMNO Bukit Gantang kini meminta pimpinan cawangan mereka memberitahu betapa baiknya Najib ,dapat membantu orang Melayu mendapat biasiswa.

Pimpinan UMNO juga sudah lupa dalam perlembagaan terdapat Fasal 151 dan Fasal 152 memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan pribumi.

Jom Kita Jumpa Tuan Ibrahim Tuan Man (17 Julai)

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man kini berada dalam Parlimen Bukit Gantang.Bagi mereka yang ingin bersama Naib Presiden Pas itu bolehlah ke tempat berikut.

Dato Tuan Ibrahim Tuan akan menyampaikan Kuliah Maghrib di Surau Pecah Batu,Kg Jelutong ,Jln Kuala Kangsar -Taiping.

Sementara pada 9.30 malam ini.Dato Tuan Ibrahim Tuan Man akan berceramah di Markaz Sungai Tinggi,Jalan Trong-Pantai Remis dalam Dun Trong.

Friday, July 16, 2010

Penduduk Cina Kuala Sapetang Diugut Secara Lembut.

Seorang penduduk menunjukkan janji Zambry semasa PRK Bukit Gantang 2009,mereka tidak akan dipindahkan.Mereka dijanjikan tempat duduk berlesen TOL dan dijanjikan geran hak milik 99 tahun.Kini mereka diugut dalam lembut.Notis pindah dan buka rumah pula diberi kepada kaum ibu yang sedang memasak.
DS Nizar bersama YB Tai Sing Ng menunjukkan lokasi penempatan penduduk yang diminta mengosongkan rumah mereka dalam tempoh 30 hari sehingga 5 Ogos 2010.Dianggarkan 11 keluarga menerima notis minta merobohkan bangunan rumah mereka.Notis pula tidak diberi salinan dekat PTG Ipoh.
DS Nizar menerangkan kepada penduduk Kg Baru,Kuala Sapetang satu jawatankuasa bertindak akan dibentuk di peringkat Parlimen dan DUN.


Satu bukti MCA,Gerakan atau UMNO menolong rakyat berdasarkan kepentingan politik.Wakil Rakyat Gerakan sebelum ini langsung tidak membantu penduduk menyelesaikan masalah mereka.Bagi wakil rakyat BN mereka tidak mahu rakyat merdeka jiwa.Mereka mahu rakyat terus diugut untuk terus bergantung dengan mereka,Jadi rakyat terus diperkudakan untuk mendapat kuasa.
gambar dan berita sumber blog ahli parlimen.